November Rain by Guns N' Roses. Masa ni Slash still in the band. It's a miracle how Slash can create the rhythm and solo. Truly legendary guitarist.
Di saat aku tonton kembali video ni, teringat masa-masa silamku. Masa di mana aku mula-mula menjinakkan diri dengan gitar-gitar dah musik. Masa tu aku rasa seolah-olah diri ni terlepas dari tanggungjawab yang lain. Sanggup untuk aku menolak pelajaranku semata-mata untuk menuntut ilmu musik. Tak lama untuk aku belajar main gitar, cukup selepas 5 -6 bulan, satu lagu rock telah aku pelajari yang berjudul "Sweet Child O' Mine". Bukan niat untuk aku menceritakan kejayaanku mempelajari lagu tersebut. Tapi keadaan sekeliing yang berbeza bila aku bercadang untuk menamatkan zaman aku 'obses' dengan musik.
Entah macam mana nak aku ungkapkan, jika dulu bila aku tinggalkan gitar dan musik, aku sering rasa kurang senang. Seolah-olah musik is a part of my life. Lama jugak untuk aku membiasakan diri tanpa musik. Nampak sangat betapa hitamnya hati aku ketika itu. Sejak duduk di UIA pula, aku tertarik dengan bacaan merdu dari abang-abangku membaca ayat-ayat Al-Quran. Di situ aku bertekad untuk membaca seperti beliau. Memang betul, adik-beradik merupakan pengaruh kita yang paling dekat. Tak kesampaian aku untuk bertaranum, cukup sekadar untuk aku membaca ayat Quran mengikut tajwid yang betul. Walaupun tidak perfect, ada ruang untuk aku betulkan. Tak jemu untuk aku gi kelas tilawah sedangkan kawan-kawanku yang lain dapat masuk ke kelas 'study circle' pada ketika itu.
Sekarang selepas aku bercadang untuk memfokuskan diri di dalam dunia silat, aku tinggalkan 'obses' kepada musik jauh-jauh daripada hidup. Sekali-sekala aku bermain gitar hanya untuk melepaskan tension, tapi tak sampai ke tahap 'obses'. Kini, ramai pula sahabat-sahabatku yang baru mula untuk berjinak-jinak dengan gitar dan musik. Aku faham apa yang diorang rasa, perasaan keterujaan bila dapat main lagu favourite. Aku dah lalui semua tu. Ada sikit-skit aku beri tunjuk ajar. Walaupun dulu aku belajar melalui YouTube, masa tu jugak aku inginkan seseorang untuk guide aku. So, bilamana kawan-kawanku kini ingin menuntut ilmu musik, aku relakan diri untuk mengajar mereka. Selalu aku nasihat supaya jangan 'addicted' dengan musik. Mungkin kerana aku dah rasa apa yang diorang akan rasa. Aku tak nak tanggungjawab lain ditinggalkan semata-mata untuk belajar gitar. "Guitar can be so addicted" sehingga lalai menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
Jika dulu aku banyak bergaul dengan member-member band musik, macam-macam kerenah yang aku jumpa. Berbeza betul dengan budak-budak yang aku kenal di UIA. Bukan untuk aku membeza-bezakan, cuma seolah-olah terdapat dua alam berbeza luar dan dalam UIA. Aku suka bergaul dengan environment yang berbeza, membuatkan aku lebih faham tentang kehidupan. Geng-geng band aku "The Lazy Afternoons" dulunya mewakili pengawas sekolah , kini dah berpecah-belah. Ada yang masih mendalami ilmu musik, ada yang dah berhenti fokus kepada pelajaran. Ada juga yang kini memberi fokus terhadap perhubungan dan rumah tangga. Sangat aku rindu saat dahulu. Kagum bila aku tengok masing-masing menghala ke hala tuju hidup. Pilihan hidup yang mereka pilih harap dapat mengubah hidup mereka ke tahap yang lebih baik. InshaaAllah.
Bagiku, tak salah untuk memberi fokus kepada musik. Jangan abaikan tanggungjawab yang lebih 'real'. Kerana tanggungjawab tu yang akan dihisab. Dunia ni hanya sementara. Akhirat yang kekal abadi. Salam.
Sunday, March 3, 2013
Obsession.
http://www.youtube.com/watch?v=8SbUC-UaAxE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment