Sempena 21 Ramadhan, terdapat satu benda yang wat aku pening ialah di mana aku memerlukan badan aku berada di 2 tempat pada waktu yang sama. Ya Allah, amat berat diri ni nak wat keputusan.
Lailatul Qadr- Search for it |
Seperti selalu, telah menjadi rutin setiap kali 10 malam terakhir Ramadhon,aku bersama abang aku akan berkemas-kemas barang untuk berqiyam yakni iktikaf di masid-masjid yang berdekatan (maupun jauh :D) dan turut serta dengan program-program keinsafan yang unik dianjurkan oleh setiap masjid-masjid mengikut kreativiti masing-masing. Satu pengalaman di mana aku rasa xde malam-malam yang dapat menggantikan 10 malam yang terakhir. Hati rasa jauh dari masalah duniawi. Amatlah seronok travel sini sana mengenal masjid-masjid yang baru serta imam-imam masjid berkenaan, mmg sesuai dengan diri ini yang suka adventure2 nih.huhu
Anjuran tahun UTHM 2011 |
Sebaliknya pula, timbul pulak rasa ingin training sempena Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 yang akan berlangsung di Kompleks sekitar Batu Pahat, Johor bertarikh 17-22 September 2012. Hatiku tergerak untuk mengikuti training atas faktor persiapan yang rapi sebelum menjelangnya raya, which is after raya Coach aku akan bz handle team-team bawah tangannya. Kebetulan pulak game ni merupakan antara game yang ranking die paling atas bagi peringkat IPT, which means dat sijil dia laku if nak apply scholarship sukan KBS, KPT. So, disebabkan kos ulang-alik rumah ke tempat training memakan belanja yang amat besar, aku ingat aku nak settlekan masalah kewangan secepat mungkin.
Menuju ke pengakhiran bulan Ramadhan Kareem:
Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya. - dipetik dari iluvislam.net
Ya Allah,
Terasa ramadhan tahun ni berlalu dengan pantas,
Tidak sempat untuk beramal baik dengan sepenuh masa,
Terdapat halangan dimana-mana,
Adakah itu hanya alasan semata-mata?.
Sempatkanlah hayat hidupku untuk merasai ramadhan tahun hadapan,
Untuk aku memperbaiki segala kelemahan diri,
Terimalah setiap ibadatku dan makbulkanlah segala doaku,
Engkau tolonglah saudara Islamku yang kurang nasibnya,
Moga segala perit yang mereka lalui dapat membuat diri ini lebih bersyukur,
Alhamdulillah.
Itulah sedikit sebanyak hal yang menrunsingkan otak. insyaAllah aku akan mencari jalan untuk melakukan kedua-duanya untuk tahun ni. Pesanan buat saudara seagama, bersederhanalah di setiap perkara, insyaAllah akan terasa nikmatnya. :)
No comments:
Post a Comment