''Jangan simpan seseorang dalam hati, hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang dalam doa, kerana doa tercatat dilangit selamanya.'' -Ustaz Haron Din-
Hailaa,
Assalamualaikum,
Bicara soal ketentuan, sebaik mana perancangan manusia, rancangan Allah melebihi segala. Kekadang dah have everything in plan, tiupan angin sahaja dapat mengubah hala tuju sesebuah plan, tapi apakan daya, mengeluh selama mana pun, telah tertulis itulah yang seadanya.
Sedar akan kelemahan diri, tapi ingin jadi yang lebih baik. Dari dulu memang selalu berdoa, ya Allah temuilah diriku dengan seseorang yang dapat mengubah diriku ke arah yang lebih baik, alhamdulillah dari first year hingga sekarang seolah-olah pertemuan bersama sahabat-sahabat daripada UIA mahupun dari luar seperti dah dirancang.
Pertemuan kenalan dari pelbagai background alhamdulillah membuatku lebih fikiran terbuka dari dulunya. Terbuka untuk menerima kritikan, respon kepada sebuah kritikan dan juga cuba cari jalan untuk 'improve' kan diri dari semasa ke semasa. Cumanya, mungkin kerana sifat manusia yang tidak akan sempurna, sedikit demi sedikit hati ini lalai dengan keduniaan. Masih jauh lagi rasanya untuk mencari ketenangan di hati. Bila hati gagal untuk ingat Allah, mana mungkin Allah akan mendahului doa kita? tapi walau kita berbuat jahat sekali pun, se saat lepas tu kita insaf , sebenar-benar insaf, inshaAllah Allah terima. Tapi sempatkah kita untuk berbalik ke jalanNya sedangkan insan yang baru mencecah belasan tahun, Allah telah mengutuskan malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya.
Diri ini tidak sehebat mana,
untuk menandingi insan-insan yang jauh lebih hebat,
Kekadang rasa ada yang lagi berhak,
Saat hati berbicara 'mahu',
badan wajib utk bertindak,
Hanya boleh berusaha ke arah lebih baik,
Moga Allah pelihara semuanya,
Sampai satu saat, inshaAllah mendapat restu dari Allah.
Hati ini berbolak balik sifatnya,
Hati ini juga Allah yang pegang,
Menguruskan hati bukan perkara yang senang,
Bila mata menjadi kabur,
Pilihan menjadi sukar,
Apatah lagi hati?
Serahkan soal hati padaNya,
Kerana Dialah pencipta hati,
Doa ialah segalanya.
Diri ini hanya mampu untuk menyelitkan hajat di dalam doa,
Bukan hanya untuk mendoakan agar hajat dimakbulkan,
Tapi juga untuk Allah mendamaikan hati,
Bila sesuatu mungkin Allah tidak perkenankan.
Allah, make me a better person tomorrow.
NAA.
Sunday, September 14, 2014
Wednesday, September 10, 2014
Dari lensa mata
Lain, berbeza.
Itu yang diri ini nampak tatkala melihat mereka training.
Hargai setiap masa. Bagiku, sebelum ni biarkan setiap training itu berbaloi, yakni datang training tak sia-sia. Tapi bagaimana mau menerapkan that motivation to this new generation ?
Bila bercakap pasal generasi, baru sekarang ku mengerti, tampak jelas di mata.
Apa yang aku nampak, tiada self-driven untuk diri sendiri training, self learning orang panggil.
Bukan untuk menuding jari menyalahkan sesiapa, cumanya rasa diri ini kena juga sekali join tournament bersama generasi baru, tunjukkan cara macam mana nak memburu medal, bukan untuk riak, walhal diri ini pun pencapaian tak tinggi mana.
Mungkin mereka masih baru, itu yang aku fikir. Betul, tapi mungkin atas faktor kurang kebersamaan team dengan coach. InshaAllah , I'm looking forward nak tengok sesi latihan sepanjang semester baru. Biar diri ini tak aktif, tapi masih ambil tahu adik-adik yang semangatnya sama macam diri ini suatu ketika dahulu. Sungguh masa pantas berlalu.
Apa yang mampu , aku tolong.
Sedih tak dapat nak bertanding lagi,
Apakan daya, musibah terjadi tanda Allah bagi warning.
Sekaligus menyentap diriku.
Aku harap mereka faham, walaupun aku hanya berdiam diri. Ada sebab atas semua perlakuanku.
IIUM Silat Team sebahagian dari darah dagingku.
Sekian.
Feeling concern,
Nazrul Arif Aliasaa.
Subscribe to:
Posts (Atom)