Di saat minggu yang sangat 'hectic' , tapi diri ini masih sempat untuk menaip sebaris dua ayat ditemani kopi di malam hari. Sesuatu idea/ilham muncul seolah-olah memberi minda untuk fokus ke hal lain selain akademik. Bukan untuk mengenepikan perihal akademik, benar...ilmu itu penting, tapi mungkin kerana semuanya berlaku dengan cepat. Mode 'family day' hari tu tak sempat nak berubah, datang pula mode 'fyp'. Otak runsing, hati tak tenang, badan 'jammed' dan akhirnya "switch off" tido, wasted. Itu lah kehidupan aku sebelum ini bilamana diri ini cuba membuktikan bahawa sukan silat tak pernah ganggu akademiku sepanjang keberadaanku di menara gading, sangat benar sehinggalah tahun akhir menjelang tiba.
Lately, banyak topik yang berulang-ulang di sekitarku. Kahwin, graduasi, kerja, practical... Sikit pun aku tak amik peduli selagi report 'fyp' entah ke mana. Mujur projek IDP ku sudah siap, dan tunggu masa je nak di'present'kan esok hari. Banyak modifikasi yang nak dibuat ke atas projek tu, tapi cukuplah. Cukuplah hasil berbekalkan usaha 'last' minit oleh sahabat seperjuanganku. Ini yang terbaik, inshaAllah.
Pencak silat.
Memang selalu aku cakap, aku akan mengundur diri, seolah-olah aku akan menghilangkan diri selamanya sedangkan ada dua semester lagi. Rugi kalau aku tak aktif, sebab setiap detik yang berlalu, tak akan dapat balik. Lagi-lagi bila tahu, members junior sekarang ni semua best-best. So, niat nak hilangkan diri tu bukanlah dipikir sehari dua. Hampir setiap malam sebenarnya. Terasa terhutang budi yang teramat dekat sukan ni. Apa yang sukan ni dah buat? tak ade ape sebenarnya, mungkin kerana sukan ni 'unlocked' potential yang ada dalam diri. Potential yang selama ini aku tak sedar berada di dalam diri.
Terasa, mungkin kapten sekarang terasa dengan semua madah-madahan yang memberi makna diri ini akan hilang selamanya. Please guys, prepare for the worst. Di saat 'supervisor' ku memberi 'lifetime' commitment terhadap projek akhir tahun 2 yang bakal di ambil semester panjang akan datang, memang sempit masaku untuk aktifkan diri dalam sukan silat. Benda sudah jadi di luar jangkaan, plus, my parent want me to stop silat for good, to make a way for the academic matters. How can i disagree to that. Mudah nak cakap, tak payah training, terus pergi game. Tapi adat diri ni sering nak buat yang terbaik dalam semua perkara. Hmm.... speachless sebenarnya.
Marriage, pasal kahwin. Suka bila dengar kawan yang akan bernikah dan kahwin dalam masa terdekat. Sungguh, mereka sudah bersedia ke peringkat hidup seterusnya, peringkat di mana akan menjadikan mereka matang, separuh daripada agama mereka sudah cukupkan. Jeles. Ahhh, jeles. Tetapi, diri ini pula tak pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga, terasa diri ini masih tak complete di mata Allah. Entah bila nak complete kalau senang dipukul ombak dunia. Lemah lagi iman ni ya Allah. Macam mana pula nak jaga seseorang sedangkan diri ini tak selalu bergantung kepadaMu? Besar amanah seorang isteri tu untuk ditanggung suami. Nak cerita, menangis seorang hamba Allah sehari sebelum pernikahannya. Menangisnya bukan kerana gembira, tapi kerana amanah yang sangat berat yang akan digalasnya esok hari. MashaaAllah. Kalaulah ramai manusia yang berfikiran sedemikian. An inspiring true story.
Graduasi, semua orang impikan graduasi. Ada yang nak cepat grad, ada yang ckp 'lek luuu'. Aku yang mana satu? I would go for the first one. Bukan apa, masa makan usia. Semakin kita tua, semakin banyak tanggungjawab yang akan dipikul. Yang paling jelas ialah kebergantungan kewangan terhadap keluarga. Dah besar, mana dah mak ayah nak tanggung. Tak malu? kan? Sebagai cucu Adam, memanglah besar tanggungjawab di mana ia bukan habis setakat tu je, di bawa tanggungjawab tu sampai kahwin, beranak, cucu, cicit dan seterusnya. Tapi sebelum grad tu enjoy dulu masa dekat menara gading ni. Minta Allah pertemukan dengan insan-insan yang dapat membawa diri yang jahil ni ke arah kebaikan. InshaAllah. :)
Practical, I was accepted to do an internship at Petronas Cari Gali Sdn. Bhd. yang bertempat di Menara 1, KLCC. Bunyi macam gempak, tapi tengoklah macam mana nanti. Haraplah dapat menuntut ilmu sebanyak mungkin di tempat tu. Teringin sangat nak merasa kehidupan kerja yang sebenar. Baru lah boleh decide nak sambung amik Masters ataupun terus belajar. Hoho. Harapnye lah kearah jalan kembara ilmu, sebabnya ilmu Allah tu luas, tak pernah putus. Tu la if ada scientist buat penemuan baru, they called it "Discovery", sebabnya memang benda tu Allah dah letak lama, manusia je yang baru dapat tahu. Thats the beauty of it. And dalam mengembara ilmu tu boleh travelling sekali. Haraplah bakal zaujah suka travelling gini. hak3. :D
Kerja, mostly ramai decide nak kerja after graduasi. Cakapnya tak larat dah nak belajar, buat report sini , report sana, then research yang tak pernah nak habis. True! Ada yang suka, ada yang tak. For me, I don't really care. Both has pros and cons. Kalau Master, you will start with high salary, tapi sementara amik Masters tu, kalau kerja, you will eventually gain experience, and later on the salary will be increased based on your experience gained. Sekarang di saat final year, diri berhempas pulas nak naikkan pointer, seolah-olah pointer tu penyelamat masa akan datang. Dengan pointer, everything would be OK. Wrong. It all depends on your soft skill, but for engineer, the employer will look at your CV one by one. And the interview session will not be as easy as 123 ABC. You got to compete with others to get the job. It is not that easy I tell you. And the only demand job right now is in programming language, which is I know that not many people are good at. Bilamana lunch with my dad, he always telling his stories, how he make his way to work in USA. How he manage his time, working while still enjoying life there. Hallaaa, very the interesting. I want to go thereee, to the europe. Someday inshaAllah. So if I want to make the decision, I would go for experience first but if and only if I got rejected by MARA loan for study overseas which nauzubillah will not going to happen. Hehe. Study overseas is a lifetime experience too. It changes the way you are thinking, how you look at others. How you look at yourself. Dream.dream.dream. Haaaih, tinggi sangat cita-cita tu, ce turunkan skit! :/
And lastly for those who are always being tested by Allah. I've been there, and mungkin akan diuji se saat dari sekarang. Pada mula memang pahit rasanya. Then time after time you will get to know how things works. Selalu diri ini berfikir yang Allah sebenarnya tak mau hambanya duduk dalam comfort zone je memanjang. Thats why diberinya ujian supaya kita keluar dari zon selesa, which will make you a better person actually. Pernah terdengar satu kisah menarik, menginsafkan juga. Alhamdulillah macam mana boleh terdengar alkisah ni. Kisahnya begini, seorang hamba Allah ni amat jaga hubungannya dengan Allah. Satu hari bila dia tidak berasa sakit atau demam, dia menangis. Dia ingat Allah lupakan dia, lantas di menangis tersesak-esak. MashaAllah. Macam mana kalau diri ni, semakin sakit semakin jauh kita dengan Allah. Alasannya banyak, tak larat nak sembahyang, tak larat nak pergi ke kelas, amik MC. Berbeza betul zaman rasulullah dengan sekarang sedangkan ber nenek moyangkan yang sama. So, whatever happens, know that Allah remember you. :) That will make you feel better. ^^
Sampai sini coretan tengah malamku, report fyp bertimbun lagi untuk disiapkan. Lega bilamana dapat meluangkan masa dekat blog. Personal tapi dah tak personal dah.
Doakan for presentation IDP esok. Will do my best. As always! :D
Presentation, mu tunggu aku present!
Nazrul Arif
Insan yang lemah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for sharing the story in the 9th paragraph. Memang menarik dan menginsafkan. :')
ReplyDeleteAnyway.. hey, it's better to dream than never. May He guide you through whatever path you take to make your dreams come true. :)
Ohh. Okey got it.
ReplyDeleteApe yg got it maryam? :)
DeleteTakde apalah. Ignore je comment tu ^^'
ReplyDelete