Saturday, March 1, 2014

Keep getting tougher. Year over year.

Assalamualaikum.
Terpanggil untuk membuat entri berkenaan cabaran hidup yang semakin meningkat. 
Siapa kata dah konvo nanti, senang dapat kerja. Silap.
Regardless, yang ada 'cable' dalaman seperti makcik,pakcik,mak,ayah,sedara yang kerja on that company. Term 'cable' kejam sangat bunyinya, tapi pada pandangan peribadiku, itu salah satu 'advantage' kepada yang bekerja di syarikat berkenaan, kepada masa dan komitmen yang mereka korbankan semata-mata untuk bekerja di dalam syarikat swasta, syarikat di mana tekanan kerjanya lebih daripada biasa. 

Career Fairs yang berlangsung dua minggu lepas telah menyaksikan bahawa rata-rata syarikat mahukan graduan yang memiliki pointer sekadar 3.0 ke bawah. Dalam hati terdetik , "penat aku belajar selama ni, ni yang korang nak?". Sabar. Bad news untuk sesape yang mantain Dean's List every semester. Ape pula kata diorang? 

Ada sebab, mungkin pendapatan yang disediakan ikut pencapaian pointer seseorang. Logiklah jika sedemikian rupa. Nampak di sini, 'pointer is not that matter' for employer. High pointer means higher demand for wages. Itu ikut pemikiran mereka. Mungkin benda dah pernah terjadi. So, redho.

Kelau dikaji secara teliti, bergantung kepada apa yang kita nak buat selepas konvo nanti. Kalau nak bekerja, memang softskill sangat di titiberatkan lebih berbanding pointer. Tapi kalau pointer 2.0 kebawah, nak kene lempang namanya, ape korang buat sepanjang belajar huh? 
Berbeza pulak kalau misi hidup kembara ilmu. Di mana ilmu yang dipelajari dimanfaat sepanjang berlegarnya diri di atas muka bumi. Pengembara ilmu ini rata-rata akan terus-menerus menimba ilmu, haluan yang mereka pilih ialah Master, PhD dan seterusnya mendapatkan gelaran Professor. Salute you bro. Jadi, dengan itu memang wajarlah mendapat Dean's List setiap semester. 

80% ilmu akademik tak digunakan semasa alam pekerjaan.
Siapa kata? diri sendiri pun tak dapat nak konfemkan dengan kenyataan di atas. Tapi memang rata-rata penceramah pun kata begitu, mungkin benar? Wallahu'alam. Let's say betul. Proceed. Memang pahit kan? titik peluh mengulangkaji bahan bacaan yang boring dan tak paham, pengakhirannya tidak di ambil kira untuk kerja. ~!@#@$$@!@! !! No komen. 

Kalau menuntut ilmu, KERANA ilmu itu sendiri. Ikhlas namanya. Allah suka. 

Cuba meletakkan perjuangan sebagai seorang Islam, menandingi para cendekiawan dari negara-negara kafir. Perlunya cendekiawan Islam untuk 'standout' dengan dakyah dan propaganda luar. Biar ternama supaya senang untuk tembus ke negara luar menyampaikan indahnya Islam bukan seperti yang diwar-warkan oleh media massa. Kadang barat ter'over' dengan statement mereka, sehingga mengakibatkan negara mereka dilontarkan bom dan missil. Salah siapa? 

Cuba tanamkan niat untuk untuk membantu saudara Islam kita yang kurang bernasib baik. Nak cakap kurang, tapi memang tak bernasib baik pun. All is possible. 
Niat itu penting sebenarnya. Disebabkan niat, satu pekerjaan itu menjadi ibadah. 20 tahun kita bekerja, 20 tahun kita membuat ibadah kepada Allah. Allah suka, hidup diberkati, di beri ujian, hati tenang. Indahnya Islam.

Untuk mendapat tempat bekerja sangat sukar sekarang ni. Rata-rata syarikat ternama mahukan pekerja yang ada basic experience atleast 5-10 years. Itu kalau sektor profesional. Untuk nasib mahasiswa yang mengambil bidang kejuruteraan, sektor profesional adalah tempat kami. Tambahan pula, sijil sarjana muda dah semakin tak laku, even sijil Masters pun masih ade syarikat yang tak ambil kerja. Apakah? So, memang ilmu itu penting, assignments, projek, tapi aktiviti ko-kurikulum juga janganlah di abaikan. Soft skill bukan benda mudah untuk kita hafal dan juga paham. Body languages, dealing with people, high management skills, and etc. Semuanya penting sebagai bekalan alam pekerjaan nanti, tak termasuk lagi alam perkahwinan. Cewah! 

Terdengar juga, rata-rata yang sambung Masters sebab tak dapat peluang pekerjaan. Hmm. Risau. Tapi good news, kerana negara nak membangun maju, tenaga jurutera sangat di perlukan. Mungkin pendapatan tak berapa lumayan, terpaksa 'sacrifice' sikitlah mula-mula, Orang baru nak 'up' mmg gini. Haha, same gak atlit, mula-mula susah nak naik, Bila da naik, it feels GOOD. Overall, pengalaman tu penting. 

Mengenang nasib diri, intern pun tak dapat syarikat lagi setakat ni. Baru reject MIMOS Sdn Bhd yang bertempat di Bukit Jalil, walaupun kerja kat situ dekat dengan tempat training Atlit Malaysia, aku masih menunggu keputusan praktikal di syarikat pilihanku. The reason aku reject MIMOS sebab there's no turning back. Aiyo! aku pun sepakat dengan kawan sekuliah untuk reject. Tapi kekadang rasa menyesal. -.-!! 

Dalam membuat keputusan, aku selalu dahulukan hati. Dan berdoa memohon supaya, setiap jalan yang aku lalui, pertemukan aku dengan orang-orang yang dapat mengubah aku kepada yang lebih baik. Aku percaya rezeki datang dariNya. Selalu bila peluang datang mengetuk, jika hati tidak berdolak dalih, aku terima. 

Ya Allah, berkatilah perjalanan hidup diri ini. Ke jalan yang Engkau redhoi. Payungkanlah keluarga serta kenalan-kenalanku daripada malapetaka dan bencana, sesungguhnya kerana mereka, aku disini. Jadikanlah mereka seorang yang hebat sebaik-baik umat. 

No comments:

Post a Comment

 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates