''Jangan simpan seseorang dalam hati, hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang dalam doa, kerana doa tercatat dilangit selamanya.'' -Ustaz Haron Din-
Hailaa,
Assalamualaikum,
Bicara soal ketentuan, sebaik mana perancangan manusia, rancangan Allah melebihi segala. Kekadang dah have everything in plan, tiupan angin sahaja dapat mengubah hala tuju sesebuah plan, tapi apakan daya, mengeluh selama mana pun, telah tertulis itulah yang seadanya.
Sedar akan kelemahan diri, tapi ingin jadi yang lebih baik. Dari dulu memang selalu berdoa, ya Allah temuilah diriku dengan seseorang yang dapat mengubah diriku ke arah yang lebih baik, alhamdulillah dari first year hingga sekarang seolah-olah pertemuan bersama sahabat-sahabat daripada UIA mahupun dari luar seperti dah dirancang.
Pertemuan kenalan dari pelbagai background alhamdulillah membuatku lebih fikiran terbuka dari dulunya. Terbuka untuk menerima kritikan, respon kepada sebuah kritikan dan juga cuba cari jalan untuk 'improve' kan diri dari semasa ke semasa. Cumanya, mungkin kerana sifat manusia yang tidak akan sempurna, sedikit demi sedikit hati ini lalai dengan keduniaan. Masih jauh lagi rasanya untuk mencari ketenangan di hati. Bila hati gagal untuk ingat Allah, mana mungkin Allah akan mendahului doa kita? tapi walau kita berbuat jahat sekali pun, se saat lepas tu kita insaf , sebenar-benar insaf, inshaAllah Allah terima. Tapi sempatkah kita untuk berbalik ke jalanNya sedangkan insan yang baru mencecah belasan tahun, Allah telah mengutuskan malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya.
Diri ini tidak sehebat mana,
untuk menandingi insan-insan yang jauh lebih hebat,
Kekadang rasa ada yang lagi berhak,
Saat hati berbicara 'mahu',
badan wajib utk bertindak,
Hanya boleh berusaha ke arah lebih baik,
Moga Allah pelihara semuanya,
Sampai satu saat, inshaAllah mendapat restu dari Allah.
Hati ini berbolak balik sifatnya,
Hati ini juga Allah yang pegang,
Menguruskan hati bukan perkara yang senang,
Bila mata menjadi kabur,
Pilihan menjadi sukar,
Apatah lagi hati?
Serahkan soal hati padaNya,
Kerana Dialah pencipta hati,
Doa ialah segalanya.
Diri ini hanya mampu untuk menyelitkan hajat di dalam doa,
Bukan hanya untuk mendoakan agar hajat dimakbulkan,
Tapi juga untuk Allah mendamaikan hati,
Bila sesuatu mungkin Allah tidak perkenankan.
Allah, make me a better person tomorrow.
NAA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete