Ya Allah. Saat masuknya menara gading, diri ni akur dengan indahnya suasana di sini. Pokok didirikan sehijau-hijaunya, masjid tersergam indah tatkala pengunjung masuk ke dalam campus, fountain yang bertapak teguh menyambut tetamu dengan berukirkan 'Iqra' yang menganjur pengunjung untuk membaca dalam menimba ilmu, awan & langit yang tak berhenti-henti menceriakan makhluk yang berada dibawah payungnya, matahari yang menjadi saksi aktiviti harian mahasiswa/wi sepanjang hari , nama-nama Kuliyyah dan kediaman yang mem'promote' sahabat-sahabat rasulullah serta sifatnya dan struktur bangunan yang bagi aku sangat unik dan menginsafkan.
Purpose of being in the campus.
Benar, academic. Mana-mana ibu-bapa setuju, akur. Bila disoal dan diperdebatkan "apa tujuan masuk universiti?" tak ada jawapan muktamad selain untuk mendapatkan segulung ijazah. Ya Allah, mahalnya ilmu itu bukannya ijazah, cumanya dunia sekarang mengambil kira 'ijazah' sebagai tiket masuk ke fasa seterusnya iaitu fasa pekerjaan. TAPI, saat aku masuk, diriku 'blur' , tak tahu, 'speachless' , sering bertanya diri ini akan berakhir di mana? selepas graduasi, apa yang akan menanti? . Waktu itu buntu, gelap, kabur.
Itu DULU.
Sedar, sewaktu 'first year' bidang akademik bukan matlamat aku. Atleast, itu fakta untuk diri aku seorang. Aku cari benda yang aku suka. Jadi 'passion' , hobi. Terjebak dengan IIUM Silat Team. Memang seronok, sebab aku dah ada 'basic' tapak dalam silat, untuk mencebur diri dalam Sukan Pencak Silat satu 'step forward' bagi atlet-atlet yang baru nak mula berkecimpung dalam arena persilatan.
Aku dah ada matlamat.
Matlamat untuk mengubah diri. Ditanamkan juga impian untuk bina badan. Atleast something yang boleh seronokkan hati sendiri. Memang , konfiden tu tinggi bila kita selesa dengan badan sendiri. Badan yang kita 'pakai' seharian. Tapi niatnya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah diri, niat untuk suka-suka. Setelah lama berkecimpung dalam arena persilatan, aku sedar , aku punya 'awareness' dalam aspek lain meningkat, aku mula belajar untuk berusaha 'work hard to get' , percaya diri sendiri, 'motivate' orang lain, memimpin pasukan, berurusan dengan orang, mengenal apa itu sebenarnya protokol dan macam-macam. Syukur, syukur, syukur, Allah membuka mata aku untuk memandang dunia melalui pasukan yang aku sanjung tinggi, IIUM Silat Team.
Dan sekarang, aku masih aktif dalam team Pencak Silat UIAM.
Matlamat berubah, dengan hanya untuk mengubah diri tak cukup. Selepas lepak dengan atlet-atlet Malaysia, aku jeles. Dengki, dengki ke arah kebaikan. Pengalaman mereka sangat manis. Aku ambil keputusan untuk 'cuba' dapatkan pingat untuk team silat UIAM. Tapi, aku mula berjuang untuk diri sendiri dahulu. Percubaan aku dengan berkampung di pergunungan membawa hasil, pingat perak dalam kejohanan peringkat IPT yang paling tinggi pada ketika itu. Puas. Berbaloi. Alhamdulillah.Secara tak langusng nama universiti naik. Syukur dapat 'contribute' something to IIUM.
Kejohanan demi kejohanan berlalu. Target game-game yang masih belum dalam tangan ialah UPSI Open dan Pendekar Seabad. InshaaAllah tahun ni berkesampaian untuk aku merasa UPSI Open. Dapat pingat atau tak memang diluar sasaran dek kerana pengadilan yang tak jelas. So, dari aku kecewa, might as well I dont raise the bar too high. Banyak mengajar aku jangan berharap kepada benda yang tak pasti. Lebih rela jadi people's champion rather than winning without the quality of performance. Tapi at the same time, usaha itu 'priority' dalam setiap kerja. Senang cakap, buat tengok!
Kekecewaan, aku terlepas game SukanIPT 2014. Kejohanan hanya berlangsung dua tahun sekali. Terlepas, melepas. Hanya boleh pasrah. Aku tahu, pressure seorang budak final year amat lain especially majoring in engineering that requires you to do researches, experimentation and documentation. Final year pengukur apa yang kita belajar selama ni dari first to third year. If you are not good at it, then what are you doing actually around the campus? seringkali bertanyakan soalan tu. Refleksi diri.
Bahang final year kian terasa. Jetlag, culture shock, semua ada. Tapi , I must adapt and improvise. Adapt dengan keadaan sekarang, not focusing on the problem itself , but find out the solution. Kekuatan hati mengatasi segala, if you do it with your heart, all will come out well.
Take A Deep Breath.
Slow, aku kena slow down aktiviti sukan. That doesn't mean tak tunjukkan muka langsung, tapi perlukan cuti satu sem untuk handle 'Final Year Project 2' next sem. Aku harap yang lain memahami. Silat will be a part of my life, along all the people I met until now. You guys are my family. Enjoy of what it is now, although tomorrow will be a farewell day for some final year students. May you be successful in your life, remember all the pain that bring you to the whole new level in your life. Apply it in your next phase of life, working life, love life and so on. Caiyok!
I have big dreams same like others, having successful professor and doctor sharing their experience with me making my dreams alive. At sometime I feel like it is impossible. But, I'll try. World, watch out! :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment