Monday, August 4, 2014

Makna raya tahun ini.

Suasana raya tahun ni. Satu perubahan Nampak bila satu keluarga dapat bersatu, bergerak beraya rumah sedara mara di sekitar Ipoh, Perak. Abang yang merantau ke Dubai dan Yemen, masing-masing kembali ke tanah air untuk menyambut Eidulfitri bersama keluarga tercinta. Yang sorang tu berayahkan 3 anak, seorang anak yaman, yakni dilahirkan di Yaman first time bersua di rumah Ukay. Perwatakan anak yaman, Nazrul Arham sangat ‘cool’ di mana dia langsung tak kisah didukung oleh sesiapa. Bagi seseorang yang menagihkan kecomelan mendukung bayi, sangat senang dengan Nazrul Arham.

Raya tahun ni juga ditanyakan soalah bocor yang memang sudah di duga dari awal, "Bila lagi?".
Itu soalan keramat namanya, disebabkan dah bocor soalan tu, sudah siap menyediakan skema jawapan yang lengkap. Haha. 

Kelainan menyambut raya 2014

Satu kelainannya bila terpaksa menggadaikan annual leave internship semata-mata untuk ‘extend’kan tempoh beraya. Sungguh, disaat mula bekerja ; intern , terasa seolah-olah sehari cuti itu sangat berharga. Tapi kadang-kadang, masa cuti hanya diluangkan untuk berehat seharian di atas katil. Makna cuti yang sebenar buat seorang yang bekerja. Kerana, bekerja itu pasti , terpaksa juga untuk membiasakan diri dengan jadual kerja, hobi dan juga masa untuk meluangkan masa dengan kawan dan sedara mara. One step to the next phase of life, working life.

Kami tiga beradik, Arif, Azam dan Ainaa, masing-masing bekerja;dua intern sorg lagi tengah training. Manis bila ‘flashback’ zaman kecik-kecik dahulu. Asal beraya, kumpul duit bersama beli mercun, mercun simple , bunga api. Pelita wajib dipasang, so bau minyak tanah tu dah biasa. Kemudian, tunggu lepas isyak gitu, dalam gelap meletup dan membakar mercun yang ada, tapi itu dulu semasa di Taman Melawati. Begitu riang ria di hati bila tiada komitmen dan masalah menyelubungi diri. Oh ye, lagi satu cerita yang tak pernah tinggal zaman muda-mudi dahulu, pendekar lima bersaudara “Silat Lagenda”. Seingat dulu, 3 tahun berturut-turut disiarkan animasi silat lagenda, entah kenapa walaupun ceritanya sama, tapi tak pernah jemu. Sekarang pun masih tercari-cari cerita tu sebenarnya. Takde ke sesiapa yang nak ‘remake’ the cartoon ke apa. Takkan melayu hilang di dunia, bak kata pahlawan dahulukala.

Selalu baca artikel, di mana sambutan raya Aidilfitri di Malaysia sangat berbeza dengan Negara-negara arab di luar sana, sesetengah Negara arab. Ramadhan itu satu bulan yang mulia, bukan kerana nama, tetapi mulia kerana ia sangat istimewa. Apa yang istimewa itu bergantung kepada amalan kita sepanjang berlalunya ramadhan. Stop panggil ramadhan as ‘bulan puasa’, hilang istimewanya, nasihat ustaz ofismate di tempat bekerja. Bangun, sahur, puasa, bekerja, buka puasa, terawih, moreh, tido. Itu semua normal, maksudnya tiada yang ‘special’. Additional deeds yang dimaksudkan dengan menjadikan ia bulan yang ‘special’. Susah nak terima sebenarnya, tapi betullah karangan novel, artikel dan juga cakap ustaz-ustaz di luar sana. Infact! Diri sendiri pun masih tidak berubah. Astaghfirullah. Seringkali mohon cahaya dariNya, untuk menjadikan diri ini siap, dengan maksud lain, kalau mati bila-bila pun tak kisah asal tahu amalan dah terjaga.

So konklusinya, Salam Eid Mubarak , maaf zahir dan batin. Kepada yang mengenali diri. Mintak ampun dari hujung rambut ke hujung kaki andai terdapat salah post entri, menyinggung perasaan yang berkenaan ke apa, yang gurau-guraunya diambil serius, yang sakat-menyakatnya sampai menusuk kalbu, yang sepak terajangnya disimpan dendam dalam hati, dan sepanjang bergaul membuatkan hati korang bertambah benci. Terpaksa akur, diri ini sangat lemah. Yang baik semua datang daripadaNya. Diri ini hanya sekeping jasad, yang ditiupkan roh, dan amalannya bergantung kepada tindak balas hati dan emosi. Harap Allah dapat menjadikan kita lebih baik, biarlah Ramadhan pergi, tapi jangan pergi dengan amalan-amalan yang baik. Lazimi segala yang baik dalam kehidupan harian, harap dipertemukan lagi 11 bulan dari sekarang dengan ramadhan 2015 insyaAllah.

Oh ya, boleh jadi sesaat dari sekarang, Allah boleh menarik nyawa seseorang. Jika ada kesempatan, depan mata, dengan hati yang ikhlas, jujur terhadap diri dan perasaan, give thanks to those who you love, for what he/she has done to you. No matter how small it is, it might have changed you to a better person. Selagi sempat. Supaya tak menyesal.

Thanks for the bless Ramadhan ya Allah.

Help Palestinian by boycotting Israelis product. It is the least that we can do.
Tadahkan tangan berdoa untuk saudara seIslam kita di Gaza, kerana mereka mewakili umat Islam di seluruh pelusuk alam mempertahankan Al-Aqsa. Mereka tak tahu pun ada di antara kita yang still makan McDonals, Starbucks, Nestle, tapi atas ikhlas hati untuk mengurangkan kesengsaraan mereka, make change for the sake of Islam, for the sake of humanity. Mereka berjuang, walau seketul batu tak dapat nak merobohkan kereta kebal zionis, tapi budak kecil yang hanya berbekalkan semangat juang yang tinggi tetap melontar ke arah kereta kebal. Malu kita, yang hanya pada umur 5,6 tahun…hanya tahu merengek bila tak dipenuhi kehendak, walhal pada umur yang sama, kanak-kanak palestin ada yang sudah hafal Al-Quran seluruhnya. Subhanallah, boleh jadi musibah yang terjadi terhadap sesuatu kaum itu sebagai contoh dan teladan untuk umat islam yang lain, yang masih leka dan alpa dengan keduniaan.

Akhir kata
Siapa kita tanpa Allah? Renungkan.

Insan lemah,

Nazrul Arif.

3 comments:

 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates