Sunday, December 9, 2012

DOA BUAT SANG PERWIRA

 

Berangkatnya atlit-atlit Malaysia ke Kem Asean University Games yang bakal berlangsung 12 Disember 2012. Dengan bangga nak bitau atlit-atlit daripada IIUM yang terlibat terdiri daripada abg aku dan jugak kawan se-pencak. Impian diorang sejak dari bangku sekolah lagi. Rasa bangga bila akhirnya mereka capai jugak. Mesti rasa seronok, rasa puas,rasa lega bila sesuatu matlamat dah tercapai. Aku impikan saat yang mereka alami. Bagiku, wakil university pun da memadai, asalkan dapat naikkan team dan juga university sendiri. Tapi jauh di lubuk hati, dalam diri setiap atlit, mesti berangan untuk menyarung jaket harimau Malaysia. Perlu renung lama depan cermin bermuhasabah diri. Sudah bersedia ke untuk menerima segala komitmen as atlit. Bukan sekadar Student-Atlit je, but as atlit itself. Besar pengorbanannya. 

Berpegang kepada kata-kata coachku, percaya pada training. Mungkin seseorang atlit banyak memenangi pingat atau medal sebelum ni, tapi kalau atlit tersebut terlalu selesa dengan kedudukannya as gold medalist holder, tak cukup training, sama jugak dengan atlit-atlit lain. Training tu amatlah penting, itu antara usaha yang Allah nak tengok sebelum Dia anugerahkan sesuatu kemenangan. Banyak dah kawan-kawan terdekatku yang berjaya bebrbekalkan usaha yang tiada penghujung. Benar, dengan usaha dan niat yang ikhlas, semua boleh dikecapi.  Walau menang medal emas banyak mana, rasa rendah diri perlu ada dalam diri setiap atlit. Pernah dengar pemberita berkata “Skills wins you medal, Attitude wins heart”. Begitu besar sifat rendah diri perlu ada dalam seseorang, supaya diri sentiasa disenangi oleh orang lain.

Ada segelintir kawan-kawan silat yang aku kenal membawa misi yang amat besar menyumbangkan medal untuk Malaysia. Rata-rata semuanya masih menuntut di IPTA. Nak-nak plak sekembalinya mereka ke tanah tumpahnya darah, terus bersiap sedia untuk menghadap peperiksaan akhir semester yang bakal tiba. Rasa amat kagum dengan perjuangan mereka. Sempat untuk mereka mengatur jadual untuk menumpukan misi Malaysia dan juga diri sendiri as student. Memang lepas ni, bilamana aku dengar seseorang tu pernah wakil Malaysia, aku lookup to them. Aku pandang tinggi bukan kerana sifat zahirnya, tapi sebab disiplin dan time management mereka tiptop, atleast itu ape yang aku nampak sepanjang duduk sebumbung dengan atlit Malaysia. Cheeeh.

Ya Allah,
Berikanlah kekuatan kepada atlit-atlit untuk menempuh ujianMu,
Berikanlah semangat kepada mereka bilamana mereka tertekan,
Berikanlah mereka ruang dan masa untuk focus kepada dunia atlit dan pelajar,
Pinjamkanlah kekuatanMu untuk mereka gunakan pada hari penentuan nanti ya Allah,
Teluskanlah semua pengadilan juri sepanjang Sukan Universiti Asia berlangsung,
Elakkanlah segala jenis rasuah,
Engkau berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menerima keputusan,
Engkau jadikanlah segala memori dan kenangan mereka bermakna,
Engkau jadikanlah setiap titisan air mata, titisan yang menggembirakan,
Engkau selamatkanlah perjalanan pergi pulang mereka ke Tanah Air,
Amin. 




Wednesday, November 21, 2012

Berangkatnya mereka ke sana

Salam,

Tiada masa yang lapang untuk diluangkan bersama blog. Dah lama rasanya tak meng'update' blog.
Dah lama nak menulis entri berkaitan penghijrahan abang sulungku ke Yaman.

Rezeki,jodoh,ajal dan maut di tangan tuhan.
Keluargaku merasa lagi satu kehilangan, aku tak dapat bayangkan kemeriahan raya pada tahun depan tanpa kehadiran 2 orang abangku bersama keluarga-keluarga mereka yang akan menetap di negeri Arab. Tak lama rasanya aku dengar berita abangku ingin ke Dubai dan Yemen. Terasa baru semalam mereka merancang, dan hari ni mereka berangkat. Tetapi disebalik pemergian mereka, mak ayahku antara insan yang paling terasa akan kehilangan ahli yang baru di dalam keluarga terutamanya cucu-cucu. Seminggu sudah berlalu bermula dengan tarikh persiapan abangku untuk mengosongkan rumahnya di Bangi, di kesempatan membantunya untuk mengemas rumah, sempat untuk mak ayahku meluangkan masa bersama cucu-cucu tercinta. Mungkin nampak tenang di mata mak ayahku, tapi resah dan risau di hati. Hanya facebook menjadi medium untuk berinteraksi.

Rasa jeles menyelubungi hati bila mana melihat abang-abangku berangkat ke negara Arab, untuk bekerja dan mempelajari bahasa akhirat. Sebagai seorang adik, aku mengikuti segala perkembangan mula dari mereka muda sampai sekarang, dan aku perhatikan...bukan mudah untuk mereka mendirikan rumah tangga. Bukan mudah untuk mereka menempuh segala onak dan duri di dalam hidup ini, dan akhirnya menetap di negara Arab. Main point aku, aku nampak bagaimana mereka merancang ke semuanya, dan kadangkala rezeki datang tanpa diduga,peluang datang mengetuk pintu.

Raya Aidiladha tahun ni, sempat untuk aku menyambut bersama anak-anak buah. Bila mana anak buah selalu membuat bising, hyperactive tak tentu pasal...malas untuk aku melayan, tapi kedengaran pula kata-kata mak "Layan je la Ikhlas tu, esok dia dah nak pergi dah". Tersentap. Memang aku tau mereka akan pergi. Tapi aku tak dapat merasa lagi ketiadaan anak-anak buah nanti. Mungkin terasa kosong, suasana terasa sunyi sebab sepanjang aku duk di rawang sempena raya haji, suara anak-anak buahlah selalu kedengaran, celoteh anak-anak buah la kian menjadi-jadi. So, sebab hari ni merupakan hari terakhir mereka, aku layan je lah tanpa fikir banyak, kerna aku yakin...aku akan rindu akan mereka, terutama Nazrul Ayyash. Tak dapat paksu nak melihat Ayyash besar, selepas 2 tahun di sana... Ayyash dah besar, dan paksu harap Ayyash tetap akan mesra dengan makyang,pak uda, tok dan opah. Hanya gambar-gambar Ayyash dan Ikhlas di sana dapat mengubat rindu kami di sini. :)

Aku berdoa kepadaMu ya Allah, Engkau lindungilah abang-abangku dan keluarga mereka ya Allah dari segala malapetaka. Engkau permudahkanlah segalanya bagi mereka untuk menguruskan kehidupan harian.
Sekian.


Thursday, November 1, 2012

Reset Pemakanan Nasihat Doktor Mohd. b. Makmur Bakry

Carian internet. :)


Salam.

Malam semalam (rabu malam) telah berlangsungnya common lectures berjudul "Healthy Lifestyle" by Dr. Mohd. b. Makmur Bakry. Cuaca semalam amat sesuai untuk dibagi alasan datang lewat untuk common lectures. Oh, common lecture bertempat di the famous Moot Court, AIKOL. Mood cuaca tak menentu lately, semalam je da hujan kul 11 pagi smpai zohor. Then sambung pulak kul 5 ptg sampailah malam. So, dengan automatiknya tercancel lah niat untuk mandi peluh jogging pada petang semalam. -___-;;
So berbalik kepada tujuan aku berblog pada ptg ni, lectures pasal Healthy Lifestyle..ape yang bestnye? Citenye mula macam ni... minggu lepas aku terserempak dengan blog sususejat.com dan dengan xsengaja aku da terbaca hampir 20+ entri sususejat berkenaan kelas kalori, cerita metabolisma dan lain-lain...mostly semua berkaitan kesihatan diri. Ape yang menarik is that sususejat ni seorang (penulis) yang dulunya kurus, then after form 5, badannye nek mendadak sehinggakan beratnya cecah 100+kg akibat mengamalkan 'unhealthy' lifestyle. Oh, he's studying at US at that time (when he's so big). Sedar dengan lemak berlebihan yang bukan saje bahaya terhadap kesihatan, masa depan kian menjadi gelap. Dengan kesedaran tu, dia amik inisiatif sendiri untuk memulakan program diet(ofcourse based on internet). Tang ni aku memang salute bro! how can he have that kind of motivation to go through all the hard and pain to burn up 40kg? that's what he's trying to share on his site (sususejat.com).

Ramai yang salah tafsir term diet tu sendiri. Bila dengar diet je, knfm ingat berlapar je sepanjang hari. Sebab pemikiran mcm tu la orang akan pikir diet ni susah, endup diorang just abaikan kesihatan. Betul, dulu memang diri ni berfikiran macam tu jugak, mujur ada internet boleh surf ke laman web yang boleh dipercayai. Sebenarnye term diet ni sendiri melambangkan pemakanan yang seimbang. Berdasar kat Basal Metabolism Rate dan Daily Required Calories, seseorang dapat mengukur berapa banyak pengambilan calories dari pemakanan. First thing yang korang perlu tahu, diet ni bukannye nak dapat instant result (generation Y kan, sume benda nak dpt cepat) but to burn atleast 1kg per week. Kira macam 1kg tu dibakar secara package dengan rutin pemakanan yang dah menjadi habit/tabiat. Banyak lagi kalayu nak diceritakan.

Okay back to first parahgraph, Dr. Mohd. b. Makmur Bakry ni merupakan lecturer dari UKM. Menurut lectures beliau, pengalaman bekerja as doctor dan merupakan senior lecturer di UKM. Amat teruja cara penyampaian beliau. Kelakar dan serius digabungkan dan lawaknya amatlah berunsur educative. Daripada pengambilan calories yang betul, tahap senaman yang diperlukan, aktiviti yang sihat untuk seseorang, how to detect kanser. Tapi pelik, macam mana lectures sebegini boleh tersesat dalam Parenting? tapi xpe, sebab sangat banyak input yang dapat. Alhamdulillah.

Suka dengan pihak universiti menjemput Doktor serta pakar dari Universiti luar utk berkongsi ilmu dengan students. Bayaran pun xdak, nampak keikhlasan untuk membentuk pelajar UIA towards better ummah. Alhamdulillah, harap banyak lagi diadakan lectures macam ni. As pelajar, memang diri ni malas nak mencari talk-talk serta lectures berkenaan kesihatan,parenting, and so on. Mujur ada satu subjek yang dimuatkan dengan lectures-lectures yang bagi aku sangatlah berguna. Rase cam nak amik sports science la puloook. Atleast we can mantain ourself healthy all the time. Akhir kata sebagai peringatan kepada insan-insan yang sihat, beramallah di jalan Allah. Ingat Allah tika sihat dan sakit. InsyaAllah Allah akan ingat kita.

When do ye remember Me I will remember you. Be grateful to Me, and reject not Faith.  (Al-Baqarah: 152)

Sekian.

Sunday, October 21, 2012

Mencabar diri



Assalamualaikum.
Entri khas ni nak mengajak pembaca-pembaca mencabar diri sendiri untuk mengukur tahap kemampuan diri yang sebenar. Bermula dengan niat di hati, berakhir dengan memperoleh kejayaan. InsyaAllah.

Kalau korang pandang ke cermin, apa yang korang nampak?. Korang pernah terfikir dak sejauh mana kebolehan diri? Bermula dengan angan-angan kosong, tapi akhirnya mengambil keputusan untuk merealisasikan angan-angan tersebut. Ramai yang berangan-angan, tapi tak semua nak merealisasikan impian diorang. Bukan nak cakap diri ni hebat sangat, tapi peringatan untuk diri sendiri jugak. Perjalanan di bumi Allah ni panjang. Diperuntukkan berpuluh-puluh tahun untuk duduk di muka bumi ni, tapi bukan untuk fokus satu bahagian je. Jadi la all rounder; maksudnya seseorang yang berkemampuan. Bak kata orang multipurpose/multifunctional. Kalau nak cakap dalam konteks sukan bola sepak pulak, all rounder ni maksudnya boleh main dalam beberapa posisi. Kira macam kebolehan tak terbatas. Jangan sempitkan pemikiran. Luaskan pandangan, bersedia untuk menuntut ilmu baru, pesan coach aku.

Cuba pandang ke langit, nampak x penghujungnya? sama macam kebolehan diri. Orang cakap , effort is unlimited. Usaha ni tak ada limit, semakin kita berusaha , semakin kita naikkan keyakinan diri. Aku pernah terdetik dalam fikiran, kenapa kita tak boleh amik majoring dalam beberapa bidang contohnya architecture dan engineering? sebab macam biasa time budak-budak dulu angan-angan tinggi sampai ke bintang, ingat lagi time tengok Star Wars, mula la angan-angan nak jadi Saintis. Bila tengok Wrestling pulak, nak jadi penggusti pulak. Standard, lumrah kehidupan. Tapi jawapan yang pasti ialah otak kita ada limit. Ada sebab bila kita mempersoalkan kenapa wujudnya alam ni, tanpa rujukan dari sumber yang mutlak, maka gila lah seseorang tu. Memang betul, kita dijadikan tidak sempurna. So sesiapa yang cakap practice makes perfect, patutnya jadi 'practice makes almost perfect'. Bukan untuk demotivatekan orang, tapi itulah kenyataan kan?

So, bila otak kita terbatas, kemampuan kita untuk berfikir pun terbatas. Secara tak langsung bagi efek kat akademik. Jadi, terbahagilah ilmu-ilmu yang dipisahkan dalam bentuk majoring, bidang-bidang serta course-course yang pelbagai, itulah pandangan dari sudut pemikiran aku yang pendek ni.huhu. Ok, jadi untuk bahagian akdemik, tak dapat nak amik pelbagai bidang. Tapi untuk sukan? hobi? ada ruang kat situ untuk kita enhance soft skill. Ape itu soft skill, soft skill berkait rapat dengan personaliti, komunikasi, perbahasaan, tabiat dan macam-macam. Soft skill ni dah jadi macam senjata kedua dalam kehidupan.

Personally, aku agak malas menuntut ilmu akademik ni, sebab Islam aku menuntut ilmu. Aku beralih ke hobi-hobi aku yakni, silat, badminton dan muzik. Macam-macam aku belajar dari hobi-hobi. Tapi yang aku fokus sekarang ialah bidang silat. Disiplin dah jadi sinonim dengan silat. Bila sebut silat, mesti ada disiplin, gitu. Kita dapat ukur disiplin seseorang berdasarkan pencapaian. Contohnya wakil Malaysia, disiplin lagi tiptop dari wakil sekolah. Kita amik contoh yang mudah, murid-murid sekolah rendah/menengah tak terdidik dengan pembahagian masa. Most of the time, diorang fokus on study, kalau kelas bawah skit, enjoy sampai tak sudah. Biasa, standard.

Tapi, dengan disiplin wakil Malaysialah majikan-majikan sesebuah syarikat tertarik. Kita ni melayu terkenal dengan sifat malas, tak tepati masa. Bukan nak mengutuk bangsa sendiri, tapi benda dapat nampak dari kaca mata bangsa lain terhadap kita. Even kalau bangla pun rajin duk Malaysia nak cari duit. Tapi asal bangsa Melayu, ada segelintir je yang okay. Diri pun kekadang malas, lumrah kehidupan. Tapi nak cite, dengan hobi , soft skill dapat dikecapi. Dan soft skill tu ada gunanya. Die membentuk diri dan personaliti.

Tak pernah ke diri ni nak merasa sesuatu yang mungkin ada pada orang lain takde kat bilik kita, sesuatu yang bagi kita mustahil, biasanya yang membabitkan usaha yang takde batasannya, impian yang tiada penghujunggnya, semangat yang tiada titik noktahnya? percaya ke tak, aku pernah mengalami. Aku tak dapat nak tengok kemampuan sebenar pada diri sendiri. Perlu ada orang perhati dan paksa aku. Ye lah, cita-cita tinggi bagai, tapi lembik xmahu lawan diri. Mungkin aku ni jenis orang yang bila da ketuk baru nak jalan. Tak kesah kalau aku dilabelkan macam tu, as long as aku dapat apa yang aku nak. betul? hak3.

Aku nak highlight sebenarnya pasal mencabar diri, tapi entah sampai mane aku elaborate ley masuk bab-bab softskill ni semua. Cumanya di sini aku nak habaq la something, kalau betul-betul nak sesuatu benda, ikhlaskan hati, sucikan niat, dan berusaha. Berusaha...keep on usaha. Allah janjikan sesuatu selepas kita usaha dan tawakal. Tak dapat rezeki di lubuk tu, mungkin di hari lain, mungkin di tempat lain. Jangan berputus asa. InsyaAllah, you'll reach the top.

Sekian.
arifaliasa.

Friday, October 19, 2012

Aku redha

Salam,

Sudah lama diri ini tak menghadapi perasaan macam ni. Perasaan yang dapat aku ungkapkan sebagai "Unacceptable". Sepanjang hidup aku, aku tak pernah terlepas pandang bab ni, tapi baru tadi benda tu terjadi. Dah cuba sedaya upaya untuk memastikan ia berjalan dengan lancar, ikut plan dan jadual yang aku dah susun awal. Masa tido terpaksa dikorbankan, letih tepaksa di biasakan. Tapi mungkin Allah yang tahu lebih dari aku. Mungkin apa yang terjadi ni, menjadi ingatan kat aku sampai bila-bila. Mungkin jugak ape yang berlaku, menjadi titik tolak untuk aku berubah. Bak kata Scott Adkins, take advantage of what happen. Tapi cabaran yang sebenar bukan untuk kita menerima, tapi apa yang kita lakukan selepas terkena sesuatu musibah. Ape yang membezakan diri kita sebelum dan selepas musibah. Bagaimana diri kita berhijrah kepada kebaikan,atau adakah kita akan putus asa macam tu je.

Adakala aku rasa bersyukur sebab mendapat peluang untuk belajar dari segala musibah. Tapi pada yang sama jugak, hati ni sentiasa terdidik tabah walaupun amat perit untuk diri ini menelan. Setiap benda yang "unacceptable" mencengkam hati seolah-olah ada orang genggam hati ni dengan padu. Walaupun seseorang tu memiliki tubuh yang tegap, sasa, dan kuat sekalipun.. dia tetap akan sedih bila menerima musibah. Semua orang ada hati, tapi yang menjadi ujian kita di dunia, sejauh mana kita dapat mendidik hati untuk bersabar dan menerima ketentuanNya. Kekadang nak jugak salahkan seseorang bila terjadinya musibah. Bila emosi menguasai diri, fikiran jadi tak lurus. Segala cas negatif datang hinggap kat otak pastu terlahir la segala macam idea buruk dan jahat. Idea yg bagi aku "valid" hanya bila kita dalam emosi je.

Allah uji tanda Allah sayang. Selalu aku ingatkan diri, pabila jadi sesuatu, bermakna Allah sayang. Walaupun hati terasa pedih, dan tak dpt menerima...takde perkataan yang aku kerap sebut melainkan kalimah Allah. Bila takde tempat untuk bergantung, tiada sesiapa memiliki kuasa untuk mengubah sesuatu melainkan Allah. Seringkali aku memohon supaya apa yang terjadi hanya mimpi semata-mata, tapi bilamana bangunnya aku keesokan hari, aku termenung lama mengenangkan kesilapan da aku percaya, lama-kelamaan hati akan rasa tenang, diri kembali ingat kepada Allah. Sahabat aku pernah ingatkan aku, Allah pun ada perasaan. Apa perasaan Allah bila kita tak ingat kepadaNya? Sedangkan Dia yang melahirkan kita daripada tak ada apa-apa. Wajarlah diri ni dapat banyak musibah, tanda kita leka dan lupa kepadaNya.

Ada hikmah di setiap musibah, InsyaAllah.
Sekian.

Wednesday, October 17, 2012

Generasiku

Salamualaikum,

Suka nak berkongsi pengalaman yang mungkin bukan saya sahaja yang tempuhi. Malah, mungkin pernah korang alami. Bekerja dalam satu pasukan. Secara logiknya, satu pekerjaan tu menjadi mudah,senang,simple. Setiap bebanan kerja di kongsi secara rata. Tenaga yang banyak diperlukan diagih satu persatu. Dan selalunya hasilnya dirasai oleh semua pihak. Itu apa yang aku expect, teamwork. Tapi sejak aku menapakkan kakiku di mukabumi UIAM ni, tak sangka ada insan yang membuat kerja sebelah mata. Sesuatu tugasan dilaksanakan 'asal pergi'.

Pernah ketika makan tengahari bersama dengan ayah,mak,kakak dan abangku... Ayah menceritakan tentang generasi-generasi sekarang dan terdahulu. Menurut beliau, dulu zaman bujangnya merupakan generasi babyboomer yakni "baby boomer generation". Kenapa digelar baby boomer? kadar kelahiran baby pada zaman ayahku amatlah tinggi. Tapi kalau nak dibandingkan dengan mentality orang-orang veteran ni, mereka lebih suka berusaha gigih. Dengan teknologi yang tak seberapa, setiap titik peluh di manfaatkan sehingga membuahkan hasil. Setiap benda yang dibuat mempunyai sasarannya yang tersendiri. Keterbatasannya teknologi pada masa itu menyebabkan manusia tidak malas,lebih aktif,lebih produktif.

Generasi 'Y'. Apakah  itu generasi Y? Generasi atau dengan istilah lain 'Generasi Millenium' ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok manusia yang lahir sekitar tahun 1977 hingga 1997. Antara sifat-sifat atau perangai manusia yang lahir pada generasi Y ialah keinginan untuk bebas bersuara dan membuat pilihan,menghargai keterbukaan, cenderung kepada membina hubungan di antara satu sama lain, interaktif dan mahukan sesuatu secara pantas. Suka nak ulang, "mahukan sesuatu secara pantas". Mengikut kajian, 42% penduduk di Malaysia terdiri daripada manusia daripada generasi X dan Y. Bermakna hampir separuh rakyat Malaysia terdiri daripada generasi muda dan remaja. Tak banyak beza di antara generasi X dan Y. Pernah dilabelkan generasi Y ini ialah pola penentu masa depan rakyat. Tapi sejauh manakah generasi ni akan pergi? kalau nak diikutkan dengan statistik membangun dan meroboh, amatlah tinggi.

Generasi (Click to Enlarge)


Berbalik pulak dengan cite aku, aku pernah dua semester buat kerja berkumpulan, di mana memerlukan komitmen untuk menyiapkan projek. Pada seminggu dua yang pertama memang 'okey' je lah. Tapi da masuk minggu ketiga, baru aku tau sape yang mampu buat kerja, dan sebaliknya. Aku pelik, prinsip orang yang buat kerja sebelah mata. Biasanya lelaki buat kerja last minit, tapi bila kerja berkumpulan, it just doesn't work like that. Aku suka berfikiran, rutin yang kita latih diri sepanjang berada di kampus ni akan mengambarkan rutin kita pabila sudah graduate dan bekerja nanti, maksudnya kalau time study kita tak bagi fokus dan komitmen, macam mane pulak bila kita da bekerja nanti.

Sejak aku terima nasihat dari senior master aku, sekarang aku amik langkah berhati-hati untuk memilih partner untuk Final Year Project. So, aku jadikan mini project setiap sem ni untuk menilai kerja kawan-kawanku untuk aku tarik menjadi partner final year project. Bukan berniat untuk memilih, tapi bagi aku...bekerja dalam berkumpulan ni memudahkan, bukan menyusahkan. Aku just nak pastikan setiap members dalam group dapat faham what is the project is all about. Bila da tau, baru time present dapat cakap spontan. Sekadar peringatan untuk diri sendiri jugak, insyaAllah.
Sekian.

Sunday, October 14, 2012

Bantulah dia ya Allah

Salam,
l_33c451bd19944428978dd74fa1987413.jpg (600×450)
Berserah kepadaNya.

Ya Allah, Engkau bantulah seorang insan bergelar sahabatku. Terlalu banyak dugaan yang melanda hatinya. Dia hanyalah seorang wanita yang sering terganggu hatinya. Dirinya kerdil di sisiMu, dan kini hanya mengharapkan bantuan orang di sekelilingnya. Aku tak boleh berbuat lebih atas keterbatasan aku bersamanya. Tapi, Engkau bantulah dia. Sering mengenangkan peristiwa lalu amatlah susah dan penat. Manusia berubah. Ya, itu antara sifat manusia. Kadang-kadang, bukan kita yang pinta. Tetapi mungkin sebab itulah kehidupan. Kehidupan....bunyinya agak simple, untuk menyebutnya agak mudah..tapi disebalik simple dan mudah, terdapat banyak makna di sebalik kehidupan. Hidup bukan untuk seseorang pilih. Sebaliknya, kita berusaha untuk dapatkan sesuatu. Bilamana sesuatu yang kita buat tak senada dengan apa yang kita harapkan, tabahlah mengharungi semua. Hidup tak selalu indah. Hidup tak selalu jalan dengan apa yang kita suka. Kadang-kadang, kita perlu expect the worst thing to happen, so that we will be more prepared for the challenge tomorrow. Bak kata orang tua, "sediakan payung sebelum hujan". Ungkapan yang sering cikgu BM aku lontarkan bilamana terdapat soalan untuk menulis karangan. Dahulunya kedengaran perumpamaan tu, ibarat ianya tiada makna. Tapi bila usia kian lama, kian meningkat...semua perumpamaan seolah-olah kembali untuk diperingatkan. Perumpaan dicipta untuk manusia menjalani kehidupan. Bagi sesetengah orang, ia sudah pun menjadi satu prinsip dalam kehidupan.

Kita tak memilih untuk sesuatu terjadi. Kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Sejauh manakah usaha kita untuk menjadikan kita layak mengaut hasilnya? Kadang-kadang, Allah tak memberi rezeki di lubuk itu, sebaliknya Allah memberi kesenangan/kemudahan di bahagian yang lain. Cumanya, nikmat yang Allah berikan itu tidak nampak, atau tidak diraisai. Tak bermakna Allah tak mendengar rintihan qalbu kita. Allah tempat untuk mengadu, bukan sahabat-sahabatmu. Nasihat dari Allah lebih senada dengan kehidupan kita di muka bumi. Rasulullah dilantik sebagai contoh kepada umat manusia. Tapi kenapa amat sukar untuk kita mencontohi beliau? bilamana sesuatu masalah timbul, mengapa kita tidak membentangkan sejadah lalu sujud mengadu padaNya? persoalan-persoalan bukanlah niat untuk memberitahu, diriku dah sempurna. Sekadar peringatan kepada diri dan juga rakan yang mengenali.

Perkara sudah berlalu, biarkanlah ia berlalu. Tak guna untuk kita terus mengenang kesilapan kita. Sebaliknya, jadikan apa yang pernah terjadi sebagai kata penasihat kepada diri untuk tak mengulangi benda yang sama. Amat sukar, amat payah. Tapi apakan daya kita sebagai hamba Allah, yang amatlah kerdil, amatlah tidak mencukupi amalannya... untuk mengubah apa yang ditetapkan oleh Allah. Selalunya pabila timpa musibah, manusia seringkali bertanya "Kenapa semua ni terjadi?". Allah memberi sesuatu musibah sesuai dengan kemampuan hambaNya. Kita tidak memilih, kita diuji. Sekuat mana iman di dalam hati untuk mengharungi segala onak dan duri di dalam kehidupan? semakin besar musibah kita bersabar, semakin tinggi ganjaran pahala baginya. Allah suka orang yang bersabar, Dia kategorikan orang yang bersabar sebagai orang-orang yang menang. Kalau difikir logik akal, dengan bersabar, kita berjaya menolak segala godaan syaitan untuk berputus asa dengan Allah. Allah tak pernah meninggalkan hambaNya bersendirian. Pernah sahabat nabi, bilamana terasa dirinya tak ditimpa musibah, menangis beliau kerana bersangkakan Allah tidak ingat kepadanya. MasyaAllah, itulah sifat yang perlu kita contohi. Dekatkanlah sifat itu dengan diriku dan diri sahabat-sahabatku.

Masa untuk kita menerima seadanya. Akur dengan ketentuanNya. Melangkah dan terus melangkah kehadapan tanpa menoleh ke belakang. Walaupun ombak,hujan dan petir melanda, kaki sentiasa terpacak kukuh di mukabumi , berjalan ke hadapan walau menggeletar satu tubuh. Setiap musibah yang melanda hati, dibalas dengan Alhamdulillah. Tanda kita redha terhadap apa yang terjadi. Kebergantungan kita kepada Allah sangat penting. Jangan sesekali putus dengan pertolongan Allah. InsyaAllah.

Sekian.

Saturday, October 13, 2012

Berbanggalah menjadi wakil UIAM

We are CHAMPION


Salam, berdirinya aku di depan segala assignmentsssss daripada perpustakaan akademik, terdetik pulak tentang komitmenku lagi satu. Entah kenapa, lepas sahaja bertukar kategori ke Jurus Wajib yakni regu, perasaan dan semangat semakin lama semakin luntur. Tak dapat dinafikan ketabahan abang aku yang sudah genap 10 tahun bertanding dalam acara Jurus Wajib. Aku kagum akan kesabarannya. Terasa rindu pada bidang Jurus Tunggal. Tapi, atas nama Vice Captain, semangatku terpaksa dinaikkan. Atas niat membantu Captain, komitmenku mesti ditingkatkan. Biarlah orang lain nampak aku tenang luaran, walhal kusut dalaman.

Mungkin aku dah biasa gerak sendirian. Training sendiri,stress sendiri,susah sendiri...semua sendiri sehinggakan bila kalah pun, tak lain tak bukan sebab diri sendiri. Aku lawan dengan mental sendiri. Emosi yang terlibat hanya satu. Aku tak perlu memahami budi bicara orang lain. Nak jogging sorang2, hasilnya semua aku yang kaut. Akan tetapi.... terasa hati ni bila rakan seperjuangan tak se semangat aku. Misi nak reduce tergendala, disebabkan memikirkan perihal ni. Kalau sesebuah kejayaan tu boleh datang bergolek depan mata, konfem tak terlahir atlit yang berkualiti. Banyak yang ku simpan di depan partner-partnerku. Aku tak bercadang pun nak marah atau sound diorang. Aku faham dengan situasi sekarang. Aku berkecimpung dalam bidang silat dah 9 tahun. Semangatku mungkin lebih dari yang lain. Walau terasa diri nak giveup, mesti kedengaran seseorang yang memberi semangat kepadaku untuk teruskan perjuangan sementara bergelar student-athlete di IIUM. Banyak persoalan yang bermain di fikiran, aku xberharap setiap soalan dijawab satu per satu. Mungkin itu antara halangan/ujian dari Allah. Aku redha menerima.

Niatku nak melakar sejarah main peringkat tertinggi dalam bidang silat sebelum aku graduate. Harap impian itu akan terus berada di atas. Harap semangatku sentiasa tinggi walaupun tanpa kehadiran partner-partnerku. Mengenangkan suasana pertandingan selalu menaikkan lagi semangat untuk ke pertandingan akan datang.

Bila peroleh kejayaan, memang satu perasaan yang amat tenang dan gembira. Tapi sampai bila sesebuah kejayaan tu dapat kita pertahankan? Untung bagi kita sebab gi training, terus ada tempat untuk wakil UIAM. Tak tercabar ke dengan rakan seUniversiti kita UiTM ? mereka perlu ada KARISMA sebagai game pemilihan atlet-atlet UiTM satu Malaysia. Bukan nak cakap kita berada di level diorang, cumanya... dahulu UIAM pernah meletup. Daripada menjadi pesilat yng tak dipandang orang, kita pernah membawa universiti lain untuk mengenali siapa UIAM sebenarnya. Mengapa dulu mereka boleh berjaya? kenapa dulu semangat diorang amat lain, tak seperti sekarang? Jawapannye ada di cermin. Pandanglah diri sendiri, sampai bila nak besabar daripada menerima medal, sedangkan kita hanya duduk 4 tahun je di UIAM bermakna hanya 4 kali MASUM. 

Ya Allah, setiap pertandingan yang berlalu, mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita. Pelihara lah hubungan ini ya Allah. Elakkan kami dari segala jenis fitnah dan prasangka buruk orang lain terhadap keluarga indah ini. Kukuhkan lah tapak kami, berikanlah kami kekuatan untuk menempuhi cabaran yang datang. Engkau hindari kami daripada perasaan berputus asa ya Allah. Engkau ikhlaskan hati kami,Engkau lembutkanlah hati kami. Engkau peliharalah kami daripada gangguan jib,iblis serta niat khianat manusia terhadap keluarga kami. Engkau lindungi sister-sister kami daripada marabahaya. Engkau satukanlah hati kami untuk bersama-sama bersilat demiMu ya Allah.

Wednesday, October 10, 2012

Tumpas juga akhirnya.

Salam,

Sejak kebelakangan ni sister-sister uiam dikejutkan dengan kehadiran 'flasher' dimana si 'flasher' ni agak kerap kali menayangkan 'benda yang xpatut' berdekatan mahallah hafsa (depan female sports complex). Agak lama untuk pihak-pihak SRC serta sekuriti nak menjejak si 'flasher' ni. Yang pelik is that, apa motifnya? (untuk makluman, 'flasher' ni berbaju, tak berseluar, memakai cermin mata hitam, kereta kelisa), mencemar nama orang yg bawak kelisa betul. hmmph! Pada awal-awal dulu, sister2 suspect yang buat keje ni pelajar indon, then kelmarin pulak dapat tau suspek 'flasher' terdiri daripada pelajar Malaysia sendiri. Di mana kesahihannya? wallahualam. Tapi yang pasti, 'flasher' ni bukan satu pekerjaan. Pada pandangan aku, suspek sengaja nak mendedahkan tubuhnya di depan perempuan demi untuk kepuasan nafsu sendiri, (agak gila la maksudnya  flasher ni). Ada tips yang di beri oleh sisters sendiri dimana isi kandungan tipsnya berbunyi, "kalau flasher muncul, jangan menjerit serta mengeluarkan sebarang bunyi kerana mungkin menaikkan lagi tahap ke'excited'an flasher tersebut"...macam-macam.

Selalunya flasher ni jarang berlaku di luar sana, kalau dekat negara barat camtu...mungkin lah selalu terjadi. Tapi sampai benda macam ni terjadi dalam UIA, agak menggemparkan. First time dapat berita kat IIUM Online, pandang masalah tu sebelah mata je, lama-kelamaan benda ni keep repeating. Serius betul flasher ni? mungkin dah xde kerja, buatla kerja part time yang x berimbuhan. -.-;;

Selalu nak ingatkan, setiap benda yang terjadi ada hikmah, kalau di pandang kepada sudut positivenya, menggalakkan sister-sister sentiasa berhati-hati pada waktu malam. Berhati-hati ni bukan dalam UIA je, malah kalau kat luar sana, mungkin ada flasher versi KL, lagi teruk. Kira dalam UIA ni, flasher ni dah kira "Sopan". So, sesiapa yang banyak bagi tips dengan spray keselamatan brbagai, memang amat berguna. Ada juga brothers yang menggalakkan sister-sister UIA masuk kelab martial arts, untuk membela diri sendiri. Bagi seseorang yang dah lama mengamalkan silat, memang wajarlah. Belajar 2-3 buah untuk jatuhkan pihak lawan pun jadilah, atleast you've got something to do before you run away.

Berterima kasih jugak kepada wakil SRC Anas Eragon dengan geng-geng serta pihak sekuriti yang baru saja menangkap suspek semalam. Bersungguh-sungguh komuniti IIUM nak bantu sister-sisters. Ape-ape pun, Alhamdulillah, harap benda ni xkan berlaku lagi. Satu peringatan jugak kepada sesiapa yang berniat jahat, walau jahat mana sekalipun, korang pasti tumpas jugak. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. Wallahualam, Sekian.

Sunday, September 30, 2012

Terburu-buru

Salam

Hijrah, hijrah dianjurkan oleh Islam ialah hijrah ke arah kebaikan. Hijrah ni bukanlah dalam bentuk paksaan, tapi dengan rela hati. Aku ada sejarah gak ngan hijrah-hijrah berkaitan soal hati ni, tapi let leave it there.

So, diri ni sebenarnya untuk siapa yang judge? No one else other than Allah. Sebabnya, tak semua bersifat sempurna. Selalunye tukang kritik ni terdiri dari kalangan orang yang profesional dalam sesuatu bidang. Contoh dalam program realiti yang orang da nek boring, Akademi Fantasia...Juri dari orang yang berpengalaman such as Siti Nurhaliza, Edry Hashim, M.Nasir and so on. Oke, so dalam kes macam ni, memang wajarla kalau nak mengkritik, at least they are pro in their field. yang kita ni tak pro ape,dah kenapa nak judge orang?

Kes realiti pulak tentang kritikan orang ke diri kita sendiri. Mungkin sesetengah orang suka kena kritik sebab bagi diorang, that criticsm akan bantu dia jadi lebih baik, tu kalau kene dengan cara. So, siapa kita nak judge orang kalau manusia ni pun di "cop" tak sempurna oleh Allah? Bagi aku (pendapat), nak judge orang bole tapi jgn terlalu ekstrem bole? Let's say nak seseorang berubah, ingat kita machine ke nak berubah sekelip mata? Mula dengan nasihat, then bila dia gagal nak berubah dalam lingkungan masa yang ditetapkan oleh diri kita sendiri, mula segala macam maki hamun keluar. E,eh...! da elok orang nak berubah,terus tak jadi... Ada manusia senang nak berubah, ada yang susah. Tapi setiap benda akan melalui proses, sama macam penghijrahan jugak. Asalkan ada usaha,doa dan tawakal, insyaAllah semua jadi. Bukan mudah nak berubah, lagi-lagi kalau seseorang tu ada background yang agak xberapa nak best. So, kita patut support je. Pupuk sikit sifat sabar dalam hati.


So, kepada kawan-kawan yang nak berhijrah...don''t give up! :) you are doing great. Jangan putus asa dengan Allah.
Sekian.

P/S: still mencari ruang untuk berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

Thursday, September 27, 2012

Ilmu

Sekadar Hiasan

Salam,
di kesempatan merehatkan minda sebelum berhempas-pulas menyiapkan segala assignment serta memenuhkan ilmu di dada untuk kuiz pada esok hari, eloklah melapangkan dada dan mengaktifkan minda dengan berblogging. huhu

Dengan bukanya sem baru, sedikit perjuangan hidupku kat UIA da berubah. Thanks to atlit-atlit Malaysia yang training bersama-sama pada ramadhan yang lepas, berkongsi cerita dan pengalaman membuatkan otakku berfikir dengan lebih luas. Alhamdulillah, niat untuk aktif dalam sports tanpa menghiraukan akademik dah terkubur. Ada salah seorang insan yang aku kenal yang aku rasa patut sangat berterima kasih.

Bermula cerita bila permohonan untuk pindah ke Universiti Teknologi Malaysia, niatnya pada mula nak amik bidang automotif di sana. Alasannya sebab kat uia ni susah nak dapat Scholar dan sistem di UIA ni agak payah dan susah. Walaupun alasan xley diterima , tapi tu lah niat pada asalnya. So, sekiranya diterima UTM, memang akan fokus belajar,akan jadi nerd nak mampus keje nak buru pointer sampai ke depan bilik dekan. Dan kalau ditolak permohonan, bercadang untuk mengaktifkan diri dalam bidang lain kat UIA selain akademik, sangat tak matang punya pemikiran sem lepas dan sebelumnya.

Kemanisan menuntut ilmu , misi sekarang nak menuntut ilmu se'passion' yang boleh. Kiranya macam kalau ada assignment tu, bukan buat sebelah mata. Macam sem-sem sebelum ni, buat assignment,study assignment atas dasar "asal buat". Pastu dapat result teruk-teruk, mula la mentally down bagai. Tak seronok sebenarnya belajar membuta diri. Busy ber'club' dan ber'sport' tu memang adatla sebagai mahasiswa, terkejar-kejar sini sana, terasa macam sejam jadi 10 minit je, mula la study selak buku laju-laju, buat assignment asal dapat markah,study asal kat kelas je dan macam-macam lah.

Haaa, nak cakap kat sini....menuntut ilmu bukan sekadar hanya di kelas, universiti saje. Ilmu kalau dipelajari dengan 'passion' , konfem akan terus kekal di hati. Otak pun tak berani nak lupa. Ilmu boleh dibawa ke mana-mana. Hargai ilmu, sesungguhnya dengan ilmu , segala macam benda boleh terjadi dengan izinNya. Bila da grad nanti, takde la nak selak-selak balek buku-buku masa asasi dulu. As engineering student, praktikal tu memang perlu, tapi perlu jugak untuk kita analyze dan kritik sesuatu langkah yang memerlukan teori jugak. So, nak menyeru kepada pembaca-pembaca,jangan amik ringan hal yang berkaitan dengan ilmu, Allah dah jadikan wajib untuk kita menuntut ilmu. Walau seaktif manapun korang, asal korang pijak di bumi UIA, misi pertama itu tak lain tak bukan ialah study. Kekalkan study no 1, memang sekarang tak nampak, tapi bila da grad, mudah di lain hari. Peringatan kepada diri sendiri jugak. hehe  :)

InsyaAllah, dengan azam baru untuk sem ni, nak cuba menstabilkan CGPA dan pencapaian dalam bidang sukan. Atas support kawan-kawan, insyaAllah boleh terlaksana.
Sekian.

P/S: tiga malam tak tido, esok jadi zombie la gamaknye.

Wednesday, September 26, 2012

Bertindih

Assalamualaikum,

Baru seminggu tinggalkan akademik, bermacam-macam essainmen timbul. Tak cukup assignment minggu lepas, bertindih pulak dengan essainmen minggu ni. Tapi tetap bersyukur tak banyak quiz yang terlepas. Yang pasti subjek computer lab dah banyak potong markah di situ. So, ada sebab huruf bermula dengan a dan berakhir dengan z, pelan a gagal, pelan b aku akan laksanakan.haha. 

Di kesempatan tengah fening membahagikan masa, banyak pulak event IIUM Silat team ni. Pertama kali rasanya selama aku masuk silat team , meeting kerap ada , ada bertempat di McDonalds , di HS dan jugak di fsc. Dijemput pula membuat demo sempena Convest 2012 , War Theatre khamis depan, terlalu banyak persiapan yang perlu dibuat, tambahan pula dengan kelab Steadfast dengan takde angin ribut tiba-tiba memasukkan aku di antara orang yang menjaga booth. Minta maaf, komitmenku kini di Silat. Mungkin satu hari akan beralih ke kelab lain, tapi  berkurun lagi.  

Tak berniat untuk menolak semua permintaan. Mungkin kalau diberi alasan kerana komitmen silat, dari pandangan mata orang, tidak kukuh alasannya. Biasala bila orang dengar kelab silat, mungkin terbayang hanya training tumbuk depan,belakang,kanan,kiri. So typical of you. Jujur dulu berfikiran sama, tapi bila sampai di tahap pegangnya title as student athlete, baru perasan mentah lagi diri ni. Banyak komitmennya, even kat kelab lain pun, once you put your passion in something, the greater commitment you'll see.

So, nak declare...komitmen aku full di silat wat masa sekarang. Kalau nak fokus kepada something, give all out. Banyak benda nak achieve sepanjang bergelar atlit. Keluarga IIUM Silat Team pun semakin/akan berkembang. :)

Ya Allah bantulah ku untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan.
Sekian.

P/S: hilangkan muka stress dengan senyuman, baru sedap mata memandang. :)

Tuesday, September 25, 2012

PRK UIAM, ape dah terjadi?

Salam,

Keputusan tak dapat dikeluarkan

Baru tadi keputusan dari pihak atasan UIAM untuk re-vote minggu depan. Janjinya pukul 6 ptg dah dikeluarkan keputusan, ditunda ke pukul 8 mlm. Masa pelajar-pelajar berkejar-kejaran ke tempat kejadian, dikeluarkan pulak surat gagal untuk mengemukakan keputusan PRK atas masalah teknikal. Bila tunda jam 8 mlm tu dah tau ada permainan di sebalik tu. Mungkin ke Pro-M menang, tapi Pro-A xmau mengalah ? atau sebaliknya?

Lagi peliknya bila minggu depan, vote di buat secara manual. Lagi senang la vote-vote ni di'adjust' ye dak? System E-Voting memang susah untuk digodam, sebab terlalu telus. Bukan ke da masuk media memuji system e-Voting? Sepanjang petang iium-community dan iium-guest ditutup, tak kan ada masalah untuk tau keputusannya? Something fishy here. -.-''

Nak buat voting semula tu, biarla pakai sistem yang adil dan tak banyak konflik. Kesian pulak tengok kawan-kawan yang bertanding, terpaksa 'skip' kelas sehari semata-mata untuk election. Semangat tu memang semangat, dalam fikiran apedehal untuk seminggu ni je. Tup tup tup, re-election pulak. Apa UIA da wat sebenarnya kat orang yang bertanding ni? di aniaya, teraniaya.

Masin betul mulut kawan aku sorang ni nak re-election utk dapat voucher makan rm3 lagi. Memang terjadi betul-betul. haha. Punyala UIA nak galakkan semua student untuk vote, sampai bagi rm3 voucher makanan. Time computer lab pulak, ada madame (yang handle voting-voting ni) masuk kelas mintak semua gi voting sebelum tutup pukul 5. MasyaAllah, dengan masa yang tak cukupnya untuk siapkan experiment, bole plak orang ada masa nak g vote? >.<

Diri sentiasa berdoa, biarlah yang berhak memerintah, sesungguhnya Allah itu maha adil dan kurangkan lah beban kawan-kawan yang bertanding demi untuk menegakkan syariat Islam. Tak ke mana kalau hidup senang tapi tak berlandaskan syariat Islam.
Sekian.

P/S: tak sabar nak tengok kekecohan pada esok hari.haha.

Syukur di beri kesempatan

Alhamdulillah,
masa otak kusut,tangan lenguh,mata kuyu dan badan lesu untuk menyiapkan 4 lab report serentak satu malam, sempat jugak nak share something. Seorang sahabat yang lama dah aku kenal ditunda penerbangannya ke United Kingdom atas problem kad Visa. Too sad for him tak dapat bersama intake yang lain bertemu di KLIA dan berlepas ke sana. Tapi bagi aku pulak, satu yang menggembirakan.huhu.

Betullah rezeki dari Allah itu luas. Lepas dikurniakan rezeki pingat perak, disusuli pulak rezeki aku untuk lepak dengan kawan aku sorang ni sebelum dia berlepas ke Conventry University, United Kingdom. Ikut jadual asal, dia sepatutnya berlepas ke UK sabtu lepas, tapi atas sebab kad visanya, terpaksa ditunda. Tapi berharap segala masa yang berbaki akan digunakan sebaiknya.huhu

Baru tau bilamana seseorang tu melancong, hanya diperlukan passport sahaja. Tapi bila pergi ke luar negara untuk tinggal di sana, perlukan visa sebagai identification card. Tapi memang banyak procedure nak mohon visa nih. Bak kata kawan aku, kalau kat USA, memang susah nak lepas sebab banyak kes-kes kat sana yang membabitkan penduduk luar USA. Tapi untuk di United Kingdom, agak mudah untuk memohon Visa.

Dua orang kawan daripada sekolah yang sudah berlepas ke United Kingdom ialah Dinda binti Menet dan juga Ruslan Aiman. Wish you all the best. Sorry tak selalu lepak dengan korang, nampak hubungan agak renggang sekarang. I wish our friendship will be forever.

Banyak berkongsi cerita semasa bersama-sama sahabatku, Danial Ruslan waktu makan McD semalam. Dia seorang yang tak segan untuk membuktikan something. He accept the challenges living at Conventry University, eventhough dengar cite kat sana racist amat berleluasa between indian and others. Dengan minum araknya, hiburan and all that. I'll always pray for your safety and Allah will protect you always. :)

Sekian sahaja sahabatku, insyaAllah jika diberi masa, akan aku post entri khas untuk sahabat aku sorang nih.  Back to finishing all the lab reports. -_____-;;

P/S: Moga selamat ke sana before this coming Oktober.

Monday, September 24, 2012

Kekecohan PRK

Salam,
Esok bersamaan 25 Sept , sibuklah satu uia bergegas ke sana sini untuk mengundi.
Ada yang miss class untuk wat ucapan sempena election masing-masing.
Harap semua berbaloi.
Pilihla seseorang yang dapat mengotakan kata-kata manifesto, bukan seseorang yang berangan-angan sahaja.

Selamat mengundi! :)

Wednesday, September 19, 2012

Sedih dalam gembira

Alhamdulillah, dah hampir sebulan lebih training,  akhirnya membuahkan hasil. Betul la cakap cikgu, percaya kepada training. Kategori yang paling aku nervous. Da lama menunggu untuk bagi all out. Tapi tu pun tak cukup. Strength tak ada, ketangkasan kureng. Cuma lock tu je lah yang nampak satu per satu. Manusia di cipta tidak sempurna, aku sokong kenyataan tu. Bila mana kita mencapai sesuatu, sentiasa ada orang yang lebih baik dari kita. Let's say for example player tunggal, Awi. Diperuntukkan cuma seminggu lebih untuk training, tapi still meraih pingat emas. ak tak cakap dia tak deserve. Bagi aku, tu rezeki masing-masing. Bila bertanding dalam pencak silat ni, yang penting bina nama dulu. Lepas tu dah cukup gah, baru para juri akan ingat. Dan only then, baru kejayaan tu datang slow-slow. Sabar tu benda yang paling penting.

Ada baik aku tak mendapat pingat emas. Selain rasa tak layak @ mentah, bersyukur sebab mungkin dengan pingat emas, diri akan rasa terlebih megah. Bila dah megah, mulalah malas nak p training,turun lambat training,training tak ikhlas dan segala macam benda yang timbul. Manusia tak lepas dari sifat megah. So, aku rasa ada baiknya aku memegang pingat perak terlebih dahulu. Gaya cikgu cakap pulak "tak sangka Arif boleh buat". Dari statement tu memang jelas it's a long way to go to reach the top. Bila aku berhenti mengharap kepada sesuatu dan at the same time aku berusaha, kat  situ kejayaan tu datang. Da try dua kali dah setakat ni.

Kadang-kadang hati kena kering. First experience aku masuk dua kategori, dalam kejohanan yang besar. Mula-mula agak cuak, bak kata orang singapore, kanchong. Tapi, cikgu lebih percaya kat aku. Orang cakap, kata-kata cikgu itu doa. Alhamdulillah, turutan bertanding semalam mengikut penyertaan yang paling banyak dahulu. Di takdirkan kategori Tunggal dan Regu tak dipertandingkan berturutan. So, banyak lagi masa untuk recover. Nak menceritakan pengalaman, hati kering semasa bermain regu. Muka blur, mulut pula bilang 1,2,3 dan 4. Langsung tak rasa kancong atau gemuruh. Sampai tahap macam tu sekali, efek gemuruh tunggal.

Masa aku menunaikan solat maghrib, keputusan pertandingan seni diperdengarkan. Aku terkejut bila dari jauh kawan-kawan tepuk tangan. Gembira bila dapat tau tunggal dapat no 2, tapi keputusan regu buat aku sedih. Kepada rakan seperjuangan, bukan salah korang kita tewas dengan satu mata untuk dapat pingat gangsa. Masa ada, Allah nak kita berusaha. Kita kena yakin je. :) insyaAllah, in the future, ada rezeki, kejayaan datang.
Sekian.

Friday, September 14, 2012

Kusut

Sejak kebelakangan ni merupakan hari yang sukar untuk otak aku berfikir dengan lurus. Supposedly sebagai atlit yang bernaung di bawah Universiti Islam Antarabangsa, hal-hal berkaitan penginapan atlit di Johor tak menjadi masalah, meaning to say someone yakni officer sepatutnya mengambil alih tugas mencari penginapan ni sementara atlit-atlit fokus terhadap latihan. Tapi sebaliknya yang berlaku. Mula-mulanya di'inform' oleh kapten berkenaan officer silat team yang mengarahkan dia (kapten) mencari penginapan. List-list homestay semua officer ni da e-mailkan, terbaek punya panjang listnya. So, bilamana kapten diberi tugas yang sedemikian, secara tak langsung aku pun terlibat.

Prinsip aku dalam ber'club' ni, aku tak kan biarkan presiden wat kerja sorang-sorang. Aku dah pernah merasa pabila diri tidak diendahkan. So, dengan ringan tulangnya aku menolong, dalam banyak-banyak list, sampai homestay/chalet yang ke-6 tak salah aku, aku berjaya book chalet di Minyak Beku Agrotourism Resort. Penginapan berbentuk chalet, setiap bilik mempunyai 1 queen size bed. Disebabkan atlit-atlit mempunyai bilangan seramai 16-18 orang, empat bilik sudah di'book', effective dari 17hb sampai 22hb September. Hati pada mulanya dah gembira sebab salah satu task dah bereh. But then, dua hari lepas tu, booking tempat dah diinform kepada officer, officer pula cakap tak nak chalet, demand nak rumah pula. Bikin wa panas... So, lepas aku berbincang dengan kapiten berkenaan bajet sebenar penginapan, barulah sedar yang sebenarnya bajet tak cukup. Bukan nak cakap awal-awal, benda boleh adjust bila-bila. Hadoih. So, tibanya hari ni, dapat call dari kapiten, rumah dah di cari oleh officer, pandai pulak officer wat kerja kan? haha. Memang sepatutnya atlit-atlit risau pasal training. Yang selebihnya kerja officer atau sports complex tu sendiri. UIAM memang berebut-rebut nak hantar atlit, tapi kebajikan mestilah dijaga walau berat mana sekalipun. Atlit ada benda yang mereka nak risaukan, officer pulak ada benda yang diorang nak risaukan. Fair and square la ye dak?

Fikiran kusut bukan sebab preparation game sahaja, minggu ni pulak merupakan minggu pembuka kepada semester baru. Lecturer berebut ingin book masa midterm. So, aku pun telah diinform berkenaan tarikh midterm Math 3 aku yang akan berlangsung di CAC pada 5 Nov 2012. Tak cukup dengan tu, dengan subjek dan ilmu baru tentang microprocessor and interfacing, akan berlangsung pula quiz-quiz pada minggu hadapan sewaktu aku berentap di Johor. Alhamdulillah lecturer faham akan misi seorang atlit. Main under UIAM je pun, bukan atas kelab luar. So, mengikut apa yang diberitahu oleh lecturer, quiz akan di bawa ke minggu ke-3. Tak tahu lagi kesahihan berita tersebut, harap segala kata-kata boleh dipercayai. Tambah pulak dengan lab algorithm yang akan berlangsung minggu depan, first class of Algorithm programming di Computer Lab. Aku akan ketinggalan banyak dalam programming. Subjek programming for engineers waktu first sem aritu dah lama tak dipraktikkan, membuatkan otak programming aku dah berkarat. InsyaAllah lepas game ni, aku akan berehat seminggu untuk catchup kembali pelajaran.

The thing that keep me worried ialah perhubungan aku dengan rakan-rakan. Ada yang nak fly ke United Kingdom , tapi dengan schedule aku yang agak bz lately...banyak sudah aku menolak pelawaan untuk lepak bersama. Membuat aku bertambah sedih, sahabat sekolah menengahku akan berangkat 19hb September , tarikh di mana aku berada di Johor. Tak dapat untuk melihat pemergiannya ke United Kingdom. Dahulunya pernah berangan bersama-sama untuk study ke luar negara. Banyak kali dia cakap tak mau sambung overseas, last-last dia pulak yang tinggalkan Malaysia. Anyway, aku bangga dengan semangat ko. Duduk di negara orang, membuatkan ko lagi matang dari pelbagai aspek kehidupan.

InsyaAllah, selama aku mempersipakan diri ke game minggu hadapan. Harap semuanya membuahkan hasil. Yang penting, setiap keputusan perlu diterima dengan redha. Salam.

Zidane completed their life.

Salam,
Tanggal 13 Ogos 2012, 03.26pm , pasangan Kak Marina Abdul Rahman dan Hafiz Raduan telah dikurniakan cahaya mata yang pertama yang diberi nama Muslim Wajdi Zidane bin Mohd Norhafiz. Alhamdulillah, rasa amat syukur kerana Zidane selamat dilahirkan.

Muslim Wajdi Zidane bin Mohd Norhafiz


Kak Marina ni grad UIAM dalam bidang Perundangan Syariah. Mula-mula berkenalan kat Restoran Kenny Rogers Roaster dengan rakan roomateku Muhammad Hisyam bin Hayazi.  Agak sempoi pada mula, she's happy go lucky type of person. Sebagai kakak, banyak dah dia bagi nasihat. Memang tak sangka dapat berkenalan dengan seorang kakak yang amat hardworking, don't complain much about her life dan earn everything with herself. Jurusan Perundangan Syariah ni memang dia impikan dari sekolah menengah, dan hasil kerja keras di UIAM sempat di menghabiskan master dalam bidang tersebut. So senang cite, impiannya menjadi kenyataan. Amatlah jeles, dia sama je spesis macam abang aku Nazrul Aman Aliasaa. Apa yang diidamkan dapat juga akhirnya. Dan sekarang abang aku Nazrul Azam Aliasaa bakal mencapai impiannya di penghujung tahun ni. Alhamdulillah, sebagai adik, aku tumpang rasa gembira. I'll support you guys always!

With Kak Marian sebelum dia berkahwin

Kak Marina is great in her kind of way. Role model untuk aku meneruskan hidup. Segala pesanan beliau akan aku ingat dan tanamkan dalam diri. :)

Truth Hurts

Malam semalam tengah aku semangat untuk ke training, terima whatsapp dari kawan baik. Menyatakan bagaimana perangai aku selama dia kenali aku. Aku tak minta diberi perhatian, sebab aku pun susah nak keep alert dan beri pehatian kepada sesiapa. Dari July 2012 aku menyibukkan diri untuk mempersiapkan gerak dan langkah untuk ke Kejohanan Peringkat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 bertempat di UTHM Johor. Betul, aku dah banyak lost contact dengan kawan-kawan. Even bestfren aku nak fly ke United Kingdom next week aku tak dapat bersama hantar dia ke KLIA. Aku rapat dengan kawan-kawan training aku buat sementara. Aku terpaksa akur dengan tugas aku untuk membawa team silat meraih kejayaan. Tapi aku mengharapkan, supaya kita tak selalu berharap. Aku pernah mengalami perasaan berharap, tapi end up aku yang frust. Now, aku go with the flow. Segala perkenalan kita harap berkekalan walau dah lama tak bersua. Kalau dulu aku sentiasa ada untuk mendengar dan memberi, tapi sekarang masa aku sangatlah 'limit'. Roomate aku terasa dengan kehilanganku setiap malam untuk ke training, pasti sesiapa yang tinggal jauh dari UIA lagi terasa. Anyway, thanks for the penilaian. Aku hargai segala penilaian terhadap diriku, berharap agar dapat improve from time to time. Aku tersentap, tapi aku tau dat is me. Aku tak bley lari dari kenyataan kan? Sekarang sesiapa yang sudah kenal diri dan perangai serta sifatku, aku berharap korang terima tanpa berharap lebih. Bagi aku, penyertaanku dalam bidang sukan, bukan penghalang ukhuwwah antara kita. Pohon ampun dan maaf kalau aku ada terlukakan hati seseorang. Bukan niat di hati. Bila aku fokus kepada sesuatu, aku tak boleh nak fokus kepada dua benda serentak. Ukhuwwah fillah abdn abada. Salam.

Monday, September 10, 2012

Semester baru , Azam baru.

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari pembuka kepada semester baru. Macam biasa, bilangan kereta di sepanjang jalan utama UIAM amatlah banyak. Kelihatan pulak ramai students ke hulu hilir untuk men'settle'kan add and drop subjek masing-masing. Lecturer pulak tidak kelihatan di dalam kelas menandakan memang xde kelas untuk hari ini. Syukur subjekku sudah selesai di add\. Satu peraturan yang baru sahaja di'endorse' kepada semua mahasiswa engineering ialah "Compulsory attendance". Mungkin ini berita gembira bagi sesiapa sahaja yang tidak pernah ponteng kelas. Tapi bagi aku yang on off datang kelas, problem skit ah.So, maknanya sesiapa yang selalu ponteng akan di"BAR" daripada amik exam. Aku pun pelik kenapa peraturan ni baru diwujudkan semula?

Yang aku dapat rasa satu kelainan untuk sem ni ialah tidak terikat dengan budak-budak batch aku. So, kebanykannya muka baru di dalam kelas. InsyaAllah, untuk empat bulan ni aku akan berkenalan dengan mereka. :)

Alhamdulillah.

Sunday, September 9, 2012

Berakhirnya pertapaanku selama tiga minggu

Alhamdulillah,
Lepas 3 minggu bertapa di pergunungan, sekarang kembali ke rumah untuk memulakan semester baru di UIAM pada esok hari. Dah berhabuk blog aku. Banyak benda yang aku terlepas. Kawan-kawan lama selalu tertanya-tanya "Ko free x arini?". Kekadang rasa serba salah untuk memberi jawapan. Tapi bagi aku, simple je...aku menolak tawaran seseorang bukan sebab aku tak mau bersua, aku perlukan ruang dan masa untuk memulakan perjalanan diri ini sebagai seorang atlit. Perjalanan atlit ni bukan dianggap senang, lagi-lagi kalau dari pandangan kasar seseorang fikir "Ala silat je punn". Asalkan diri digelar atlit, tahap training dia sama je ikut level game masing-masing.

Lama untuk aku memahami hidup sebagai seorang atlit. Diri ini tak pernah di'push' tahap dewa. Diri ini tak pernah diuji mental tahap langit. Kagum melihat atlit-atlit yang lama bergiat dalam sukan, training dah jadi macam makanan ruji. Saat aku mental dalam training, saat tu jugak atlit-atlit lain bergelak ketawa. Jauh dalam hati aku terpikir, bila masanya aku akan rasa training macam diorang? Coach pernah berpesan, mula-mula ni memang perit sikit, lama-lama ok la tu. Aku impikan semangat training macam atlit yang lain. Sehingga aku rasa tak de hal gi training bila-bila masa. Perjalanan hidup seorang atlit hanya boleh difahami oleh insan yang bergelar atlit saja. Kawan-kawan tak faham apa itu atlit, apa itu sukan, apa itu pengorbanan, mengapa sanggup berhempas pulas sakitkan badan, mengapa perlu mengehadkan pemakanan. Dulu aku berfikiran macam tu sehingga satu hari seorang hamba Allah ni melantik dan memperkenalkan aku dalam kategori Jurus Tunggal. Dulunya aku pernah terdengar kategori permainan ni dari mulut abang aku sendiri. Tapi tak sangka dapat wakil UIAM dalam sekelip mata. Sukan ni perkara baru dalam hidup aku.

Aku terlepas
untuk menghadirkan diri ke Open House kawan-kawan.
untuk meluangkan masa bersama keluarga sehingga habis Syawal.
untuk bersama-sama rakan seperjuangan yang lain training di UIAM.
untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan lama.
untuk mengetahui isu semasa berkaitan sahabat-sahabatku.

Benda baru, tapi perlu dibiasakan. Aku cuma berharap kawan-kawan...fahamilah perjuanganku. Aku tak abaikan korang, ukhuwwah yang terbentuk akan berkekalan berpaksikan niat yang bersih. Perubahan drastik yang melanda diri aku menggerakkan lagi aku ke hadapan dan insyaAllah akan mematangkan aku dalam mengharungi asam garam dalam kehidupan.

Doakan kejayaanku untuk Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 anjuran UTHM pada 17hb Sept hingga 22hb Sept. 
Salam.

Sunday, August 26, 2012

12 hours Exhaustion

Assalamualaikum.
Open houses, accident, rushing, enjoy.
Banyak benda yang berlaku semalam, sampai membuatkan aku letih sepanjang hari. Pada mulanya semalam gi 3 open house(baru tiga xkan penat kot?). Yeah, tapi jaraknya dari Ampang,Kerinchi,Sg Buloh,Ampang and balek ke Damansara then balek ke Ampang.

Rumah pertama ialah jemputan beraya dari kembar aku, Nahfuzah Athirah kt PPR Kerinchi. Alhamdulillah first time aku tak sesat (bak kata kawan aku).  Ketiga kali jejak kaki kat rumah kawan aku yang pandai + rajin ni. Istimewanya hidangan kat rumahnya ialah Sizzling Mee. Yea, ayahnya reti buat sizzling mee on a hot plate. Aku selalu menjamah Sizzling Mee ni kat medan selera je, tapi kat rumah kawan aku sorang ni, dihidangnya Sizzling Mee dari dapurnya. Ohsem~! Berikutan ngan tu membuatkan her house is one of the target spot raya aku dan kawan aku setiap tahun. :D

Then, aku berangkat ke Sungai Buloh untuk beraya rumah member silat aku yang lama ni. Junior aku jugak. Banyak yang aku kagum dengan kawan aku ni, Hizatul Ikhlas. Perubahan sikap yang bagi aku drastik, dan tak senang terpengaruh dengan orang walhal berkawan dengan budak-budak yang nakal. Alhamdulillah, Allah tolong dia menghadapi life as it is. He always try to prove people wrong, something that I'm impressed! Jarang bersua, kebetulan aku tau lokasi rumah baru die, aku redah je.

Di sebelah malam plak pergila pulak ke rumah Coach Silat pencakku bertempat di Damansara. Excited sungguh coach aku sorg ni. Petang-petang da start memasak untuk menyambut anak-anak muridnya. Berjaya jugak abang aku gather kesemuanya dalam sehari, Alhamdulillah. Makanan yang dihidang sangat best, dan banyak. Tapi yang wat kelainannya, air batu di ban dari rumah cikgu aku ni.haha , jaga staminala kot? Anyway disediakan mercun berdas-das dan pop berkotak-kotak wat kan malam lagi meriah. Di kesempatan tu jugak, jadual training pulak dikeluarkan.

Di rumah coach Habizan


Gold Class! 

GoldClass Seat

Malam tak berakhir dengan penat dan lesu. First time menjejakkan punggungku kat seat GoldClass. Sofa die memang selesa habis, badan penat dan lesu macam aku ni bila-bila masa je boleh bermimpi okeh. Disediakan selimut, tapi slacknya air-cond tak sejuk sangat, tapi xpelah. The Expendables 2 jadi movie yang bertuah malam tu.huhu

Penutup entri nak sentuh pasal dua kemalangan yang aku lihat sepanjang perjalanan. Dua-dua membabitkan motor. Seorg brader tu sampai berbaring mengiring, kepala berlumuran darah dan pemboncengnya (wanita) terlentang tak bermaya. Kemalangan macam ni yang membuatkn mak ayah aku xbagi aku bawak moto. Tapi berpunca dari kecuaian pemandu dan penunggan sendiri. Tapi bilamana da tertulis ajal menjemput bila-bila masa.
Sekian,

Enjoy : Mojo - Andai ku bercinta lagi

Friday, August 24, 2012

ikhlaskan HATI

Salam 6 Syawwal 1433 Hirah

Struktur hati fairy tales

Struktur hati yang sebenar











Aku pelik bila inginkan kejayaan,tetapi tak mau usaha. Ramai dah aku tengok orang macam ni, most of them perjalanan hidup diorang memang sampai pada destinasi, tapi berliku-liku.Aku bukan nak judge orang, because I've been there. Ungkapan "Doa tanpa usaha menjadi sia-sia". Setiap usaha perlukan pengorbanan. Teringat tentang kata-kata ustaz berkenaan doa Nabi Musa. Berpuluh-puluh tahun lamanya baru Allah makbulkan doa. Ce bayangkan dengan status sebagai Nabi Allah, berdekad lamanya doa-doa itu termakbul. Ni nak cite kite ni sebagai 'manusia' biasa. Nak bezakan meme macam langit dengan bumilah! Jangan pernah berputus asa meletakkan harapan kepada Allah.

Ungkapan "There is no short cut to SUCCESS". Ungkapan keramat bagi seseorang yang betul-betul determined nakkan sesuatu. Selalunya athlete berpegang teguh dengan ungkapan ni. Apa yang aku rasa mungkin senior-senior lain dah lama rasa. I'm new babies kat dalam team aku. Pejam celik pejam celik, dah dianugerahkan amanah yang besar kat bahu aku. Mungkin dulu bila aku duk bawah, aku xtahu masalah orang atas, dan mungkin aku tak pernah nak amik tau. Aku da dapat tau apa masalah, tapi it takes time to 'sound' them, 'shout' to them. Hati budak baru kena dijaga, kalau tak lari diorang.

Keikhlasan letak di hati. Pekerjaan yang ikhlas disertai dengan niat yang suci dianggap satu ibadat. Nak cerita pasal ikhlas, anak buah aku pun nama Nurul Ikhlas binti Nazrul Amir Aliasaa. Out of topic!

Orang ikhlas, tak ungkit bila hasil kerjanya tak dihargai.
Orang ikhlas, tak memberi sejuta alasan untuk dapat kejayaan.
Orang ikhlas, hatinya tabah dan sabar dalam mengharungi liku-liku hidup.
Orang ikhlas, tak kenal erti putus asa.
Orang ikhlas, bersyukur kepada nikmat Allah bagi.

Tolonglah tau, kejayaan tak datang bergolek. It takes efforts. Best ke xtraining, trus jadi champion? there is no justice in that. Adat kalah menang dalam pertandingan, tapi bukan yang dirancang. Adat nak mulakan susah, tapi bila da dapat momentum tu, it feels good and satisfied. Believe me.

Tak pula cerita orang yang dah bertahun berusaha, at that games he/she deserved to win, but being played. Lagi luka hatinya. Tapi xpernah berputus asa, hari demi hari dia training. Such difficult day but end up with a broad smile on his/her face. Kejayaan yang puas. Macam mana nak tanamkan semangat dalam setiap anak-anak didikan? Tak mustahil, dengan menceritakan pengalaman cikgu-cikgu serta guru-guru. Tapi thats just half of it, where is other half?  ITS IN YOUR HEART. Find the answer deep in your heart. You'll act according to your heart. Your heart sends signals  to your brain. Your brain done it practically by moving parts of your body.

Tolonglah tahu bahawa Allah sentiasa ada untuk kita meluahkan perasaan. Dan tolonglah tahu bahawa sentiasa ingat Allah untuk pinta pertolong dariNya. Kita ni kerdil di mata Allah. Pernah seorang saintis, bila di zoom in kat diri kita secara maximum, tak nampak apa-apa. Tubuh kita tak kuat seumpama sebuah kereta (kereta buatan Malaysia pun xkuat). Otak kita tak berfungsi setaraf komputer (komputer pun kekadang hang).

Bila hati nak, semua menjadi.

USAHA + DOA + TAWAKAL = SATISFACTION


P/S: Entri post ni tak target kepada individu-individu serta pembaca. Harap maklum.

Thursday, August 23, 2012

Cooking Chili Con Carne

Salamualaikum..
Aku just nak share pengalaman aku masak-masak bersama kakak.. Actually this is the second time for this year (kali pertama buat cupcakes). I'm busy,she is busy...we seldom meet each other eventhough living under a roof. Sebabnya kakak aku blajar di MMU,Cyberjaya...tapi selalu jugak dia balek Ukay Perdana jenguk mak ayah. Yang menjadi sebab jarangnya jumpa is because of me. I've got commitment here and there, make story short...I've failed to manage my time well. -_-''. I'm working towards that, time management.

Sejak bila minat memasak? Ni part yang susah nak habaq kat orang nih. Pernah tengok cerita Ratatouille ?
Euww, tikus memasak?



Ratatouille ni mengisahkan seekor tikus ni gifted dalam bab memasak. Basic thing he(tikus) find out is that when we mixed two food, it'll taste better. The story is very interesting. Awesome gila! It inspires me.huhu . You should watch it. ;) So sejak tengok cite ni, minat memasak tu datang slow2.haha. Start ngan seekor tikus. jijik gila weyh!

Selain tu ada jugak seorang chef yang agak terkenal dikalangan chef-chef yang lain, Jamie Oliver.
Jamie Oliver
Mamat kelahiran England ni betanggungjawab dalam memperbaiki diet yang tidak sihat dan tabiat memasak di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Beliau mula glamour dalam TV Show pertama berjudul "The Naked Chef" (nama tajuk nak seksi abis kan? no wonder girls are crazy bout him!). Ape yang wat aku tertarik is cara masakan beliau. So bersahaja and relax. Words can't tell how great he is, watch his series and tell me about him? oke? :D

Ilham masakan Chili Con Carne,
Ilhamnya datang dari video Jamie Oliver yang ditonton kakak aku. Because kakak aku obses sangat Jamie Oliver ni, bilamana dia puji je Oliver ni xhenti-henti, aku terpaksa pasang telinga mendengar. Well I'm good listener kan? haha.

Tempoh memasak 3 Jam. Masakan ni sejenis ala-ala kuah spaghetti memakai ramuan scramble meat,tomatoes dan chili sebagai ramuan utama. Baunya ala-ala rempah kari. Ramuan-ramuannya adalah seperti berikut :
  • 4 Bawang Merah
  • 1 Ulas Bawang Putih
  • Serbuk Jintan Putih
  • Serbuk Cili
  • Cili
  • Pati Tomato
  • Kayu Manis
  • Tomato Tin
  • Kidney Beans
Untuk Pati Tomato tu better use Sundried Tomato (Tomato Kering). So disebabkan tak dapat nak cari, kakak aku pakai pati tomato. Aku xkesah, perut aku universal. Sume makanan boleh masuk. :D

Here is the finished product:


Chili Con Carne

Well about the taste. Rasa tomato tu amatlah pekat. Kidney beans terpaksa dikurangkan sebab makanan berangin, bising mak ayah tanye "mane beans nye? sepatutnya banyak". Hmm, malas nak comment. -.-''. Overall okay lah. Not the best,but okay lah. :) Kepuasan rasa makanan sendiri tu ada.hehe. Minx jangan google rupa asal Chili Con Carne ye, konfem tak sama rupenye.haha
Sampai di sini je lah kot. Salam.


Puasa Ramadhan + Puasa Syawal = Puasa Setahun

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selepas habis ramadhan, kini syawal menjelma. Sedikit ungkapan yang aku nak share:

Antara petanda kiamat:
Setahun terasa macam sebulan..
Sebulan terasa macam seminggu..
Seminggu terasa macam sehari..
Sehari terasa macam sejam..
Sejam terasa macam seminit..
Seminit terasa macam sesaat..
Sesaat terasa macam sedetik..
-
Ustaz Dr. Zahazan

Sebenarnya yang aku nak highlight kan is masa ni berlalu macam cahaya lajunya. Pejam celik pejam celik dah habis ramadhan. Petanda kiamatkah? adakah amalan kita dah mencukupi sebelum kita bertemu Allah kelak?
Pernah korang dengar puasa bulan Ramadhan disusuli dengan puasa 6 hari di bulan Syawal seolah-olah berpuasa sepanjang tahun?

Banyak ganjaran yang Allah bagi kepada muslimin dan muslimat sepanjang kita hidup di dunia. Tetapi sedikit yang ambil endah terhadap ganjaran-ganjaran yang diberi. Faktor kekangan masa antara salah satu sebab. Pernah aku lepak ngan kawan aku sorang nih, mengambil jurusan Islamic Revealed Knowledge di UIA. Dia membuka bicara, asal kita completekan solat fardhu 5 kali sehari semalam dah memadai. Kira orang cakap selemah-lemah efforts. Solat tanda kita syukur. Even kalau kita mendalami setiap bacaan dalam solat, merangkumi seluruh aspek. Ape yang aku cuba sampaikan, luangkan masa mengingati Allah walaupun benda tu kita ambil ringan atau remeh.  
Ingat Allah, Allah akan ingat kita. :)

Back to the right track, ramai yang tertanya-tanya (wanita2), senang nak qada' puasa dan puasa enam buat sekali gus. So, aku pun tertanya-tanya boleh ke? afdal ke? Lepas tu datang pulak soalan...kenapa diibaratkan sebagai puasa sepanjang tahun? Surfing lah aku ke blog-blog dan website ustaz-ustaz...


Untuk menjawab soalan pertama tu, halaman zaharuddin.net amat membantu. Mana satu nak diutamakan puasa sunat Qada' ataupun puasan Enam ? Ofcourse puasa sunat Qada' katanya....kerana darjat puasa Qada adalah lebih tinggi dan tanggungjawab untuk menunaikannya adalah lebih besar daripada puasa sunat Syawal sebab puasa sunat Qada adalah puasa wajib dan juga hutang ibadah kita kepada Allah berbanding puasa sunat Syawal yang hanyalah sebagai tambah pahala. Namun, jika seseorang itu perlu Qada puasanya selama 30 hari, atau belasan hari dan tubuhnya sihat yakni masih kuat. Eloklah mengerjakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu kerana tempoh puasa sunat Syawal yang singkat berbanding sunat Qada (sepanjang tahun). #reference_1


Bagi menjawab soalan kedua ialah puasa enam diibarat puasa sepanjang tahun adalah kerana puasa Ramadhan diibarat puasa sepuluh bulan manakala puasa 6 di bulan Syawal dianggap puasa dua bulan. Dan pabila dicampurkan kedua-duanya genaplah setahun. Boleh dirujuk kepada hadis berikut :
#reference_2 
"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genaplah setahun." (Riwayat al-Darimi)

InsyaAllah sampai di sini sahaja. Niat di hati untuk berkongsi ilmu. Terjawab sudah persoalan aku. :)

 P/S: Making header w photoshop. Skill lama sudah hilang. :D

Wednesday, August 22, 2012

Pabila hati berbicara...

Salamualaikum.

My whole family,full house!


Alhamdulillah, selesai sudah Ramadhan 1433 Hijrah. Tahun ni agak sedih bagiku sebab Ramadhan tahun ni tidak seindah dulu. Mungkin disebabkan kegagalan aku untuk meneruskan short sem di UIA atau kesungguhan aku bertapa di pergunungan fokus training. Banyak faktor actually. Otak dan minda tidak dapat mem'fokus' dua benda dalam satu masa, so macam nilah jadinya. -.-;;

2 Syawal 1433 Hijrah merupakan hari terakhir yang aku luangkan untuk beraya rumah saudara. Now tengah tunggu invitation open house rumah member. yeah! Untuk makluman, sampul raya tahun ni antara yang paling sedikit aku dapat dalam seumur hidupku, maklumlah diri dah meningkat dewasa, tanggungjawab pun meningkat. Hati rasa sedih kerana dah dewasa ni, susana jadi lain. Dua abang dah jarang raya skali. On Off macam chipsmore. Terkenang pula zaman kanak-kanak riang ribena dulu. Tiap kali balek kampung, tak akan tido. Sebaliknya kira jumlah kereta ayah potong sepanjang perjalanan. Tiba di kampung, sepakat ngan saudara beli mercun, main sama-sama. Enjoy habis-habisan like there is no tomorrow. Time tu tak kenal lagi erti tanggungjawab,terasa nikmat dunia apabila semua berada di bawah tanggungan mak ayah. Then usia meningkat sehari demi sehari, sebulan demi sebulan, setahun demi setahun... sudah berumur 21 tahun. Bersyukur kerana diberi nyawa. Mungkin inilah fasa berikutnya bagi aku untuk aku lalui. Tapi aku excited untuk menempuhi setiap detik yang berbaki di dalam hidup ni. "What comes next? what comes next?", persoalan tu terngiang-ngiang dalam kepala.

Fasa perkahwinan. Terdetik pulak untuk aku bersama abang aku berbincang sekejap berkenaan perkahwinan. Bagaimana suatu hari nanti, tinggalnya mak ayah bersendirian di rumah tika semua anaknya sudah berkeluarga. Adakah ukhuwah adik-beradik akan kekal dan sentiasa mesra sepanjang hayat aku bernafas kat dunia ni? Bab-bab jodoh ni memang aku nak jauhkan dari berbincang. Sbb bagi aku, aku nak settlekan komitmen-komitmen sepanjang aku belajar di Universiti Islam Antarabangsa. Komitmen sukan adalah komitmen yang tinggi. Nak bagi contoh, senang. Ce tengok jaguh badminton persendirian Juara All England , Hafiz Hashim. Waktu single dulu, tip top nama die ukir. Tapi bila sudah berkahwin, kegagalan beliau membahagikan komitmen menyebabkan komitmen untuk sukan itu dipinggirkan. Bukan aku nak cakap komitmen sukan ni lagi penting dari berkahwin sedangkan berkahwin tu sunnah rasulullah dan antara benda yang perlu kita percepatkan. Tapi banyak lagi faktor-faktor yang menjadi dinding kepada aku untuk aku pecahkan. Cewah! Antaranya ialah faktor kewangan,komitmen,persediaan rohani. Persediaan rohani merangkumi faktor yang paling besar okeh!

Aku risau, bila da dewasa...godaan nafsu syaitan membuatkanku sibuk dunia,tinggal akhirat. Mak ayah aku akan bersendirian di rumah. Tiada masa untuk menjenguk makayah sedangkan syurga di bawah kaki ibu. Ada pepatah berkata kalau nak tengok anaknya, tengoklah ibubapanya dahulu. Thats it, aku selalu reflect diri aku sendiri... Apa yang aku wat ni akan diwarisi oleh anak-anak aku. If xsemua, sikit-sikit. Apa yang diharapkan oleh mak ayah ialah untuk sentiasa dekat dengan anak-anaknya. In the future, i'll be hoping the same. At the end of life, before married and after...I just want to make my parents proud. I'm sure others will think the same. =)

Sampai di sini. Ilham datang sejurus sahaja aku bangun dari tidur. Aku rasa masa yang sesuai untuk meluahkan rasa hati di blog luahan hatiku.huhu.

Masih berbaki 26 hari di bulan Syawal yang mulia ni, dapatkan puasa enam. Dapatkan 'puasa sepanjang tahun'. InsyaAllah.

P/S: First invitation raya from my old friend Hizatul Ikhlas:
InsyaAllah kalau ada kesempatan aku pergi. :)

Tuesday, August 21, 2012

Great Movie!

Salam 3 Syawal.
Special for this post I will write it on english.
At the very moment you read this entry, I want to ask you something...
Do you ever need a motivation on you life? Or do you see things and the things got you inspired? How about searching for a motivation quote for you life?
As for me, yeah! I've watched a tons of movies, some get me inspired,some get me to sleep. (-__-'')
Yesterday was very tiring day for me, as for my whole family as well. Hari Raya day is not complete without tiredness.believe me.

So, back to the topic. I'm going to tell you about a movie that I watched after sahur entitled Undisputed 3. The story is about a Champion called Boyka. Well, he is basically a russian got himself locked up in the prison because of first degree murder. My friend first introduced to me this movie and also his role model, Boyka that happen to be main character in this film.



The things that really get me fascinated is how the determination of Boyka to be a world champion, not because of money. Not because of anything. But because of he thinks that he has a natural born gift. He thinks that he is the most complete fighter in the world. And I was impressed! Because at that moment, ever fighters think about moneys and luxuries, but not Boyka. Ofcourse its only in the movie, its far from reality world. But STILL, it can motivate someone to have a better intention in participate in any tournament. It really helps on my mission to win! huhu.


Well, thats about it. For those who need for training motivation, Undisputed 3:Redemption is the right movie for ya!

Enjoy: Becoming Boyka


Sunday, August 19, 2012

Salam 1 Syawal, Salam Aidilfitri.

Assalamualaikum.
Raya datang lagi. YEAH!

Asal bulan Rejab,Syaaban je, mesti tak sabar nak tunggu Ramadhan. 
Bila sudah berpuasa, cepat pula masa berlalu.

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik Ramadhan nak pergi.
Tapi Ramadhan tak tinggalkan kita kosong-kosong.
Amal ibadah kita sentiasa terisi.

Tapi itulah, bila Ramadhan baru nak beribadat lebih.
Bila Syawal dan bulan seterusnya, tak pulak selalu beribadat.
Asalkan nama manusia, memang sifat 'pelupa' itu wajib.
Tapi jangan asyik terlupa beramal,sehingga Allah kecil hati.
Untuk teruskan rutin ibadah dalam Ramadhan, istiqamah dalam beribadat.
InsyaAllah, amal ibadat terpelihara.

Gari Syaiton-syaiton dah dilepaskan.
Semakin banyak lah dugaan dan cabaran.
Moga dijauhkan segala godaan nafsu.
Amin.


Sempena 1 Syawal 1433 Hijrah , diri ini ingin menyusun 10 jari.
Pinta kemaafan di atas segala kekurangan yang terzahir sepanjang perkenalan.
Kepada semua yang mengenali diri ini.
Maaf Zahir dan Batin.

Pesanan ikhlas buat sahabat handai yang selalu meletup sini-sana.
Jaga tangan kaki anda semolek-moleknya.
Tangan tu nak pakai lama, kaki tu guna untuk jalan.
Jangan menyesal tak sudah.
Prevention is better than cure. (:

Tulus ikhlas,
Nazrul Arif bin Aliasaa.

Thursday, August 16, 2012

O'Briens ~ 1st time, New experience.


Salam.
Semalam bersamaan mlm 27 Ramadhan 1433 Hijrah,tergerak hatiku dan abg aku untuk berbuka bersama-sama kakak di Cyberjaya. Mengapa Cyberjaya? because it is near my sister's campus , MMU. 
Telah menjadi kebiasaan, rutin tahunan untuk aku, abg aku, dan kakak aku untuk sama-sama berbuka di luar. So, makanan selalunya dipilih secara rambang. 

Proses memilih tempat berbuka mcm ni... mula-mula list down all the 'targeted restaurants' , then tick off one by one. Apa yang menjadi pilihan ialah faktor keselesaan, kesedapan makanan, puas , kenyang , tak mahal sangat, most importantly is something new. Aha~

Tapiii, disebabkan bertolaknya aku pada pukul 5.45 petang, tak sempat untuk filter one by one. So the main choices is at Alamanda (Pizza Hut) or ShaftSbury Square (Subway , Kenny Rogers, O'Briens). So disebabkan masuk simpang putrajaya pun dalam kul 7.00 petang, so we decided berbuka at ShaftSbury Square near MMU. So it is easier to pickup my sister at MMU kan? 

At first, I was very awkward at choosing meals and drinks. Haha. 
There we goes, O'Briens ShaftSbury Square :

Welcome to O'Briens :D

Chicken Slice & Cheddar 


Smoked Salmon & Cream Cheese On Wholemeal



Sundried Tomato, Mozarella & Basil Pesto


Last but not least! Bill. :)


Satu pengalaman yang baru. But for sure there will be no second time! First and the last. :)
Overall, puas hati jugak walaupun xkenyang.huhu.
Tapi tetap bersyukur.
Alhamdulillah.
 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates