Tuesday, August 5, 2014

Terima dan Akur

Hidup ni bukan apa. Rasa iri hati tu kuat. Mungkin tak terucap dengan kata, tapi pernah dengar "actions speak louder than words"? Yes. Its true. Cukuplah bahasa badan yang zahirkan sikap atau sifat seseorang. Ada mereka yang dengki, dengki baik tak apa, tapi dengki jahat tu yang tak molek. Bangsa sendiri, tak boleh lihat orang lebih maju, pantang nak kondem. Melayu lah especially, bukan mau kutuk bangsa sendiri, tapi most of them lah. 

Rasa pernah tulis entri pasal "perceptions". Entri ni macam adik beradik kembar kepada sebelumnya. Cuma bezanya nak elaborate after I had a talk with one of my officemates. Hati orang, memang tak pernah nak puas. Kalau nak argue, it will end up with "takkan nak salahkan ibu yang mengandung?". Memang akan ada salah dalam setiap perilaku manusia, sebab tu pun namanya manusia. Kita bukannya bersifat maksum, terpelihara dari dosa dan kesalahan, dan sifat itu pasti untuk semua manusia di muka bumi. Dari situ, "penerimaan" itu sangat penting. Pentingnya untuk menerima orang lain, walaupun orang lain itu lebih bagus dari kita. Then again, kenapa kita tak sebagus dia? Orang bijak dan panjang akal mengambil peluang untuk belajar dari yang bagus-bagus supaya jadi lebih bagus, dan orang yang malas dan pendek akal hanya tahu kondem dan akhirnya, diri tak gerak kemana, musuh ramai hati tak senang. 

Diri bukan lah se'perfect' mana. Cumanya dah set mode "belajar" semenjak start praktikal di syarikat tak seberapa ni. Semoleknya senior-senior samplekan perilaku yang thorbaik buat adik-adik yang baru masuk, but then again, who are me to tell them what they should do. So, diri ni follow the flow je lah. Orang yang bertalamkan dua muka, tak sangka ramai juga yang bersikap macam ni. Mungkin dalam situasi kerja, memang tak kan terlepas daripada sikap ni. Tapi apa yang terbaik ialah kita kawal. Benda semua simple if we follow what Islam had taught us, tapi tak semua yang terdedah dengan ilmu sedemikian, walhal diri ni pun ciput-ciput je ilmu di dalam dada, but logically, manusia dikurniakan akal untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. So it is the basic thing sebenarnya, maybe because of the hectic lifestyle at working place make it hard for us, as a human to differentiate good from bad. Sikap bangsa kita, "judging someone by its cover", yes...kalau ye pon, selidik dahulu sebelum buat andaian. Andaian yang tak tahu kesahihannya dah dikira fitnah. And wujud pulak fitnah-fitnah ni dalam bangunan yang serba moden, I thought benda tu wujud di kampung-kampung yang mana berita tersebar mulut ke mulut. Dan akhirnya fakta asal dah ditokok tambah secukup rasa. Nanti akhirat nanti, mulut akan menjawab apa salahnya, dan dari situ mana nak tutup muka?  

Terima kekurangan diri dan akur kehebatan orang lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Wallahualam.
Nazrul Arif.

No comments:

Post a Comment

 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates