Sunday, September 9, 2012

Berakhirnya pertapaanku selama tiga minggu

Alhamdulillah,
Lepas 3 minggu bertapa di pergunungan, sekarang kembali ke rumah untuk memulakan semester baru di UIAM pada esok hari. Dah berhabuk blog aku. Banyak benda yang aku terlepas. Kawan-kawan lama selalu tertanya-tanya "Ko free x arini?". Kekadang rasa serba salah untuk memberi jawapan. Tapi bagi aku, simple je...aku menolak tawaran seseorang bukan sebab aku tak mau bersua, aku perlukan ruang dan masa untuk memulakan perjalanan diri ini sebagai seorang atlit. Perjalanan atlit ni bukan dianggap senang, lagi-lagi kalau dari pandangan kasar seseorang fikir "Ala silat je punn". Asalkan diri digelar atlit, tahap training dia sama je ikut level game masing-masing.

Lama untuk aku memahami hidup sebagai seorang atlit. Diri ini tak pernah di'push' tahap dewa. Diri ini tak pernah diuji mental tahap langit. Kagum melihat atlit-atlit yang lama bergiat dalam sukan, training dah jadi macam makanan ruji. Saat aku mental dalam training, saat tu jugak atlit-atlit lain bergelak ketawa. Jauh dalam hati aku terpikir, bila masanya aku akan rasa training macam diorang? Coach pernah berpesan, mula-mula ni memang perit sikit, lama-lama ok la tu. Aku impikan semangat training macam atlit yang lain. Sehingga aku rasa tak de hal gi training bila-bila masa. Perjalanan hidup seorang atlit hanya boleh difahami oleh insan yang bergelar atlit saja. Kawan-kawan tak faham apa itu atlit, apa itu sukan, apa itu pengorbanan, mengapa sanggup berhempas pulas sakitkan badan, mengapa perlu mengehadkan pemakanan. Dulu aku berfikiran macam tu sehingga satu hari seorang hamba Allah ni melantik dan memperkenalkan aku dalam kategori Jurus Tunggal. Dulunya aku pernah terdengar kategori permainan ni dari mulut abang aku sendiri. Tapi tak sangka dapat wakil UIAM dalam sekelip mata. Sukan ni perkara baru dalam hidup aku.

Aku terlepas
untuk menghadirkan diri ke Open House kawan-kawan.
untuk meluangkan masa bersama keluarga sehingga habis Syawal.
untuk bersama-sama rakan seperjuangan yang lain training di UIAM.
untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan lama.
untuk mengetahui isu semasa berkaitan sahabat-sahabatku.

Benda baru, tapi perlu dibiasakan. Aku cuma berharap kawan-kawan...fahamilah perjuanganku. Aku tak abaikan korang, ukhuwwah yang terbentuk akan berkekalan berpaksikan niat yang bersih. Perubahan drastik yang melanda diri aku menggerakkan lagi aku ke hadapan dan insyaAllah akan mematangkan aku dalam mengharungi asam garam dalam kehidupan.

Doakan kejayaanku untuk Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 anjuran UTHM pada 17hb Sept hingga 22hb Sept. 
Salam.

No comments:

Post a Comment

 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates