Salam pembuka bicara.
Seringkali diri ini bertanya, sampai bila? ko nak kejar ape sebenarnye?
Mungkin da lama diri ini mengidamkan prestasi sebegini. Namun, masih tak cukup setanding dengan peringkat kebangsaan. Tapi xmo mengalah.
Pengorbanan demi pengorbanan. Ikhlas itu paling penting.
Baru sedar, sesuatu ilmu itu bukannya murah. Mahalnya dari aspek lain. Mahalnya tidak semua sanggup untuk tampung.
Kepuasan. puas ke diri sepanjang bergiat dalam sukan ni? self-achievement. Menguji sejauh mana diri ini boleh pergi. Jauh di lubuk hati, ingin berhijrah dari semasa ke semasa. Mungkin semuanya dirancang dengan teliti, tapi Allah sebaik perancang. Rancangannya penuh dengan isi yang tersirat di mana walau seseorang tu belajar ilmu apa-apa pun tak bileh meramal apa akan terjadi. Kekadang hikmahnya terus nampak. Diri hanya mampu berusaha, berpegang dengan kata-kata seseorang yang jauh lama telah makan garam dari diri ini, Allah nampak usaha kita. Kalau nak menang, biarlah menang bermaruah dan berhak.
Tapi....
diri ini perlu berehat.
ingin ku pahat segala kenangan bersama keluarga sini.
biarlah diri ini menangis teresak-esak bila sampai hari graduasi nanti.
Walau diri ini pelik tambah kekok untuk memimpin. Diri ini x merayu supaya dihormati serta disegani. Cukuplah sekadar bersama-sama berjuang naikkan nama team.
Sukan ini bukan untuk menambahkan tekanan. Relaks,santai. Tapi, biarlah relaks dan santai itu berisi.
Diri ini hadir hanya utk memerhati, jauh sekali berniat untuk mengguris hati. Segala salah silap mohon diberi teguran.
Asal nama melayu, budi dan adab budaya kita.
Sampai sini. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Opportunity cost". ;)
ReplyDeletemay this journey be blessed and smooth-sailing for you, capt.