Thursday, February 21, 2013

Bersedia?

Salam.

Satu perkataan yang terngiang-ngiang di dalam kepale. "Sudahkah anda bersedia?"

Sejak kebelakangan ni , kapiten dah beri hints kepada siapa amanah 'ketua pasukan' akan diberi. Ya Allah, sungguh tak pernah terlintas dalam kepala untuk memimpin seseorang, apatah lagi satu pasukan. Aku rasa diri ini serba tak layak untuk memimpin sebuah pasukan yang bagi aku sangat besar misinya. Tapi perlu juga menerima untuk elakkan terjatuh kepada orang yang kurang komitmennya. 

 

'Hint-hint' yang terucap dari mulut memang membuatkan diri ni lebih fokus terhadap sesuatu, contohnya dalam perihal pengaruh, memberi arahan, aneka aktiviti..dan lain-lain. Beban kian terasa bila selalu sangat berfikir pasal ni. 

 

Apa-apa yang terjadi, suka untuk aku lihat ke arah positifnya. Memang tak dinafikan, tiap benda yang terjadi ada bahagian positif. Kekadang bahagian positif tu memang susah nak dapat, tapi akan terkesan di dalam diri seseorang. Benda positif yang aku nampak is that ... leadership ni akan membentuk diri untuk memimpin sebuah keluarga suatu ari nanti. Mungkin pikiran aku jauh terkedepan. haha. Untuk kelab lain valid la kot, tapi untuk 'team' ni, aku rasa huha je banyak.haha. Anyway, aku ada berdoa untuk diterapkan softskill sebegini, tu la guna gi kelas "Leadership and Management" ye dak? bile lagi nak di'apply'kan? *ayat penyedap ati* . Mungkin dengan cara ni Allah bagi jalan untuk dapatkan softskill tu. Wallahualam. 

 

Aku tak kesah , jauh lagi untuk aku menolak. Bila seseorang tu yakin dengan kebolehan kita, mungkin sebab takda orang lain yang layak dilantik, aku redha menerima. Mungkin di mata orang lain, "aah, jadi kapiten je kot..." . Memang senang, aku je yang xbiasa.haha. InshaaAllah, I will learn that valuable knowledge on how to be a leader soon. 

Mode: prepare for MASUM 2013.

 

Wednesday, February 6, 2013

Takut

Salam.

Sedikit-sedikit aku sedar, di mana dalam bumi Allah ni, ada juga insan yang seakan takut dengan diri sendiri. Takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Mungkin sesuatu itu agak sukar atau payah, tapi itu tak bermakna diri terhalang daripada mencuba. 

 

Aku pelik bilamana seseorang tu meletakkan impian yang tinggi, tapi tak berusaha senada dengan impian yang mau dikecapi. Aku malas nak tegur direct, untuk menjaga hati masing-masing sebenarnya. Tapi sampai bila? Aku cuma xnak mereka menyesal tak kesudah bila da grad nanti, satu hape pun xdapat dalam tangan. Sampai bila nak tunggu jalan terbentang baru nak maju kehadapan. Peringatan kepada diri sendiri jugak sebenarnya. 

 

Setiap impian perlukan pengorbanan. Aku dah lihat pengorbanan seorang atlet, lagi-lagi bila dapat panggilan daripada Malaysia. Bukan aku tak suka, tapi aku rasa diri aku x ready lagi nak menanggung beban yang sedemikian rupa. Tapi masih tak halang aku dari berusaha. Setiap sukan ada masa gembira, ada masa tak. Ramai yang aku sedar tengok ke arah gembira. Tak ada masa yang manis, kalau tiada wujudnya masa yang pahit. Bagi aku pahit manis datang sebagai satu 'pair' dalam setiap sukan. Tapi yang pasti, setiap benda yang pahit, akan terasa manis juga akhirnya. 

 

Mengatasi ke'takut'an dalam diri memang bukan perkara yang mudah. Tapi please, ak mohon cubalah mengatasi ke'takut'an atau keupayaan diri. You can shine brighter than you already are. Just work towards it. You'll find a way inshaaAllah. 

 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates