Saturday, February 1, 2014

Final year

Final year is coming. Apa yang specialnya final year ni? Ramai impikan graduasi awal, tapi sudah tercapaikah misi sepanjang bergelar mahasiswa/mahasiswi ? mungkin segelintir yang tidak meletakkan apa-apa target atau harapan , menuntut di menara gading hanya untuk menambahkan kenalan dan santai. Harap-harap bukan begitulah. 

Tup..tup..tup. dah final year. Ayat biasa dengar , "kejapnya masa berlalu" , "dah final year dah?". "baru semalam aku masuk uia". "yeah, tak sabar nak grad".

Masa, masa itu EMAS. Masa boleh juga dianggap sebagai pedang, jangan sampai ia memotong diri sendiri. Hmm... masa. 

Aku melihat alam universiti ni satu alam untuk diri berubah. Perubahannya boleh dikontra kan dengan gaya hidup sekolah menengah dulu. Benar, banyak sudah diri ni pelajari. Tapi semuanya lebih kepada mengenali diri, misi hidup, kepentingan Islam, pergaulan, pengurusan, protokol dll. Soalan yang lazim disoalkan oleh TheLecturers, "ape plan lepas grad?". 

Haa, bab ni lah nak kene tunggu lepas Indutrial Training baru boleh jawab. 
Aku melihat dunia practical ni penting, ke'serius'an seseorang dalam praktikal mampu membantu di dunia lepas graduasi nanti. 

Selalu kedengaran, resah gelisah budak final year bila sampai penghujung tahun dan semester. Seolah-olah tak ready untuk menyarung jubah graduasi. Mungkin tidak bersedia, mungkin akan berpisah dengan kawan, tapi sebab yang utama ialah tak tentu hala tuju dalam bidang apa selepas grad nanti.


Samalah dengan diri ni, praktikal menjadi penanda aras bagaimana aku nak 'handle' dunia luar, bagaimana nak masuk dengan kerenah orang. Feeling excited nak menempuh fasa hidup yang baru ke arah dunia realiti sebenarnya. Huhu. 

Sepanjang keberadaanku di UIAM sejak first year, tanggungjawab sebagai atlit UIAM menyarung jersi IIUM PENCAK SILAT TEAM menjadi kebanggaan. Komitmen diberi sejajar dengan minat serta misiku dalam membentuk/mencari potensi diri yang sebenar. Diriku yang kini, bukan yang dahulu. Sukar nak diungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah kerana diketemukan dengan sukan Pencak Silat di bumi Gombak ini.

Tapi,
Sama seperti insan lain, niat nak menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Seboleh-boleh sampai umur 40 nak menuntut ilmu. Menjadi pencinta ilmu sama macam Prof. Mohd Azami ayahnya kepada Hasif, kawanku.Sungguh kagum melihat kedua orang tuanya masih mendidik walau sudah boleh membuat keputusan untuk bekerja dalam bidang profesional masing-masing. Inspirasi. 

Plan nak belajar luar negara tu memang tersemat dalam hati sejak menuntut di matriks uia pj lagi. Andai cita-cita belajar luar negara menjadi realiti, i am a happy kid. eh, man. :D


Moga diberi kekuatan olehNya untuk menempuhi baki tahun yang terakhir di bumi UIAM Gombak. 

No comments:

Post a Comment

 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates