Wednesday, January 2, 2013

2013 is just another year.



May this year, will be bring great experience.


Assalamualaikum,
berlalu sudah tahun 2012. Tahun yang akan dirindui sebab banyak mengubah diriku. Sukan tanah air juga memberi satu peningkatan mahupun dalam Olimpik dan juga Asean University Games baru-baru ni. Walaupun dalam sukan Olimipik, Malaysia tersasar daripada sasaran atlet-atlet target emas, tapi sekurang-kurangnya tahun ni Malaysia dapat membawa balik pingat perak dan gangsa, satu peningkatan daripada Olimpik sebelum ni. Secara tak langsung memberi nafas baru kepada atlet-atlet Malaysia yang lain dalam menyumbangkan pingat untuk Malaysia. Masa depan Malaysia dalam sukan tertentu kelihatan agak cerah pabila dalam sukan Asean University Games 2012 baru-baru ni yang diadakan di Laos, berbariskan atlet-atlet muda tanah air dari universiti tempatan mahupun swasta bertungkus-lumus untuk menyumbang sesuatu untuk negara tercinta. Rata-rata semuanya masih menuntut di institut pengajian tinggi. 

Dikejutkan pula dengan kejayaan Malaysia membawa kemenangan juara keseluruhan bagi AUG '12. Untung bagi atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam sukan AUG kali ini. Kali pertama Malaysia men'design' sweater serta t-shirt mirip atlet-atlet veteran Malaysia yang berbelang harimau. Satu impian menjadi kenyataan bagi abangku dan rakan-rakan seperjuangannya. Untuk kemenangan juara keseluruhan pula, Malaysia sudah berjanji akan memberi pelbagai intensif berkatian pendidikan kepada atlet-atlet negara yang terlibat dalam AUG 12. Amat penting intensif bagi para atlet sebagai sesuatu hadiah yang berbaloi atas usaha mereka selama ni,sekaligus memberi sinar cahaya kepada atlet-atlet muda tanah air.

Dua Ribu Tiga Belas (2013) telah pun membuka tirai dengan sambutan count down bersama Ustaz Azhar Idrus. Walaupun tidak ada sebarang 'fireworks' , tapi langit bergema dengan bacaan/nyanyian asma'ul husna oleh para pengunjung kira-kira 140,000. Alhamdulillah , satu perubahan lagi untuk tahun baru kali ni. Terharu  bila tahun baru 2013 dimulakan dengan menyebut nama-nama Allah. Bak kata Ustaz Zaharudin, menjelangnya tahun baru, bermakna usia kita semakin singkat tahun demi tahun, bulan demi bulan dan hari demi hari. Masih lalaikah kita dalam menunaikan kewajipan sebagai hambaNya. Tidak cukup segala musibah yang terjadi pada tahun lepas untuk membuka mata manusia tentang erti keinsafan, peringatan kepada diri. Sedih juga kepada yang menyambut tahun baru dengan menyaksikan konsert-konsert yang bagiku tiada manfaat. Namun, bagi artis-artis Malaysia yang terlibat, tak dapat nak komen sebab mungkin disitu lubuk rezeki mereka. Allah itu adil. dibahagikan rezeki sama rata dengan cara atau kaedah yang berlainan.


All the best going through exams. :)
                                           

Exam final semester menjadi pembuka exam untuk tahun 2013. All the best kepada para penuntut ilmu rata-rata dari penuntut IPTA. Sama-sama 'struggle' untuk membukti kepada mak ayah dengan membekalkan satu kejayaan dalam dunia akademik. Walaupun diri ini berat kepada sports semata-mata, tapi sebagai misi 2013 ni, aku akan cuba seimbangkan kedua-duanya. Kejayaan bukan hanya sekadar di atas keputusan peperiksaan. Sokong 100%, bukan kerna diri ni seorang yang malas, tapi itu hakikat. Kejayaan datang dalam pelbagai bentuk. Itu rezeki masing-masing, as long as you workhard toward it. Inshaa Allah, He will reward you with something bigger than 'A' solid in your subject. Satu perkara sebagai peringatan diri, ikhlaskan dalam menuntut ilmu. Ilmu sukar datang jika dipaksa, relakan hati dalam mendalami ilmu Allah. Inshaa Allah dengan ilmu tu akan membantu membina masa depan yang cerah. CGPA hanya sebagai syarat untuk mengukur kemampuan dalam bidang atau sektor pekerjaan. Soft skill jangan dilupakan. :)

All the best for all the fighter for exam. Doakan kejayaanku, ku doakan kejayaanmu. :DD

Sekian, ditutup entri kali ini dengan adab-adab dalam menuntut ilmu @halaqah
  1. Ikhlaskan niat
  2. Tekun usaha dan tawakal
  3. Jauhi maksiat
  4. Memilih teman soleh
  5. Banyak zikrullah
  6. Jaga kehormatan
  7. Doa dan keredhaan ibubapa
  8. Menghormati guru
  9. Beramal dengan ilmu

No comments:

Post a Comment

 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates