Ya Allah.
Hidup bagaikan roda.
Benda sama berulang, walau generasi sudah bertukar.
Ada apa dengan istilah 'melayu'.
Melayu, sangat unik, dari segi ejaan dan sebutan.
Kita sering benci akan percaturan orang lain.
Sifat terlalu benci akhirnya memakan diri.
Bila sifat yang dibenci lama-kelamaan menjadi sebati dalam diri.
Kejayaan tidak datang bergolek wahai kawan.
Sering orang tua berpesan, jangan terlalu bencikan sesuatu perkara.
Nescaya sesuatu yang dibenci akan datang menyapa diri sendiri.
Bukan setakat menyapa, malah menjadi darah daging sendiri.
Bukan kerna aku memilih kawan wahai kawan.
Kerana aku memikul amanah sebagai seorang pemimpin.
Tanggungjawabku berbeza daripada kalian.
Setapak langkahku telah berpijak di pintu api neraka.
Tidak terlintas untuk aku abaikan semua.
Berlaku adil itu mudah dikata dan sukar diamal.
Tapi kerana sahabat, setia bersama sepanjang perjuangan.
Aku terpanggil untuk bersuara.
Apa salah dia, hingga ditindas sedemikian rupa?
Kadang-kadang fikiran rasa keliru.
Seolah-olah seseorang itu ber'watak'kan dua orang.
Tapi atas pangkat, aku hormat.
Benar.
Masing-masing ada hala tuju.
Tapi tidakkah kadang-kadang tujuan itu memotong hak orang lain?
Kau takkan rasa , kerana wataknya engkau bukan si pemerhati.
Tapi kau tidak bersalah, yang mengatur sebenarnya yang bersalah.
Kejam , erti kata lain , tapi agak kasar bunyinya.
Kawan tetap kawan, tapi jangan kawan makan kawan.
Apa yang aku nampak , hak seseorang telah diambil.
Ingat, doa orang teraniaya termakbul.
Tapi kerana sifat sahabatku ini, seorang pemaaf.
Pasrah.
Sedih bila baca 'conversation' daripada sahabat.
Bukankan tugas pelatih untuk menggalakkan?
Bukan untuk menghampakan.
Aku dapat mendalami setiap baris perkataan yang ditulis.
Bukan senang untuk akur terhadap arahan.
Mungkin telah berlinangan air mata sebelum terpacul setiap bait kata.
Tapi 'I feel you bro'.
Masa tidak boleh diputar balik.
Kata-kata dan keputusan mungkin telah terlambat untuk kau tukar fikiran.
Tapi apa-apa yang terjadi, aku belakang kau.
Apa yang kau rasa, tempiasnya kena kat aku.
Kerana kau, aku main sukan ni.
No comments:
Post a Comment