Salam.
Satu perkataan yang terngiang-ngiang di dalam kepale. "Sudahkah anda bersedia?"
Sejak kebelakangan ni , kapiten dah beri hints kepada siapa amanah 'ketua pasukan' akan diberi. Ya Allah, sungguh tak pernah terlintas dalam kepala untuk memimpin seseorang, apatah lagi satu pasukan. Aku rasa diri ini serba tak layak untuk memimpin sebuah pasukan yang bagi aku sangat besar misinya. Tapi perlu juga menerima untuk elakkan terjatuh kepada orang yang kurang komitmennya.
'Hint-hint' yang terucap dari mulut memang membuatkan diri ni lebih fokus terhadap sesuatu, contohnya dalam perihal pengaruh, memberi arahan, aneka aktiviti..dan lain-lain. Beban kian terasa bila selalu sangat berfikir pasal ni.
Apa-apa yang terjadi, suka untuk aku lihat ke arah positifnya. Memang tak dinafikan, tiap benda yang terjadi ada bahagian positif. Kekadang bahagian positif tu memang susah nak dapat, tapi akan terkesan di dalam diri seseorang. Benda positif yang aku nampak is that ... leadership ni akan membentuk diri untuk memimpin sebuah keluarga suatu ari nanti. Mungkin pikiran aku jauh terkedepan. haha. Untuk kelab lain valid la kot, tapi untuk 'team' ni, aku rasa huha je banyak.haha. Anyway, aku ada berdoa untuk diterapkan softskill sebegini, tu la guna gi kelas "Leadership and Management" ye dak? bile lagi nak di'apply'kan? *ayat penyedap ati* . Mungkin dengan cara ni Allah bagi jalan untuk dapatkan softskill tu. Wallahualam.
Aku tak kesah , jauh lagi untuk aku menolak. Bila seseorang tu yakin dengan kebolehan kita, mungkin sebab takda orang lain yang layak dilantik, aku redha menerima. Mungkin di mata orang lain, "aah, jadi kapiten je kot..." . Memang senang, aku je yang xbiasa.haha. InshaaAllah, I will learn that valuable knowledge on how to be a leader soon.
Mode: prepare for MASUM 2013.
No comments:
Post a Comment