Thursday, July 25, 2013

Nikmat kesihatan

kesihatan.satu perkataan dimana perkataan induknya bermula dengan huruf 's' dan diakhiri dengan huruf 't'. Nampak mudah dan senang untuk dilafazkan. Tapi amat berat untuk mensyukurinya.

Terbaru, aku dikejutkan dengan berita tentang kemasukan abg aku ke wad kecemasan. Memang tidak hairan sebab dah seminggu lebih dia menanggung sakit demam,pening,sakit sendi,muntah dan sbgnya. Baru minggu lepas aku terkena demam panas, lepas tu jangkit ke badan ayah aku, seterusnya ke badan abg aku plak. Punca asal masih tak dapat dikenalpasti. Tapi aku musykil dengan tempat kerja abgku yang bertempat di bukit gantang, tempat praktikal di mana abang aku ulang-alik Bkt Gantang-Rawang setiap hari. Lepas balek dari tempat kerja mesti mace2 penyakit yang datang. Dapat plak tempat praktikal yang tak kira medical leave.

Pertama kali dapat tau positif denggi di Pusrawi, yakni hospital swasta. Terus ayah aku suruh dapatkan medical insurance dari pihak Health Centre IIUM. Dimaklumkan pula hanya HKL dan Hosp Selayang dapat calim medical insurance. So, segera ditukarkan ke Hospital Selayang.
Setibanya di Hospital Selayang (selepas berbuka ramai-ramai bersama family pencak silat).... agak tersusun nak berbanding dengan Hospital Kuala Lumpur, almaklum Hospital Selayang ni lagi baru daripada HKL. Seingat aku, ni kali ke-dua diri ini menjejakkan kaki di Hospital Selayang. Flashback waktu Allahyarhamah nenekku yang dulunya dikejarkan ke hospital ni sewaktu sakitnya kritikal pada tahun 2006. Masa dah lama berlalu, tapi rasa mcm baru semalam tragedi tersebut berlaku. Layout serta arrangement 'Main Lobby' masih tak berubah. Alhamdulillah, familiar dengan surau,toilet serta kiosk berhampiran.

Dari pemmerhatian, suasana di sini satu pesen je. Kalau bukan diri sendiri yang jadi penghidup suasana, memang boringla alamatnya setiap ari. Lepas aku usha pesakit-pesakit di sini, sayu rasanya tengok seorang suami yang teman isterinya yang sakit. Baru diri ni rasa bersyukur dengan kesihatan yang diberi Allah. Tapi diri ni selalu percaya, setiap yang terjadi disusun sempurna oleh Allah. Hikmahnya nampak di kemudian hari. Sabar teman yang paling setia di sisi.
Dalam masa yang sama, ayahku pula didatangi sakit pinggang belakang. Ya Allah, begitu besar ujian terhadap keluargaku. Ku hanya boleh berdoa meringankan beban yang ditanggung abang dan ayahku. Mujur diri ni ada sekitar Gombak. Apa yang dapat dibantu, akanku bantu. Bukan selalu dapat membalas jasa ayah dan abg. Ni pun hanya ciput je nak dibandingkan dengan segala macam pengajaran yang diajar oleh mereka.
Terasa diri ni kerdil kerana nikmat kesihatan yang boleh ditarik bila-bila masa. Di saat diri leka dengan hiburan dunia, diturunkan pula sakit yang memberi alamat kelalaian diri terhadap nikmatNya. Beruntung sebenarnya orang yang dilanda musibah, tanda sayang Allah terhadap makhluk ciptaanNya. Mungkin ambil masa untuk kita terima dan redha. Lumrah hidup, kita lebih senang menerima sesuatu jika hikmahnya terus terjadi depan mata tanpa perlu bersabar.
Alhamdulillah, dari mata yang kasar , keadaan abg tidak kritikal. Tapi dia dalam satu fasa dimana apa-apa pun bole terjadi terhadap kesihatan beliau. Minum air 200ml setiap 30minit da jadi rutin harian. Ayah pula setelah sekian lama tak mendapat khidmat doktor, baru tadi terdetik hati beliau untuk berjumpa doktor. Alhamdulillah, segala ubat dalam tangan. Sebagai anak dan adik, aku hanya mampu berdoa agar semuanya selamat. Nak bantu, tapi belajar pun jurusan kejuruteraan. Tapi dalam setiap pengalaman, banyak benda baru yang aku belajar. Pengalaman yang bermakna buat diri ini.

Kepada pembaca blog ini, mohon doa dari korang untuk abang dan ayahku.
Sekian.

No comments:

Post a Comment

 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates