Ini Barisan KAMI! |
Alhamdulillah, berakhirnya SUKIPT 2014 yang menyaksikan UIAM hanya dapat menggondol pingat perak dan gangsa. Jauh di lubuk hati, padanlah muka UIA sebab cut budget untuk ke SUKIPT kali ni, tapi secara warasnye, perjuangan bukan hanya di atas nama, tapi di atas diri sendiri.
Ketiadaan Silat Seni di SukanIPT 2014
Tak sempat untuk diri ni nak merasa sukipt, dikhabarkan sukan peringkat yang tertinggi level IPT. Pingat emas boleh menjanjikan biasiswa KPT. Sejujurnya aku memang nak merasa SukIPT, atleast sebelum aku grad aku nak merasa semua pertandingan peringkat IPT. Sejurus selepas aku dapat tau SukanIPT tak mempertandingkan silat seni, ada suka ada duka. Sukanya bila pressure tu takde, dukanya bila musnahnya impian untuk beraksi bersama IPTA dan IPTA seluruh Malaysia.
Melangkah ke "Final Year"
Selangkah demi selangkah aku menjejakkan kaki ke tahun akhir. Tahun akhir tahun keramat. Bak kata dak engineering IIUM, final year = fyp bagi dak kejuruteraan. Atas nasihat kedua ibubapa, lecturer dan kawan2, "final year ni, kene fokus lebih kat study, slow kan sukan". Bukan aku tak mau, aku nak jugak jadi macam kawan sekuliah yang lain, fokus sepenuhnya dengan akademik, siap boleh target subjek ni nak dapat gred ape. Tapi, silat itu hobi, silat itu minat, silat itu kepuasan, dan bertanding itu menguji kekuatan. Serius, pegang team ni jadi satu penghargaan buat aku. Beban yang ditanggung tu aku convert kepada sesuatu yang dapat mengajar aku.
IIUM Pencak Silat , skuad "Champion".
Disebabkan hanya 8 orang yang lepas ke SUKIPT2014, aku gelar diorang Pesilat harapan UIAM. Memang semakin sikit orang semakin besar tekanannya, mostly tekanannya dari sudut training. Semangat tak semangat kalau training 8 orang? bak kata coach Taekwondo, die pun takde semangat nak train budak. Beat the odds.
Long term.... aku fikirkan long term. Macam mana team ni nak survive utk setahun dua akan datang. SUKIPT ni jadi platform untuk ahli lama menggondol emas, dan untuk ahli baru untuk mengutip pengalaman. Aku tak lihat dari sudut, "semua kena dapat emas". Memang da jauh dari prinsip pembangunan atlet, di mana seseorang atlet itu akan dapat pingat setelah mengikuti beberapa jam training, ni dah dibuktikan melalui kajian sukan sendiri oleh MSN. So, aku go on. Walaupun tak pernah nak bukak langkah silat olahraga, asal nama ilmu, aku hadap,aku tahan. Seronok menimba ilmu dengan orang lama. Tak sia-sia Cikgu Habizan Othman mengundang beliau ( Cikgu Wan Aminuddin Baki ) sebagai Coach 2 olahraga.
Dalam aku 'menjenguk' team untuk ke SUKIPT edisi-2 , banyak gak yang aku belajar. Mostly about 'understanding them'. Memang, dalam banyak kata yang dilontarkan, ada hati yang terguris. Bukan salah hati, tetapi salah mulut yang berbicara. Tapi tanggungjawab kita jugak untuk mendidik hati terima teguran serta kritikan. Terngiang-ngiang dalam ingatan, pesanan dari sahabat , "Be the leader that everyone love to work with". Terharu dapat nasihat especially from a closed friend of mine. Suka untuk aku mendalami masalah seseorang, mungkin dari situ aku boleh refleks kepada diri sendiri, susah aku sekarang, ada insan yang lagi susah.
Memang , perlunya 'GAP' untuk memudahkan orang lain memberi arahan. Pada mulanya memang aku nak create 'gap' tu, tapi mungkin tak kena dengan diri sendiri. So, cancel. Cuma aku harap orang lain dapat beri kerjasama, cuba untuk meletakkan diri dalam seituasi seseorang yang kelam kabut macam aku. -.-;; tapi ribuan jutaan terima kasih kepada team manager , Ned yang byk assist aku dalam handle team ni. Percayalah, dia lagi tau banyak dari aku. New experience for her. Dialah manager, dialah photographer. Pompuan memang multi-tasker yang bagus kan?
Precious Moment of SUKIPT 2014.
Sg. Pisang |
Warm up infront of DATC, UiTM Shah Alam. |
Barisan penyokong. Hu HA! |
Amin lwn Naim. |
Star Salam jenguk member bertanding. |
Menang! |
Prank Mat |
Menyambut kedatangan penyorak setia. |
Thanks Ish turut hadir. |
Sekitar dewan sri budiman, karate IIUM final day. |
We are ONE. :) |
No comments:
Post a Comment