Dah lama rasanya tak bermadah di blog ni.
terasa kekok untuk menulis kembali, pelbagai idea yang dipikir untuk menyusun kata dan bicara.
Yang nyata sekarang ni, sudahpun masuk sebulan setengah diri ini menyertai program training yang disusun oleh coachku. Tak banyakku mengeluh kerana ku rasakan segala program dan bentuk training yang disusun adalah untuk kami(team) meraih pingat di MASUM 2013 bertempat di kampus utama UIAM Gombak. Tekanan kian terasa hari demi hari, bergelar tuan rumah ternyata bukan satu gelaran yang senang untuk dipegang, apatah lah diwakili oleh UIAM sendiri. Bilamana atlet pun rasa resah dan gelisah, bagaimana plak dengan coach,officer dan jugak orang atas? lagi serabut agaknya?
Apa yang mataku dapat perhati ialah, bukan mudah nak menggapai sesuatu kejayaan. Yang pernah wakil Malaysia pun terasa bahangnya, lalu training sungguh-sungguh. Apatah lagi yang baru nak naik mcm diriku yang kerdil ni. Kesedaranku terhadap berapa lama lagi aku akan memegang 'title' sebagai student atlet di UIAM ni, membuatkan aku rasa nak gapai segala yang aku sempat. Berbekalkan abang sendiri yang bagiku hidupnya hari-hari dikaitkan dengan pencak silat, bagaikan ianya dah menjadi 'mknn ruji' bagi hidupnya, membuatkan diri ni lebih bersemangat. Lagi-lagi bilamana coachku sendiri nampak aku seolah-olah di'level' lain dari atlet yang baru menceburi acara sukan pencak silat ni. Ternyata apa yang diusahakan oleh abangku selama ini membuahkan hasil. Kejayaan tu memang Allah janji kepada sesiapa yang tak putus2 mengharapkan bantuanNya. Naik turun abangku sebagai atlet jelas diperhatikan oleh kedua biji mataku. Yang menariknya, pelbagai pengajaran telahku pelajari. Aku kagum dengan pencapaiannya, tapi jauh lagi untuk diri ni rasa cemburu, kerana setiap kejayaan dalam dunia atlet, mesti diselang selikan dengan pengorbanan. Pengorbanan di mana diri ini perlu membuat sesuatu pilihan atas sesuatu. Memang tak hairanlah kejayaan itu miliknya.
Aku berdoa kepadaMu ya Allah, walau se'boring' mana pun aku ulang gerakan Jurus Tunggal Baku setiap malam, hindarkanlah diri ini dari berputus asa. Berbekalkan lagi 3 minggu untuk aku memperkemaskan gerakan dan untuk mendapatkan 'feel' dalam setiap gerak. Mujur di bulan Ramadhan, dihindari dari godaan syaitan. Amin ya rabb. Engkau bekalkanlah kejayaan di pihak UIAM selaku tuan rumah MASUM 2013 tahun ini. Insha Allah.
No comments:
Post a Comment