Alhamdulillah, berakhir sudah program Family Day IIUM Silat Team yang berlangsung di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Walaupun secara ad hoc program ni dijalankan, we managed to get it done. Pengisian yang paling penting ialah waktu ucapan daripada bekas-bekas kapten yang turut menghadirkan diri. Ucapan dibuat sejurus sahaja solat maghrib berjemaah dijalankan. Hebatnya program ni sebabnya dihadiri oleh pesilat-pesilat yang boleh dianggap macam family. Sekali-sekala meluangkan masa bersama di tepi pantai jauh dari aktiviti silat. :)
Pengalaman yang sangat bermakna buat ahli-ahli baru, kini dan juga senior. Dapat rasa kelainan sebelum dan selepas program. Sekarang diri da semakin selesa nak bergaul dengan ahli-ahli baru. Diri berharap semoga ikatan kekal sampai ke Syurga. Setibanya aku di UIA, yang semalam ibarat sebuah mimpi yang indah, dan esok ibarat cabaran yang mendatang. Bertubi-tubi exam datang, memang pembahagian masa tu sgt penting kawan-kawan.
2 minggu akan datang akanku bahagikan untuk menghadapi exam dan juga Kejohanan Taming Sari yang akan berlangsung di UKM, Bangi. Silat is not my everyhing, but it is my passion. Ku mohon doa supaya lindungi keluargaku dari malapetaka. Amin.
Xsia-sia pengorbanan komitee untuk menjayakan program ni. Niat yang mulia, inshaaAllah diberi pertolonganNya. :)
[caption id="" align="aligncenter" width="426"] Ma Familia[/caption][caption id="" align="aligncenter" width="426"] A family stitched together with love seldom unravels[/caption]