Pada tanggal 27hb Januari 2013 aku diberikan nafas dan berpeluang untuk menjejakkan kaki sekali lagi di bumi penang. Jika sebelumnya aku pergi bersama-sama pasukan UPNM sempena Kejohanan Festival Sukan Kombat 2012 anjuran UiTM Penang, kini aku berpeluang untuk menikmati keindahan penang bersama abangku dan sahabat-sahabat gayong. Jika dulu aku pergi atas dasar 'game' atau 'tournament', kini aku pergi atas dasar minda yang bebas iaitu untuk bercuti. Plannya memang agak adhoc sebab perancangan awal memang tak terpikir pun nak bermalam di mana. Tapi dengan kuasa Allah, banyak benda yang memihak pada kami, Alhamdulillah. Perlu diingatkan, tujuan utama bertandang di Penang adalah untuk memeriahkan majlis kenduri kahwin sahabat segayong juga sejak dari CFS,IIUM. :)
Pertamanya ialah kenderaan, tak ku sangka jalan-jalan untuk ke penang amat jamm dan berliku. Pilihan yang ada di antara Honda Civic milik abangku dan juga Proton Satria milik keluarga. Atas faktor keselesaan, Honda Civic dipilih. Sesampainya kami di sana, terkejut jugak sebab jamm yang boleh orang cakap ala-ala 3 line jalan jadi satu. Mujur Honda Civic gear auto, kalau bawak Satria konfem2 cramp kaki menekan clutch. Disebabkan adhoc plan, memang dimaklumkan jalan along penang road memang akan jamm atas faktor sambutan perayaan thaipusam. So, kalau korang nak jelajah penang, ada 2 tarikh yang tak bape nak sesuai untuk korang jejakkan kaki di bumi penang iaitu pada perayaan Cina "Chinese New Year" dan perayaan india "Thaipusam". Logiknya boleh lihat dengan purata penduduk-penduduk di sekitar Penang kebanyakannya terdiri daripada kaum India dan Cina. Tapi mereka agak sporting sebenarnya. Sebabnya dari segi harga tawar-menawar , kaum india atau cina bagi harga yang agak murah berbanding dengan melayu sendiri. Mungkin ada muslihat di sebalik tu? wallahualam, tapi atas faktor keselamatan, memang akan beli dekat gerai melayu. Halal diberi keutamaan.
Keduanya ialah penginapan. Macam mana pulak tiba-tiba terdapat pulak kawan kepada member bernama Syamil. Penetapan kami di penang dialu-alukan sangat oleh keluarga Syamil. Mereka seolah-olah menerima kita sebagai orang VIP. Layanan amatlah mesra, rasa bersyukur tak terhingga kerana diberi layanan sedemikian. Tempat kediaman Syamil sekeluarga amatlah tenang dengan udara tiup mendayu-dayu, suasana yang agak tenang walaupun terletak berhampiran padang sekolah. Dengan tak sengaja pulak mak kepada Syamil boleh dapatkan SeaRange Tower (apartment) tingkat 14 di Batu Feringhi sebagai tempat penginapan. Sebelum ni agak kerap jugak la kami fikir nak tidur kat mane, so dapat tau ada tempat penginapan free sangatlah meringankan beban wang kepada percutian yang tak pernah dirancang lama ni. Pemandangan dari tingkat 14 sangat cantik u!!! Selama berbual bersama mak ayah Syamil, banyak gak cerita-cerita yang dulunya aku ingin tahu, akhirnya tau jugak akhirnya. Antara citenye ialah kejadian tsunami yang melanda Penang 2-3 tahun lepas. Mujur kediaman Syamil terletak di tanah tinggi. Blablablablabla... kami ajak Syamil berjalan-jalan sekitar Penang untuk bagi tau tempat hotspot di sini. Alhamdulillah, sebelah penang dah diterokai...sebelah lagi je belum. InshaAllah dengan isteri kelak maybe? :P
Sepanjang perjalan, nilah antara tempat-tempat yang kami kunjungi. Memberi kesan memori yang takkan dilupakanlah. :)
- Rumah pengantin Solihin @ Mukim 7, Permatang Batu, Pulau Pinang.
- SeaRange Tower, Batu Feringhi.
- Padang Brown Restaurant, Penang.
- Bukit bendera.
- The Owl Museum.
- Masjid Negeri Pulau Pinang. (sangat ohsem!).
- Line Clear Nasi Kandar. (sangat UNIK)
- Georgetown.
[caption id="" align="aligncenter" width="384"] Bersama pengantin Solihin & Amalina[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="461"] We.kami.Us[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="461"] @ Masjid Terapung near Batu Feringhi[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="461"] picture tells the location[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="461"] SubhanAllah, view from tingkat 14, SeaRange Tower, Bt Feringhi.[/caption]