Assalamualaikum, salam 18 Rabiul Akhir 1435 Hijrah.
Suke nak berkongsi pengalaman, cerita yang di'share' oleh sahabat sebilik. Minggu lepas beliau menghadiri satu kelas "Cyber Crime". Janggalnye bila kelas tu dibuat hari sabtu, dan lebih janggal kawan aku tu bangun plak dat morning, selalunye morningnya pukul 2 petang. Seingat aku time tu aku 'On the way' dari UiTM Shah Alam nak uruskan hal berkaitan pinjaman barang silat oleh PESAKA Malaysia. Okey, back to topic.
Seperti yang semua maklum, facebook... satu "Social Network" ibarat dadah. Ketiadaannya boleh membuatkan seseorang gila. Tak kurang juga kepada yang login just untuk "STALKing" kan? ;) Isu ni dah didebat oleh Ustaz Zaharuddin sendiri, ulamak terkenal di Malaysia. Seorang penuntut Ilmu Allah dalam bidang Usuluddin (Bachelors), Shar'iah (Masters) dan Syariah and Islamic Finance (Ph.d). Penghijrahan menuntut ilmu beliau dari UM, Malaysia ke Jordan , ke United Kingdom dan kembali ke tanah air Malaysia.
Post beliau berkenaan "Dosa-dosa & Facebook" boleh dilayari di
SINI
Apa yang nak dikupaskan , di samping banyak dosa-dosa yang diterima secara tidak langsung, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Haa, ni copy direct punya. Selesai mukadimah. Next!
CYBER CRIME , CYBER SECURITY.
Minggu lepas, UIAM dihadiri oleh dua orang dari Facebook Malaysia, Hazriq dan Aaron. Kelas yang dihadiri oleh sahabat aku ni merupakan kelas ganti untuk "weekdays", mungkin disebabkan kelapangan masa oleh kakitangan dari Facebook Malaysia untuk hadir memberi satu "Talk" atau amaran kepada budak-budak yang mengambil jurusan ICT. Oh, terlupa, sahabat aku sorang ni amik jurusan Computer Science, ICT. ^__^. Namun "Talk" ni dijalankan dalam bentuk kelas biasa. Kedatangan mereka ke UIAM tak dihebahkan, bagi aku yang super minat bahagian computer, IT, gadget, teknologi ni memang sangat sangat rugi bila tak dapat nak turut serta.
Menurut beliau, okey tak perlu nak formal sangat. Diorang terangkan macamana "CyberTheft" ni beroperasi. Diorang ni bukanlah sebodoh yang disangka, penglibatan perompak-perompak siber ni dalam bidang IT sahaja dah membuktikan diorang mampu nak "Think outside of the box" yakni diorang ni pandai sebenarnya. Mungkin lepasan budak degree, master? Siapa tahu. Okey contoh nya, *ni sebijik mcm kawan aku habaq mai kat aku.huhu* perhatikan gambar di bawah (copyright to Prof Google kita).
Gambar contoh, amik direct dr google search "rumah saya". Mujur bukan di Malaysia.
Gambar atas kelihatan sebuah rumah, mungkin antum pernah nak share "Hometown" dekat facebook. Selalunya facebook akan tanya suro update hometown kita. Kita plak semangat nak bagi jawapan A+ , maka alamat yg dibubuh memang sangat tepat dan "accurate". Bukan salah kita, sebab kita tak tahu. Tapi salah kita sebab kita tak amik tahu! Perhati "blue" circle, rectangle, hexagon ngan diamond tu, seorang "CyberTheft" akan 'alert' pasai pintu-pintu untuk masuk, termasuklah bahan pintu garaj diperbuat dari apa, tingkap ada grill ke tak, lubang asap tu tinggi mana. Sekali pandang, macam-macam idea dah masuk dlm pikiran si penjenayah ni.
In a nutshell, berhati-hati kalau nak share tu. Sebelum tekan "share" tu pk la bebyk. Lagi-lagi gambar yg berkaitan dengan tempat duk kita.
Sadtruth/Uglytruth , semua data-data di facebook telah di'SAVE' di database Amerika Syarikat di 1601 Willow Rd, Menlo Park, CA 94025, United States.
Bak kata kawan aku, dah terlambat nak tarik balik, kalau delete pun tarak guna, cuma apa yang boleh buat sekarang , planning for the future. Bagaimana kita nak anak-anak , cucu-cicit kita hidup dengan facebook, kerana gelombang facebook semakin besar sehingga jadi keperluan asas dalam harian.
Dalam penyampaian ilmiah mereka (Aaron dan Hazriq), sentuh juga kisah "Social Engineering" , ia adalah satu term yang mendefinisikan "Love Scam". Tipuan dari aspek percintaan dalam bahasa melayunya, aiceh! Banyak terjadi di Australia di mana kaum wanita di negara sana banyak tertipu dengan love scam warga Afrika. Penipuan dari segi "materialistic". Benda sama dah lama berlaku kat Malaysia, ketagihan cinta sampai isteri orang pun terjebak dalam "Love Scam". Ape kaum lelaki melayu ni tak cukup ke hebat ke? -___-Yang peliknye, sering terjadi membabitkan si "Awang Hitam".
Seterusnya usik pula bab kekuatan password facebook. Mana yang selalu main game 'online' , kerap sekerap-kerapnya sampai semua password nak bubuh sama. Sedarkah password tu senang untuk diingat, TAPI lagi senang untuk di'hack'. Susunan password adalah mengikut 'insertion' , 'substitution', 'misspelling', 'backwards', 'repitition', 'key sequence' dan 'dictionary'. Kekuatan password seseorang bukanlah diukur dengan betapa senangnya untuk password itu diingat, TAPI betapa susahnya seseorang untuk meng'agak' atau buat trial & error untuk crack password kita. Set of algorithm biasanya digunakan untuk Crackers di luar sana. Probabilities yang diajar , memang di'apply' 100%. Rugi tak fokus dalam kelas time kuliah.haha :D
Password seharian yang aku guna boleh di'crack' dalam 2 bulan sahaja. Ce tengok korang punya berapa? Kawan aku dalam berpuluh ribu Centuries. Password macam tu sampai kiamat pun crackers tak kan dapat tahu. haha.
Bagi student dalam bidang pengajian lain, mungkin kurang kesedaran, tapi untuk siapa yang mengambil jurusan computer, IT dan sbgainya , time ni lah nak apply kan ape yang diajar. Kekadang bila pikir balek, orang barat ni bijak. Syllabus semua diorang yang cipta, termasuk perkara yang boleh 'counter' balek dengan ilmu yang diorang turunkan melalui buku-buku yang mereka 'published'. Ada sekatan ilmu di situ, kalau takde, mengapa masyarakat di US dan Malaysia popular dengan makanan McDonalds , sedangkan di Israel sendiri , makanan tu seakan-akan pupus, bermakna tak dipopularkan. Sedar? Itu baru sedikit, masih banyak lagi perkara yang sengaja disembunyikan dari umat Islam. Jeng3x. Back to topic.
Last BUT not least, pesanan ringkas daripada Aaron dan Hazriq, "take 10 seconds before doing anything", "please be aware what status are you updating, is it involve your private matters, your feeling or even your family and friends? Inappropiate status will affect social life, it makes people look at you in a diffrent way".
Banyak lagi pesanan mereka, ni je lah yang sempat aku korek. Untuk manfaat bersama, inshaAllah.
Sedikit biography,
Nama Hazriq, ambil degree in Computer Science, then masuk dalam bidang security.
Lagi satu pula namanya Aaron, tahap pendidikan tertinggi sekolah menengah.
Takkan dapat nak cari details diorang di facebook ataupun internet. Mereka ada sekurang-kurangnya 6 akaun facebook untuk pantau post-post sekitar Malaysia.
Sekian. ^^