Wednesday, October 2, 2013

Suasana baru.

Salam pembuka bicara.

Seringkali diri ini bertanya, sampai bila? ko nak kejar ape sebenarnye?

Mungkin da lama diri ini mengidamkan prestasi sebegini. Namun, masih tak cukup setanding dengan peringkat kebangsaan. Tapi xmo mengalah.

Pengorbanan demi pengorbanan. Ikhlas itu paling penting.

Baru sedar, sesuatu ilmu itu bukannya murah. Mahalnya dari aspek lain. Mahalnya tidak semua sanggup untuk tampung.

Kepuasan. puas ke diri sepanjang bergiat dalam sukan ni? self-achievement. Menguji sejauh mana diri ini boleh pergi. Jauh di lubuk hati, ingin berhijrah dari semasa ke semasa. Mungkin semuanya dirancang dengan teliti, tapi Allah sebaik perancang. Rancangannya penuh dengan isi yang tersirat di mana walau seseorang tu belajar ilmu apa-apa pun tak bileh meramal apa akan terjadi. Kekadang hikmahnya terus nampak. Diri hanya mampu berusaha, berpegang dengan kata-kata seseorang yang jauh lama telah makan garam dari diri ini, Allah nampak usaha kita. Kalau nak menang, biarlah menang bermaruah dan berhak.

Tapi....

diri ini perlu berehat.

ingin ku pahat segala kenangan bersama keluarga sini.

biarlah diri ini menangis teresak-esak bila sampai hari graduasi nanti.

Walau diri ini pelik tambah kekok untuk memimpin. Diri ini x merayu supaya dihormati serta disegani. Cukuplah sekadar bersama-sama berjuang naikkan nama team.

Sukan ini bukan untuk menambahkan tekanan. Relaks,santai. Tapi, biarlah relaks dan santai itu berisi.

Diri ini hadir hanya utk memerhati, jauh sekali berniat untuk mengguris hati. Segala salah silap mohon diberi teguran.

Asal nama melayu, budi dan adab budaya kita.

Sampai sini. Sekian.

Thursday, July 25, 2013

Nikmat kesihatan

kesihatan.satu perkataan dimana perkataan induknya bermula dengan huruf 's' dan diakhiri dengan huruf 't'. Nampak mudah dan senang untuk dilafazkan. Tapi amat berat untuk mensyukurinya.

Terbaru, aku dikejutkan dengan berita tentang kemasukan abg aku ke wad kecemasan. Memang tidak hairan sebab dah seminggu lebih dia menanggung sakit demam,pening,sakit sendi,muntah dan sbgnya. Baru minggu lepas aku terkena demam panas, lepas tu jangkit ke badan ayah aku, seterusnya ke badan abg aku plak. Punca asal masih tak dapat dikenalpasti. Tapi aku musykil dengan tempat kerja abgku yang bertempat di bukit gantang, tempat praktikal di mana abang aku ulang-alik Bkt Gantang-Rawang setiap hari. Lepas balek dari tempat kerja mesti mace2 penyakit yang datang. Dapat plak tempat praktikal yang tak kira medical leave.

Pertama kali dapat tau positif denggi di Pusrawi, yakni hospital swasta. Terus ayah aku suruh dapatkan medical insurance dari pihak Health Centre IIUM. Dimaklumkan pula hanya HKL dan Hosp Selayang dapat calim medical insurance. So, segera ditukarkan ke Hospital Selayang.
Setibanya di Hospital Selayang (selepas berbuka ramai-ramai bersama family pencak silat).... agak tersusun nak berbanding dengan Hospital Kuala Lumpur, almaklum Hospital Selayang ni lagi baru daripada HKL. Seingat aku, ni kali ke-dua diri ini menjejakkan kaki di Hospital Selayang. Flashback waktu Allahyarhamah nenekku yang dulunya dikejarkan ke hospital ni sewaktu sakitnya kritikal pada tahun 2006. Masa dah lama berlalu, tapi rasa mcm baru semalam tragedi tersebut berlaku. Layout serta arrangement 'Main Lobby' masih tak berubah. Alhamdulillah, familiar dengan surau,toilet serta kiosk berhampiran.

Dari pemmerhatian, suasana di sini satu pesen je. Kalau bukan diri sendiri yang jadi penghidup suasana, memang boringla alamatnya setiap ari. Lepas aku usha pesakit-pesakit di sini, sayu rasanya tengok seorang suami yang teman isterinya yang sakit. Baru diri ni rasa bersyukur dengan kesihatan yang diberi Allah. Tapi diri ni selalu percaya, setiap yang terjadi disusun sempurna oleh Allah. Hikmahnya nampak di kemudian hari. Sabar teman yang paling setia di sisi.
Dalam masa yang sama, ayahku pula didatangi sakit pinggang belakang. Ya Allah, begitu besar ujian terhadap keluargaku. Ku hanya boleh berdoa meringankan beban yang ditanggung abang dan ayahku. Mujur diri ni ada sekitar Gombak. Apa yang dapat dibantu, akanku bantu. Bukan selalu dapat membalas jasa ayah dan abg. Ni pun hanya ciput je nak dibandingkan dengan segala macam pengajaran yang diajar oleh mereka.
Terasa diri ni kerdil kerana nikmat kesihatan yang boleh ditarik bila-bila masa. Di saat diri leka dengan hiburan dunia, diturunkan pula sakit yang memberi alamat kelalaian diri terhadap nikmatNya. Beruntung sebenarnya orang yang dilanda musibah, tanda sayang Allah terhadap makhluk ciptaanNya. Mungkin ambil masa untuk kita terima dan redha. Lumrah hidup, kita lebih senang menerima sesuatu jika hikmahnya terus terjadi depan mata tanpa perlu bersabar.
Alhamdulillah, dari mata yang kasar , keadaan abg tidak kritikal. Tapi dia dalam satu fasa dimana apa-apa pun bole terjadi terhadap kesihatan beliau. Minum air 200ml setiap 30minit da jadi rutin harian. Ayah pula setelah sekian lama tak mendapat khidmat doktor, baru tadi terdetik hati beliau untuk berjumpa doktor. Alhamdulillah, segala ubat dalam tangan. Sebagai anak dan adik, aku hanya mampu berdoa agar semuanya selamat. Nak bantu, tapi belajar pun jurusan kejuruteraan. Tapi dalam setiap pengalaman, banyak benda baru yang aku belajar. Pengalaman yang bermakna buat diri ini.

Kepada pembaca blog ini, mohon doa dari korang untuk abang dan ayahku.
Sekian.

Tuesday, July 23, 2013

Kejayaan tak datang bergolek.


Dah lama rasanya tak bermadah di blog ni.

terasa kekok untuk menulis kembali, pelbagai idea yang dipikir untuk menyusun kata dan bicara.

Yang nyata sekarang ni, sudahpun masuk sebulan setengah diri ini menyertai program training yang disusun oleh coachku. Tak banyakku mengeluh kerana ku rasakan segala program dan bentuk training yang disusun adalah untuk kami(team) meraih pingat di MASUM 2013 bertempat di kampus utama UIAM Gombak. Tekanan kian terasa hari demi hari, bergelar tuan rumah ternyata bukan satu gelaran yang senang untuk dipegang, apatah lah diwakili oleh UIAM sendiri. Bilamana atlet pun rasa resah dan gelisah, bagaimana plak dengan coach,officer dan jugak orang atas? lagi serabut agaknya?

Apa yang mataku dapat perhati ialah, bukan mudah nak menggapai sesuatu kejayaan. Yang pernah wakil Malaysia pun terasa bahangnya, lalu training sungguh-sungguh. Apatah lagi yang baru nak naik mcm diriku yang kerdil ni. Kesedaranku terhadap berapa lama lagi aku akan memegang 'title' sebagai student atlet di UIAM ni, membuatkan aku rasa nak gapai segala yang aku sempat. Berbekalkan abang sendiri yang bagiku hidupnya hari-hari dikaitkan dengan pencak silat, bagaikan ianya dah menjadi 'mknn ruji' bagi hidupnya, membuatkan diri ni lebih bersemangat. Lagi-lagi bilamana coachku sendiri nampak aku seolah-olah di'level' lain dari atlet yang baru menceburi acara sukan pencak silat ni. Ternyata apa yang diusahakan oleh abangku selama ini membuahkan hasil. Kejayaan tu memang Allah janji kepada sesiapa yang tak putus2 mengharapkan bantuanNya. Naik turun abangku sebagai atlet jelas diperhatikan oleh kedua biji mataku. Yang menariknya, pelbagai pengajaran telahku pelajari. Aku kagum dengan pencapaiannya, tapi jauh lagi untuk diri ni rasa cemburu, kerana setiap kejayaan dalam dunia atlet, mesti diselang selikan dengan pengorbanan. Pengorbanan di mana diri ini perlu membuat sesuatu pilihan atas sesuatu. Memang tak hairanlah kejayaan itu miliknya.

Aku berdoa kepadaMu ya Allah, walau se'boring' mana pun aku ulang gerakan Jurus Tunggal Baku setiap malam, hindarkanlah diri ini dari berputus asa. Berbekalkan lagi 3 minggu untuk aku memperkemaskan gerakan dan untuk mendapatkan 'feel' dalam setiap gerak. Mujur di bulan Ramadhan, dihindari dari godaan syaitan. Amin ya rabb. Engkau bekalkanlah kejayaan di pihak UIAM selaku tuan rumah MASUM 2013 tahun ini. Insha Allah.

Wednesday, March 20, 2013

Reward after a HUGE Immolation

Alhamdulillah, berakhir sudah program Family Day IIUM Silat Team yang berlangsung di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Walaupun secara ad hoc program ni dijalankan, we managed to get it done. Pengisian yang paling penting ialah waktu ucapan daripada bekas-bekas kapten yang turut menghadirkan diri. Ucapan dibuat sejurus sahaja solat maghrib berjemaah dijalankan. Hebatnya program ni sebabnya dihadiri oleh pesilat-pesilat yang boleh dianggap macam family. Sekali-sekala meluangkan masa bersama di tepi pantai jauh dari aktiviti silat. :)

 

Pengalaman yang sangat bermakna buat ahli-ahli baru, kini dan juga senior. Dapat rasa kelainan sebelum dan selepas program. Sekarang diri da semakin selesa nak bergaul dengan ahli-ahli baru. Diri berharap semoga ikatan kekal sampai ke Syurga. Setibanya aku di UIA, yang semalam ibarat sebuah mimpi yang indah, dan esok ibarat cabaran yang mendatang. Bertubi-tubi exam datang, memang pembahagian masa tu sgt penting kawan-kawan. 

 

2 minggu akan datang akanku bahagikan untuk menghadapi exam dan juga Kejohanan Taming Sari yang akan berlangsung di UKM, Bangi. Silat is not my everyhing, but it is my passion. Ku mohon doa supaya lindungi keluargaku dari malapetaka. Amin. 

 

Xsia-sia pengorbanan komitee untuk menjayakan program ni. Niat yang mulia, inshaaAllah diberi pertolonganNya. :) 

 

[caption id="" align="aligncenter" width="426"]Image Ma Familia[/caption][caption id="" align="aligncenter" width="426"]Image A family stitched together with love seldom unravels[/caption]

Friday, March 15, 2013

Unfair.

Di kala tengah busy program dan juga exam yang bakal muncul tiba minggu depan. Aku dah 'failed' nak bagi priority aku kat mana. Yang aku dapat 'confirm'kan, program ni sangat bermanfaat utk pesilat-pesilat uiam. InshaaAllah, when we do things for Allah sake, everything will goes well. Ku pohon pertolonganMu agar memberi kekuatan mental untukku hadapi semua. Masa itu berharga, sampai saat terakhir baru sedar. Dan paling benci is that, I know it already. Manusia,manusia...

 

Harap aku tak beri lebih priority kepada mana-mana bidang. Niat asal untuk balancekan komitmen. Tapi yang pasti, ape-ape kerja pun dalam universiti ni, study/akademik comes first. 1% lebih dari aktiviti lain. Sedarlah wahai manusia, sebelum terhantuk. Muhasabah diri. 

Thursday, March 7, 2013

a Precise prediciton maybe ?

a Precise prediciton maybe ?

Sape setuju angkat tangan.

Lepas berhempas-pulas memerah otak untuk kuiz "Multimedia Technology" yang dilangsungkan ala-ala exam final! . Very strict. Phone xley letak atas meja, no book under the table... all other papers must go inside the bag..duduk selang dua meja..?? really? masak lah kalau setiap kali quiz macam ni. Very unfortunate to my friend when the lecturer caught him using phone, although he don't do anything with that phone. Argh, answering quiz can be very stressfull?

Enough with that... -_-!!
While I was very happy going back to my room, connecting my Maxis broadband, surfing facebook, I noticed picture above while scrolling homepage timeline... it looks simple, of course whenever I saw "Albert Einstein" , he's saying is always the best. The picture tells you about how technology can overtake the human interaction. So broad-minded kind of person care to think about future generations. For me, it is obvious as you can see that technology is growing years after years. The next generation will suffer more, so you can expect our future child to be so lazy. I'm thinking about making Kuala Lumpur like a rural villages, so that a new generation learn the enjoyment after great difficulty. It's like my parents's old day, if you get to know them better, you will see diffrences between both ages. People that lives at that time earn something through hardship. Listening to my father's life, excites me. haha.

Nowadays, technologies are made to be better, if we could appreciate it, we used only a thing that is impossible for us to handle, such as lifting super heavy things. Atleast that do not make us lazy. And you have a pretty big reason why to use such technologies. See, not all technologies are bad. For example like a hotstuff social network such as Facebook. Many see the negative side rather than the positive effect. Nobody cares about trying to use it in a noble way. Alhamdulillah, I am studying at IIUM, where the bi'ah is 24/7 Islamiyyah. The thing that I must thank to Allah for throwing me to IIUM. (International Islamic University of Malaysia). I felt so grateful after lived here in so many years. It changed my perception also my personality. SO, automatically I'm friends with people who take Islam seriously as if Islam is part of their life. The da'wah that has been made through Facebook often appears on my timeline. So as much as you can 24/7 doing sins while you are surfing, you will atleast gain more valuable knowledge related to spiritual stuff rather than stalking, criticizing , ranting and etc.

Now you can see it clearly how technology change people. It's like they control how you are living your life. If you take a time to think...and keep thinking, it's scary sometimes. Knowing that technology will make you act according to West's behaviour. That where islamization takes place. HEHO~!

Salam :)

Tuesday, March 5, 2013

A hero lies in you

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

[Chorus:]
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

 

You are what you want it to be. The power of mindset can change everything. 

Whenever I depressed about my performance, I often listen to this song "Heroes by Mariah Carey".  The rhythm is not that brutal to boost up my spirit, but I would rather look at the meaning behind each paragraph of lyrics. 

 

If you  want something, go for it. Time flies by, it will not come back. Make each seconds count. You face this life only once. Grab the chance, show your true colours. ##motivated.

There's a hero ...

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

[Chorus:]
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

Give the best.

Give the best.

For the first time, give the best shot.
Tak selalu pengalaman datang mengetuk pintu. Bila pintu sudah dibuka, grab that chances. Makna hidup itu luas, pengalaman itu sendiri sangat sedikit untuk menghuraikan betapa kehidupan itu sangat indah. Memahami sesuatu yang baru dapat meluaskan lagi pandangan kita terhadap kehidupan. Aku sangat 'appreciate' dengan pengalaman baru. Lagi-lagi bila pengalaman tu ialah pengalaman yang bole diguna pakai dewasa nanti.

"There is a lot of things that the world has to offer" - Me. haha.

Sempatkah aku berjumpa lagi dengan orang yang berkaitan, sempatkah aku merasa lagi keterujaan aku buat pertama kali, sempatkah aku untuk berkenalan dengan kenalan baru, Atas izinMu,

If it is your first experience, give the best shot. You can't expect same thing will happen again.

Sunday, March 3, 2013

Run

Run

The picture inspires me.

Obsession.

http://www.youtube.com/watch?v=8SbUC-UaAxE

November Rain by Guns N' Roses. Masa ni Slash still in the band. It's a miracle how Slash can create the rhythm and solo. Truly legendary guitarist.

Di saat aku tonton kembali video ni, teringat masa-masa silamku. Masa di mana aku mula-mula menjinakkan diri dengan gitar-gitar dah musik. Masa tu aku rasa seolah-olah diri ni terlepas dari tanggungjawab yang lain. Sanggup untuk aku menolak pelajaranku semata-mata untuk menuntut ilmu musik. Tak lama untuk aku belajar main gitar, cukup selepas 5 -6 bulan, satu lagu rock telah aku pelajari yang berjudul "Sweet Child O' Mine". Bukan niat untuk aku menceritakan kejayaanku mempelajari lagu tersebut. Tapi keadaan sekeliing yang berbeza bila aku bercadang untuk menamatkan zaman aku 'obses' dengan musik.

Entah macam mana nak aku ungkapkan, jika dulu bila aku tinggalkan gitar dan musik, aku sering rasa kurang senang. Seolah-olah musik is a part of my life. Lama jugak untuk aku membiasakan diri tanpa musik. Nampak sangat betapa hitamnya hati aku ketika itu. Sejak duduk di UIA pula, aku tertarik dengan bacaan merdu dari abang-abangku membaca ayat-ayat Al-Quran. Di situ aku bertekad untuk membaca seperti beliau. Memang betul, adik-beradik merupakan pengaruh kita yang paling dekat. Tak kesampaian aku untuk bertaranum, cukup sekadar untuk aku membaca ayat Quran mengikut tajwid yang betul. Walaupun tidak perfect, ada ruang untuk aku betulkan. Tak jemu untuk aku gi kelas tilawah sedangkan kawan-kawanku yang lain dapat masuk ke kelas 'study circle' pada ketika itu.

Sekarang selepas aku bercadang untuk memfokuskan diri di dalam dunia silat, aku tinggalkan 'obses' kepada musik jauh-jauh daripada hidup. Sekali-sekala aku bermain gitar hanya untuk melepaskan tension, tapi tak sampai ke tahap 'obses'. Kini, ramai pula sahabat-sahabatku yang baru mula untuk berjinak-jinak dengan gitar dan musik. Aku faham apa yang diorang rasa, perasaan keterujaan bila dapat main lagu favourite. Aku dah lalui semua tu. Ada sikit-skit aku beri tunjuk ajar. Walaupun dulu aku belajar melalui YouTube, masa tu jugak aku inginkan seseorang untuk guide aku. So, bilamana kawan-kawanku kini ingin menuntut ilmu musik, aku relakan diri untuk mengajar mereka. Selalu aku nasihat supaya jangan 'addicted' dengan musik. Mungkin kerana aku dah rasa apa yang diorang akan rasa. Aku tak nak tanggungjawab lain ditinggalkan semata-mata untuk belajar gitar. "Guitar can be so addicted" sehingga lalai menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

Jika dulu aku banyak bergaul dengan member-member band musik, macam-macam kerenah yang aku jumpa. Berbeza betul dengan budak-budak yang aku kenal di UIA. Bukan untuk aku membeza-bezakan, cuma seolah-olah terdapat dua alam berbeza luar dan dalam UIA. Aku suka bergaul dengan environment yang berbeza, membuatkan aku lebih faham tentang kehidupan. Geng-geng band aku "The Lazy Afternoons" dulunya mewakili pengawas sekolah , kini dah berpecah-belah. Ada yang masih mendalami ilmu musik, ada yang dah berhenti fokus kepada pelajaran. Ada juga yang kini memberi fokus terhadap perhubungan dan rumah tangga. Sangat aku rindu saat dahulu. Kagum bila aku tengok masing-masing menghala ke hala tuju hidup. Pilihan hidup yang mereka pilih harap dapat mengubah hidup mereka ke tahap yang lebih baik. InshaaAllah.

Bagiku, tak salah untuk memberi fokus kepada musik. Jangan abaikan tanggungjawab yang lebih 'real'. Kerana tanggungjawab tu yang akan dihisab. Dunia ni hanya sementara. Akhirat yang kekal abadi. Salam.

O Allah, I need...

O Allah, I need Your help to be a better Muslim. I know I make it hard for myself and don't try as hard as I should but please don't give up on me.

Selama aku berjalan di muka bumi, selalu aku tertanya-tanya. Tanpa Allah, apakah misi setiap manusia yang hidup di sekitar bumi. Adakah mereka hidup untuk hanya memuaskan nafsu serakah masing-masing dalam bentuk hiburan dan sebagainya? Di saat kita senang, senang untuk kita lupa bersyukur kepada Allah. Tak banyak perlu kita lakukan untuk menzahirkan kesyukuran, cukup sekadar solat 5 waktu sehari semalam. Tapi itu pun susah untuk kita mendisiplinkan diri. Dalam teknologi yang serba canggih, segala jenis urusan boleh di'shortcut'kan. Manusia pun tertolak dengan arus dunia. Bukan pilihan kita untuk terjebak dalam arus dunia, tapi keadaan seakan-akan memaksa, mungkin atas faktor kita mencari rezeki Allah di bumi yang luas ini. Bila kita miskin, kita terasa akan tekanan lantas berhempas pulas kita menjaga setiap saat dengan berzikir dan solat sunat serta amal kebajikan yang lain. Manusia sering pinta kesenangan di dunia. Setelah mendapat redha Allah terhadap pekerjaan, rezeki datang bagaikan air yang tiada hentinya. Di saat itu, Allah menguji hamba-hambaNya dengan kesenangan yang sementara. Keesokan harinya, pelbagai alasan dijadikan untuk kita meninggalkan solat serta amal kebajikan. Setelah lama terpesong dari ajaran Islam, terjebak sudah manusia di alam gelap membabitkan rasuah,penipuan dan sebagainya. Di saat segalanya hilang dari genggaman tangan, baru manusia tersentak sedar daripada angan-angan dunia.  Keseronokan yang dirasa seakan-akan tiada penyudah. Selepas seronok, seronok lagi...selepas itu? adakah pengakhiran bagi nafsu? 


Ya Allah, Engkau telah pinjamkan udaraMu untukku bernafas senang di muka bumi. Engkau telah memberikan bumi untuk aku menjejakkan kaki. Engkau telah memberikanku 5 deria untuk aku merasai nikmat-nikmatMu. Sepanjangku melangkahkan kaki di atas muka bumiMu, segala jenis ujian datang mengetuk pintu. Tidak sekalipun aku berniat untuk melakukan perkara yang terkutuk. Jauh sekali untuk aku mempertikaikan ajaranMu. Tapi manusia dicipta dengan sifat pelupa. Engkau berikanlah petunjuk kepadaku dikala aku lalai dengan godaan nafsu. Ya Allah, don't give up on me...

Being Alone without the feeling of loneliness.

Being Alone without the feeling of loneliness.

If you are feeling alone, Allah is with you all the time.

Thursday, February 21, 2013

Bersedia?

Salam.

Satu perkataan yang terngiang-ngiang di dalam kepale. "Sudahkah anda bersedia?"

Sejak kebelakangan ni , kapiten dah beri hints kepada siapa amanah 'ketua pasukan' akan diberi. Ya Allah, sungguh tak pernah terlintas dalam kepala untuk memimpin seseorang, apatah lagi satu pasukan. Aku rasa diri ini serba tak layak untuk memimpin sebuah pasukan yang bagi aku sangat besar misinya. Tapi perlu juga menerima untuk elakkan terjatuh kepada orang yang kurang komitmennya. 

 

'Hint-hint' yang terucap dari mulut memang membuatkan diri ni lebih fokus terhadap sesuatu, contohnya dalam perihal pengaruh, memberi arahan, aneka aktiviti..dan lain-lain. Beban kian terasa bila selalu sangat berfikir pasal ni. 

 

Apa-apa yang terjadi, suka untuk aku lihat ke arah positifnya. Memang tak dinafikan, tiap benda yang terjadi ada bahagian positif. Kekadang bahagian positif tu memang susah nak dapat, tapi akan terkesan di dalam diri seseorang. Benda positif yang aku nampak is that ... leadership ni akan membentuk diri untuk memimpin sebuah keluarga suatu ari nanti. Mungkin pikiran aku jauh terkedepan. haha. Untuk kelab lain valid la kot, tapi untuk 'team' ni, aku rasa huha je banyak.haha. Anyway, aku ada berdoa untuk diterapkan softskill sebegini, tu la guna gi kelas "Leadership and Management" ye dak? bile lagi nak di'apply'kan? *ayat penyedap ati* . Mungkin dengan cara ni Allah bagi jalan untuk dapatkan softskill tu. Wallahualam. 

 

Aku tak kesah , jauh lagi untuk aku menolak. Bila seseorang tu yakin dengan kebolehan kita, mungkin sebab takda orang lain yang layak dilantik, aku redha menerima. Mungkin di mata orang lain, "aah, jadi kapiten je kot..." . Memang senang, aku je yang xbiasa.haha. InshaaAllah, I will learn that valuable knowledge on how to be a leader soon. 

Mode: prepare for MASUM 2013.

 

Wednesday, February 6, 2013

Takut

Salam.

Sedikit-sedikit aku sedar, di mana dalam bumi Allah ni, ada juga insan yang seakan takut dengan diri sendiri. Takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Mungkin sesuatu itu agak sukar atau payah, tapi itu tak bermakna diri terhalang daripada mencuba. 

 

Aku pelik bilamana seseorang tu meletakkan impian yang tinggi, tapi tak berusaha senada dengan impian yang mau dikecapi. Aku malas nak tegur direct, untuk menjaga hati masing-masing sebenarnya. Tapi sampai bila? Aku cuma xnak mereka menyesal tak kesudah bila da grad nanti, satu hape pun xdapat dalam tangan. Sampai bila nak tunggu jalan terbentang baru nak maju kehadapan. Peringatan kepada diri sendiri jugak sebenarnya. 

 

Setiap impian perlukan pengorbanan. Aku dah lihat pengorbanan seorang atlet, lagi-lagi bila dapat panggilan daripada Malaysia. Bukan aku tak suka, tapi aku rasa diri aku x ready lagi nak menanggung beban yang sedemikian rupa. Tapi masih tak halang aku dari berusaha. Setiap sukan ada masa gembira, ada masa tak. Ramai yang aku sedar tengok ke arah gembira. Tak ada masa yang manis, kalau tiada wujudnya masa yang pahit. Bagi aku pahit manis datang sebagai satu 'pair' dalam setiap sukan. Tapi yang pasti, setiap benda yang pahit, akan terasa manis juga akhirnya. 

 

Mengatasi ke'takut'an dalam diri memang bukan perkara yang mudah. Tapi please, ak mohon cubalah mengatasi ke'takut'an atau keupayaan diri. You can shine brighter than you already are. Just work towards it. You'll find a way inshaaAllah. 

Thursday, January 31, 2013

Penang with love.

Salam.

Pada tanggal 27hb Januari 2013 aku diberikan nafas dan berpeluang untuk menjejakkan kaki sekali lagi di bumi penang. Jika sebelumnya aku pergi bersama-sama pasukan UPNM sempena Kejohanan Festival Sukan Kombat 2012 anjuran UiTM Penang, kini aku berpeluang untuk menikmati keindahan penang bersama abangku dan sahabat-sahabat gayong. Jika dulu aku pergi atas dasar 'game' atau 'tournament', kini aku pergi atas dasar minda yang bebas iaitu untuk bercuti. Plannya memang agak adhoc sebab  perancangan awal memang tak terpikir pun nak bermalam di mana. Tapi dengan kuasa Allah, banyak benda yang memihak pada kami, Alhamdulillah. Perlu diingatkan, tujuan utama bertandang di Penang adalah untuk memeriahkan majlis kenduri kahwin sahabat segayong juga sejak dari CFS,IIUM. :)

Pertamanya ialah kenderaan, tak ku sangka jalan-jalan untuk ke penang amat jamm dan berliku. Pilihan yang ada di antara Honda Civic milik abangku dan juga Proton Satria milik keluarga. Atas faktor keselesaan, Honda Civic dipilih. Sesampainya kami di sana, terkejut jugak sebab jamm yang boleh orang cakap ala-ala 3 line jalan jadi satu. Mujur Honda Civic gear auto, kalau bawak Satria konfem2 cramp kaki menekan clutch. Disebabkan adhoc plan, memang dimaklumkan jalan along penang road memang akan jamm atas faktor sambutan perayaan thaipusam. So, kalau korang nak jelajah penang, ada 2 tarikh yang tak bape nak sesuai untuk korang jejakkan kaki di bumi penang iaitu pada perayaan Cina "Chinese New Year" dan perayaan india "Thaipusam". Logiknya boleh lihat dengan purata penduduk-penduduk di sekitar Penang kebanyakannya terdiri daripada kaum India dan Cina. Tapi mereka agak sporting sebenarnya. Sebabnya dari segi harga tawar-menawar , kaum india atau cina bagi harga yang agak murah berbanding dengan melayu sendiri. Mungkin ada muslihat di sebalik tu? wallahualam, tapi atas faktor keselamatan, memang akan beli dekat gerai melayu. Halal diberi keutamaan.

Keduanya ialah penginapan. Macam mana pulak tiba-tiba terdapat pulak kawan kepada member bernama Syamil. Penetapan kami di penang dialu-alukan sangat oleh keluarga Syamil. Mereka seolah-olah menerima kita sebagai orang VIP. Layanan amatlah mesra, rasa bersyukur tak terhingga kerana diberi layanan sedemikian. Tempat kediaman Syamil sekeluarga amatlah tenang dengan udara tiup mendayu-dayu, suasana yang agak tenang walaupun terletak berhampiran padang sekolah. Dengan tak sengaja pulak mak kepada Syamil boleh dapatkan SeaRange Tower (apartment) tingkat 14 di Batu Feringhi sebagai tempat penginapan. Sebelum ni agak kerap jugak la kami fikir nak tidur kat mane, so dapat tau ada tempat penginapan free sangatlah meringankan beban wang kepada percutian yang tak pernah dirancang lama ni. Pemandangan dari tingkat 14 sangat cantik u!!! Selama berbual bersama mak ayah Syamil, banyak gak cerita-cerita yang dulunya aku ingin tahu, akhirnya tau jugak akhirnya. Antara citenye ialah kejadian tsunami yang melanda Penang 2-3 tahun lepas. Mujur kediaman Syamil terletak di tanah tinggi. Blablablablabla... kami ajak Syamil berjalan-jalan sekitar Penang untuk bagi tau tempat hotspot di sini. Alhamdulillah, sebelah penang dah diterokai...sebelah lagi je belum. InshaAllah dengan isteri kelak maybe? :P

 

Sepanjang perjalan, nilah antara tempat-tempat yang kami kunjungi. Memberi kesan memori yang takkan dilupakanlah. :)

  • Rumah pengantin Solihin @ Mukim 7, Permatang Batu, Pulau Pinang.

  • SeaRange Tower, Batu Feringhi.

  • Padang Brown Restaurant, Penang.

  • Bukit bendera.

  • The Owl Museum.

  • Masjid Negeri Pulau Pinang. (sangat ohsem!).

  • Line Clear Nasi Kandar. (sangat UNIK)

  • Georgetown.


 

[caption id="" align="aligncenter" width="384"] Bersama pengantin Solihin & Amalina[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="461"] We.kami.Us[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="461"] @ Masjid Terapung near Batu Feringhi[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="461"] picture tells the location[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="461"] SubhanAllah, view from tingkat 14, SeaRange Tower, Bt Feringhi.[/caption]



 

Tuesday, January 8, 2013

Building self-confidence.

Salam,
Approximately lagi 7 jam aku akan bakal menjawab exam Microprocessor and Interfacing Design. Subjek yang bagi aku memerlukan masa extra sebab teori je memanjang. Tapi entah macam mana I'm intrested in learning this subjek. It's about how microprocessor works. Ni baru belajar pasal microprocessor yang lama zaman purba, now if nak study pasal intel core i5 zaman sekarang neh, konfem lagi tebal bukunya, tak gitu? Tapi overal memang aku berminat nak tau, coz ak da men komputer lama dah. Masuk pulak majoring Computer Information in Engineering, sambil menyelam minum air lah gamaknya. Ok, enough with the intro.

Sangat jarang aku wat bilamana nak exam je gi lepak library dengan kawan-kawan study group. Dah 3 kali berturut study group di library bersama pakar segala ilmu, kawanku Shukri. Tension dia sebab ditujukan soalan yang bertubi-tubi, Alhamdulillah dalam di mengajar, die belajar pada waktu yang sama. Niat belajar untuk mengajar bukan lagi bagus ke? :D Effort is unlimited to maximize your capability. Selagi ada masa, memang adalah caranya untuk berjaya. Tapi jika last minit punya preparation, kene study smartlah. Study smart maksud aku, takde masa dah nak tau details about some subchapters. So, kita study direct je dari past year exam. Dari situ baru belek-belek balek yang mana perlu, mana tak. Cara ni memang not recomended lah, coz almost everything kita nak hafal last minit, tunggu masa je otak nak pecah. *macam aku skrg :S*

Berhadapan dengan soalan-soalan past year yang banyak meningkatkan kadar 'confident' dalam diri. Atleast we know how the questions will be structured. How to answer the question with the keyword. Kadang-kadang keyword tu yang penting, kalau kita goreng je ayat tapi tak pakai keyword tu xboleh pakai gak. Say bye-bye je lah kat marks yang melayang camtu je. Kadang-kadang kita rasa gabra depan kertas exam, not knowing how the question looks like. That moment rasa mcm .... "WHAT?!" haha.  Standard bila 2-3 hari nak exam, mesti terdetik "Kalau aku study mcm ni dari dulu".... haa, ni memang selalu dah terngiang-ngiang dalam kepala. Every semester lak tu. Bila diri nak insaf, harap-harap jangan diberi musibah untuk memaksa aku berubah. -___-;; Tapi Allah beri musibah tanda kasih sayang Allah kpd kita. Hmm, aku terima je lah dengan hati redha.

Doakan ku untuk menjawab kertas exam yang berbaki lagi 2. :) Arigato.
Sekian.

Wednesday, January 2, 2013

SOlusi tekanan, makanPES13nyanyi.

Salam.
Minggu exam baru je tiba sejurus selepas aku menghadapi Festival Sukan Kombat 2013 minggu lalu anjuran UiTM Pulau Pinang. Satu kelainan dan pengalaman berharga pabila aku berkesempatan untuk duduk sebumbung dengan atlit-atlit UPNM. Sungguh lain kalau nak dibandingkan dengan lifestyle and training atlit-atlit UIAM. Tak mau 'compare' both team, sbb masing-masing ada pros and cons. Diberi masa 5 hari untuk bertaa'ruf secara unofficial dan mengenali hati budi dak2 UPNM ni. Cara hidup mereka berbeza, especially when it comes to eating. Mereka makan amatlah kerap sampai duit kat poket ni dari tebal mcm buku teks, jadi nipis macam sehelai tisu. :O Need time to adjust, for them they need energy because of heavy activities. Ada yang kadet dan juga awam. Yang kadet lagi strict dari awam. Tapi dukacita, first team from kadet xdapat join bersama akibat terpaksa hadir festival wajib anjuran UPNM. Okeyh, post sebenar pasal tekanan exam , tertukar pulak dengan percutian dengan UPNM.

haha.
                                               
Dengan persiapan tak rasmi untuk mengulangkaji pelajaran, dengan relaksnya aku menempuhi first final paper with so less effort to study, walhal CAM for that subject failed. So macam nasihat kawan aku sorang ni, study je selagi mampu. Subjek yang paling tak kena ngan diri aku, membaca. Susah nak terlekat kat otak/minda/brain. So, that means subjek history is on my blacklist already. Tapi sejarah tu sendiri best kalau dibukukan dalam komik atau cerita. hehe.

So, macam biasa...menjelang final exam, datang segala tekanan. Macam biasa jugak, segala jadual nak makan apa telah disusun awal. :D Dengan berjaya meraih pingat perak, so officially segala aktiviti kesukanan aku off untuk memberi ruang minda utk serap segala macam ilmu. Aku amat terhutang budi dekat laptop berhantu hisyam, sbb bantu aku untuk hilangkan stress. Tp kekadang benda tu jadi addicted, thats why berhantu. Game yang aku rasa dah popular all over the world, Pro Evolution Soccer 2013. Teruja tengok pemain bola sepak Malaysia, Nazmi Faiz Beira Mar dari division Portugal. Wajah mirip dengan muka sebenar. Tambahan pulak dengan mode 'Becoming Legend', boleh create watak,rupa,nama,bentuk sendiri, woaaah...sangat best dan time consuming. So basically, PES13 jadi sebagai iklan study. Tapi kekadang dari iklan dah jadi satu movie lamanya. Yang agak lawaknya, time exam laa mood nak belajar men PES tu datang. And kawan sebilik pun duk melayan game yang lagha ni, apa nak jadi kalau itu saja solusinya? haha.

game pengubat stress :DD

Officially, my exam ends at 13th January 2013. The final day of exam papers a.k.a Sem 1 12/13 Independance Day! Got 3 papers to go; GEN, MicroP and Circuit Analysis. Alahmdulillah CAM untuk ketiga-tiga subjek boleh membantu. Praise to Allah for His help. Ikhlaskan dalam menuntut ilmu. Adios.

2013 is just another year.



May this year, will be bring great experience.


Assalamualaikum,
berlalu sudah tahun 2012. Tahun yang akan dirindui sebab banyak mengubah diriku. Sukan tanah air juga memberi satu peningkatan mahupun dalam Olimpik dan juga Asean University Games baru-baru ni. Walaupun dalam sukan Olimipik, Malaysia tersasar daripada sasaran atlet-atlet target emas, tapi sekurang-kurangnya tahun ni Malaysia dapat membawa balik pingat perak dan gangsa, satu peningkatan daripada Olimpik sebelum ni. Secara tak langsung memberi nafas baru kepada atlet-atlet Malaysia yang lain dalam menyumbangkan pingat untuk Malaysia. Masa depan Malaysia dalam sukan tertentu kelihatan agak cerah pabila dalam sukan Asean University Games 2012 baru-baru ni yang diadakan di Laos, berbariskan atlet-atlet muda tanah air dari universiti tempatan mahupun swasta bertungkus-lumus untuk menyumbang sesuatu untuk negara tercinta. Rata-rata semuanya masih menuntut di institut pengajian tinggi. 

Dikejutkan pula dengan kejayaan Malaysia membawa kemenangan juara keseluruhan bagi AUG '12. Untung bagi atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam sukan AUG kali ini. Kali pertama Malaysia men'design' sweater serta t-shirt mirip atlet-atlet veteran Malaysia yang berbelang harimau. Satu impian menjadi kenyataan bagi abangku dan rakan-rakan seperjuangannya. Untuk kemenangan juara keseluruhan pula, Malaysia sudah berjanji akan memberi pelbagai intensif berkatian pendidikan kepada atlet-atlet negara yang terlibat dalam AUG 12. Amat penting intensif bagi para atlet sebagai sesuatu hadiah yang berbaloi atas usaha mereka selama ni,sekaligus memberi sinar cahaya kepada atlet-atlet muda tanah air.

Dua Ribu Tiga Belas (2013) telah pun membuka tirai dengan sambutan count down bersama Ustaz Azhar Idrus. Walaupun tidak ada sebarang 'fireworks' , tapi langit bergema dengan bacaan/nyanyian asma'ul husna oleh para pengunjung kira-kira 140,000. Alhamdulillah , satu perubahan lagi untuk tahun baru kali ni. Terharu  bila tahun baru 2013 dimulakan dengan menyebut nama-nama Allah. Bak kata Ustaz Zaharudin, menjelangnya tahun baru, bermakna usia kita semakin singkat tahun demi tahun, bulan demi bulan dan hari demi hari. Masih lalaikah kita dalam menunaikan kewajipan sebagai hambaNya. Tidak cukup segala musibah yang terjadi pada tahun lepas untuk membuka mata manusia tentang erti keinsafan, peringatan kepada diri. Sedih juga kepada yang menyambut tahun baru dengan menyaksikan konsert-konsert yang bagiku tiada manfaat. Namun, bagi artis-artis Malaysia yang terlibat, tak dapat nak komen sebab mungkin disitu lubuk rezeki mereka. Allah itu adil. dibahagikan rezeki sama rata dengan cara atau kaedah yang berlainan.


All the best going through exams. :)
                                           

Exam final semester menjadi pembuka exam untuk tahun 2013. All the best kepada para penuntut ilmu rata-rata dari penuntut IPTA. Sama-sama 'struggle' untuk membukti kepada mak ayah dengan membekalkan satu kejayaan dalam dunia akademik. Walaupun diri ini berat kepada sports semata-mata, tapi sebagai misi 2013 ni, aku akan cuba seimbangkan kedua-duanya. Kejayaan bukan hanya sekadar di atas keputusan peperiksaan. Sokong 100%, bukan kerna diri ni seorang yang malas, tapi itu hakikat. Kejayaan datang dalam pelbagai bentuk. Itu rezeki masing-masing, as long as you workhard toward it. Inshaa Allah, He will reward you with something bigger than 'A' solid in your subject. Satu perkara sebagai peringatan diri, ikhlaskan dalam menuntut ilmu. Ilmu sukar datang jika dipaksa, relakan hati dalam mendalami ilmu Allah. Inshaa Allah dengan ilmu tu akan membantu membina masa depan yang cerah. CGPA hanya sebagai syarat untuk mengukur kemampuan dalam bidang atau sektor pekerjaan. Soft skill jangan dilupakan. :)

All the best for all the fighter for exam. Doakan kejayaanku, ku doakan kejayaanmu. :DD

Sekian, ditutup entri kali ini dengan adab-adab dalam menuntut ilmu @halaqah
  1. Ikhlaskan niat
  2. Tekun usaha dan tawakal
  3. Jauhi maksiat
  4. Memilih teman soleh
  5. Banyak zikrullah
  6. Jaga kehormatan
  7. Doa dan keredhaan ibubapa
  8. Menghormati guru
  9. Beramal dengan ilmu
 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates