Salam,
Tiada masa yang lapang untuk diluangkan bersama blog. Dah lama rasanya tak meng'update' blog.
Dah lama nak menulis entri berkaitan penghijrahan abang sulungku ke Yaman.
Rezeki,jodoh,ajal dan maut di tangan tuhan.
Keluargaku merasa lagi satu kehilangan, aku tak dapat bayangkan kemeriahan raya pada tahun depan tanpa kehadiran 2 orang abangku bersama keluarga-keluarga mereka yang akan menetap di negeri Arab. Tak lama rasanya aku dengar berita abangku ingin ke Dubai dan Yemen. Terasa baru semalam mereka merancang, dan hari ni mereka berangkat. Tetapi disebalik pemergian mereka, mak ayahku antara insan yang paling terasa akan kehilangan ahli yang baru di dalam keluarga terutamanya cucu-cucu. Seminggu sudah berlalu bermula dengan tarikh persiapan abangku untuk mengosongkan rumahnya di Bangi, di kesempatan membantunya untuk mengemas rumah, sempat untuk mak ayahku meluangkan masa bersama cucu-cucu tercinta. Mungkin nampak tenang di mata mak ayahku, tapi resah dan risau di hati. Hanya facebook menjadi medium untuk berinteraksi.
Rasa jeles menyelubungi hati bila mana melihat abang-abangku berangkat ke negara Arab, untuk bekerja dan mempelajari bahasa akhirat. Sebagai seorang adik, aku mengikuti segala perkembangan mula dari mereka muda sampai sekarang, dan aku perhatikan...bukan mudah untuk mereka mendirikan rumah tangga. Bukan mudah untuk mereka menempuh segala onak dan duri di dalam hidup ini, dan akhirnya menetap di negara Arab. Main point aku, aku nampak bagaimana mereka merancang ke semuanya, dan kadangkala rezeki datang tanpa diduga,peluang datang mengetuk pintu.
Raya Aidiladha tahun ni, sempat untuk aku menyambut bersama anak-anak buah. Bila mana anak buah selalu membuat bising, hyperactive tak tentu pasal...malas untuk aku melayan, tapi kedengaran pula kata-kata mak "Layan je la Ikhlas tu, esok dia dah nak pergi dah". Tersentap. Memang aku tau mereka akan pergi. Tapi aku tak dapat merasa lagi ketiadaan anak-anak buah nanti. Mungkin terasa kosong, suasana terasa sunyi sebab sepanjang aku duk di rawang sempena raya haji, suara anak-anak buahlah selalu kedengaran, celoteh anak-anak buah la kian menjadi-jadi. So, sebab hari ni merupakan hari terakhir mereka, aku layan je lah tanpa fikir banyak, kerna aku yakin...aku akan rindu akan mereka, terutama Nazrul Ayyash. Tak dapat paksu nak melihat Ayyash besar, selepas 2 tahun di sana... Ayyash dah besar, dan paksu harap Ayyash tetap akan mesra dengan makyang,pak uda, tok dan opah. Hanya gambar-gambar Ayyash dan Ikhlas di sana dapat mengubat rindu kami di sini. :)
Aku berdoa kepadaMu ya Allah, Engkau lindungilah abang-abangku dan keluarga mereka ya Allah dari segala malapetaka. Engkau permudahkanlah segalanya bagi mereka untuk menguruskan kehidupan harian.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment