Teringat kenangan di matriks UIAM, Petaling Jaya. Budak lurus, hingusan. Itulah aku. Tiada halatuju. Berbeza dari sekarang. Alkisah Ustaz Maulana(masih lagi mengajar di Kampus Gombak) mengulas tentang 'Scholar' VS 'Philosopher'. Berbezanya mereka berdua dari segi skop ilmu. Everyone can be a philosopher, but few only can be scholar. Scholar ilmunya tertumpu terhadap 'specific' bidang. Itu sekarang. Dulu, ilmuwan Islam banyak yang pakar kepada dua atau tiga bidang sekaligus, contohnya dalam bidang astronomi , fizik dan sains. Walhal, philosopher lahir dari pendapat serta logik yang bernas bersertakan bukti-bukti yang dikaji.
Itu bukan MAIN point aku.
Bila difikirkan kembali, aku masuk bidang 'engineering'. Serious aku tak minat pun mula-mula. Da tahun akhir baru rasa 'aku boleh pergi'. Nampak, peluang nak dapat ilmu tu terbuka luas pada mulanya. Sesatnya aku kat dalam bidang kejuruteraan dek kerana ikut kawan. Zaman tu, semua laki engineering, pompuan medik. Pui! Boleh je nak menuntut semua ilmu, buat 4 degree. 3 masters. Cite sekarang, siapa sanggup? masa ada tak? nak kahwinnya bila?
Hidup semata-mata kerna dahagakan ilmu. Teringin.
Teringin nak belajar lebih perihal ekonomi, perakaunan, matematik, kesihatan, perubatan. Semua 'interesting' super kot. Tapi, time constraint. Impian hanya tinggal impian. Sekarang, hanya mampu untuk 'google' semua fakta menarik dekat internet. Tak pun, lepak dengan budak ekonomi, sains politik, business. Cara diorang berfikir, jauh lebih luas dari aku. Kekadang perlukan jugak aura tu. Bak kata orang, luas-luaskanlah pengetahuan AM tu. Baru tak mudah ditipu, ye daaak?
Ilmu ada kat mana-mana. Sumpah tak tipu. Setiap apa yang kita lakukan , asal berserta niat kerana Allah dikira ibadah tahu? Manisnya anugerah ilmu Allah terhadap hambaNya.
Aku teringin jadi sempurna, walau dicipta tidak sempurna. Sempurna dalam konteks 'All Rounder'. Al maksudnya, semua benda boleh buat. Kalau sebagai lelaki tu, cukup sudah jadi imam, mahir berlawan, bidang akademik pd tahap tertinggi, pandai menguruskan kewangan, pandai menguruskan orang, urus masa. Haaa, macam-macam kan? Bukan mudah, rasa diri ni tak hampir pun pada tahap tu. Tapi tak ape, slow and steady. Biar kehidupan mengajar segalanya.
P/S: terdetik nak tulis post ni bila terkejar-kejarnya aku nak settlekan perihal akademik dan sukan. Masa sangat berharga ya kawan-kawan dan ilmu itu penting baik dari akademik dan juga sukan. Jangan bazir masa! ^__^
Luang masa insafi alam flora dan fauna. Best yaww! |
No comments:
Post a Comment