Tuesday, May 27, 2014

Tuhan Lindung dia.

Dah lama. Ini kisah lama.
Diri sentiasa berdoa, Allah berilah hidayah kepadanya.
Kerana kasihMu lagi erat berada disisinya.
Insan yang mengubahku seluruhnya.
Aku terhutang budi dengan segala musibah yang terjadi.
Sampai suatu tahap aku ingin berterima kasih kepadanya setiap hari.
Atau mungkin setiap saat ? 

Walau dia tidak sedar.
Atau menafikan semuanya.
Tapi ketahuilah, manusia mampu berubah.
Berhenti untuk berkeras kepala.
Atau mungkin tiada yang beri dorongan?
Selagiku ingat, aku selalu berdoa.
Semoga kau tidak hanyut dengan keduniaan.

Aku tidak mungkin dengannya.
Tapi cukuplah sekadar mendoakan kebahagiannya.
Asal dirinya bahagia mengikut agamaMu dan sunnah rasulullah.
Tapi mungkin Engkau lebih mengetahui.
Dengan setiap ujian, Engkau sertakan hikmah.
Dan diri ini berharap,
Terus berharap agar hikmahnya bukan kematian.

Allah
Tolong peliharanya.
Pelihara semua insan yang aku kasihi.
Mungkin tidak semua dapatku temui.
Cukuplah selitan doa mengiringi mereka.
Agarku sentiasa tahu.
Mereka semuanya selamat.
Amin.

Insan yang berterima kasih.
Nazrul Arif.

No comments:

Post a Comment

 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates