Thursday, November 27, 2014

Kuda.

Surah Al-`Adiyat

وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا 
Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah,

فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا 
dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya),

فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا 
dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi,

فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا 
maka ia menerbangkan debu,

فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا 
dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,

إِنَّ الإنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ 
sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada Tuhannya,

وَإِنَّهُ عَلَى ذَلِكَ لَشَهِيدٌ 
dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya,

وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ 
dan sesungguhnya dia sangat bakhil karena cintanya kepada harta.

أَفَلا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ 
Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur,

وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ 
dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada,

إِنَّ رَبَّهُمْ بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَخَبِيرٌ 
sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.

Contohi sifat seekor kuda. Di mana kuda yang dimaksudkan secara spesifiknya ialah kuda untuk berperang. Dalam surah ini, telah digambarkan secara terperinci bagaimana kuda ini sangat laju, kuat, bersemangat, bangun pada waktu pagi untuk menyerang, dan berani menyerbu ke-tengah-tengah musuh. 

Bagaimana kita nak contohi sifatnya yang bangun pada waktu untuk menyerang, yang juga membawa erti , seawal pagi, diri sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala apa yang bakal terjadi.
Bagaimana kita nak contohi sifatnya yang berani menyerbu ke tengah-tengah musuh, yang juga memberi erti, kuda tersebut tidak membelakangkan sesiapa, tidak pengecut dan tidak juga penakut dalam menghadapi sesuatu.

Dan ada sebab mengapa diberi contoh kuda, kerana pada zaman rasulullah, kuda antara salah satu aset berharga, di mana kalau mengikut peredaran zaman, kuda itu ibarat satu kenderaan yang 'high class' pada masa kini. Sesuatu yang 'high class' tidak mudah di dapati dan seseorang yang memilikinya biasanya tidak terlepas dengan sifat bakhil. 

Manusia di sini menggambarkan manusia pada zaman rasulullah, di mana mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Kerana cinta kepada harta, yakni kudanya atau yang sewaktu dengannya, mereka bakhil.

Moga diri terpelihara, untuk membelanjakan harta lebih kepada keperluan dari kehendak. Dan apabila memilik sesuatu yang berharga, tidak terlahir pun segelumit perasan riak, malah lagi bermurah hati untuk memberi dari menerima. 


Arif. 

Tuesday, November 18, 2014

We Run The Miles! Full Marathon.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Entri ditulis pada 7:00 PM , 17th of November 2014
Berjuta terima kasih kepada yang turut serta join Penang Bridge International Marathon 2014 ni. Pada mulanya memang ada impian untuk lari full marathon, tapi tengah tunggu the right venue je. And kebetulan terdengar akan ada marathon lari atas jambatan pulau pinang, the 2nd bridge, very new. So I was thinking, why not? I’m lucky to be one of those yang pernah lari atas jambatan ni. So we are the first batch yang merasa marathon atas jambatan baru.

So apa yang menarik sangat 2nd Penang Bridge ni? Also called as Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge.



So feedback from my parents?
Mak : Dapat apa lepas lari 42KM ni?
Me : Dapat medal dengan baju
Mak : Tu je?
Ayah : Dapat experience, awak tak paham. (ayah support ni ^^)

P/S: doa dari mereka kot yang dorong diri finish on time. :) 

Bila fikir balek, its more about my personal achievement. Tapi agak selfish bila ajak kawan-kawan yang rata-rata tak cukup training pun. For the first 20KM bole lari sambil borak lagi. Then after 25KM mule da injured sini sana. Mental diuji dengan teruk sampai badan sudah rabak. Masing-masing fikir mental sendiri , lawan sakit. Tunggu pitstop powergel lama nak mampuih. Kesian dekat kawan-kawan sebenarnya, along the last 5KM run , hati berdoa je untuk kawan-kawan tak injured teruk sangat, because I feel like I am responsible for all. -___-;;
TAPI.
Apa yang kita dapat sebenarnya?

Medal. Bila dibandingkan medal tahun lepas dengan tahun ni, mmg lagi lawa tahun ni, sebab rekabentuk yang agak pelik/unik.

Baju finisher yang lawa super!. Yeah! Salah satu pemangkin semangat untuk habiskan run. Feel proud to wear it! :D

Certificate bagi yang mintak. Can be used for future usage, sapa kata aku tak sukan? Haha.

Towel PBIM 2014, sangat limited tapi aku punye dah hilang. Apedaaa

Experience! Tak selalu lari 6 jam setengah, lagi-lagi atas jambatan pulau pinang. Nak lari kiri kanan freefall jatuh laut, so hang nak p mana?

Keep the Bonding! tight between friends. Orang cakap waktu senang ramai, tapi kawan waktu susah susah nak cari. But unfortunately, aku ada tinggalkan kawan separuh jalan and the last 5KM. Tapi through all the fun and pain, we made it! :D

Personal Achievement. Yeay or nay ? memang maki banyak la waktu lari, semata-mata nak tangani mental. Tapi at the end of finish line, tengok siapa yang bangga? Yeah! Simpan bangga tu dalam peti buat cite kat anak-anak cucu nanti okeh? Nak bangga sangat takley, sbb rekod masa teruk! Haha.

Bukak mata. Yes! Selalu tengok Kenyan lari dalam TV je kan. Bak datang tengok live, aku baru lari 15 KM, da Nampak Kenyan lari balik, that means hes already finish about 30KM. Inspiring kot! So, bila rasa nak bangga lari laju tu, compare yourself with Kenyan. Sudah cukup kah? ;)

Itu baru yang apa yang Nampak dari mata kasar, so what about apa yang terjalin melalui hati setiap org? :P we had fun. Eventually, benda yang gila orang lagi ingat dari benda yang common. So fill you life with something stupid/crazy … you will remember inshaAllah. :D :D :D

Mohon maaf kepada kawan-kawan, kerana aku korang menderita. Bahaha. Tapi kan, bukan selalu nak lari jauh sama-sama. Kenangan yang super punya. Aku tau korang puas hati dpt baju finisher tu. So hopefully, after this jangan tinggal la aktiviti lari ni. Lari walau 5km sekalipun. Sebab dunia ni semakin berasap, udara polluted, rokok sini sana. Jaga la kesihatan, supaya satu generasi sihat. Tambahan pula, rata-rata semua semester akhir. Selalu orang plan gi trip jauh-jauh bagi cipta kenangan manis punya. Tapi bila aku jadi PM, mmg la aku nak dera badan, sbb benda pahit orang tak kan lupa. :D Sebabnya korang termasuk dalam hobi, you all will be remembered! Hoyeah!
Next semester lonely sey lari sorang-sorang.
Take care, focus belajar pula. 

Ohya, siapa kata nasi kandar beratur sedap nak kena pang! takde la sedap mana, nasi kandar kat UIAM pun menang. Tapi alhamdulillah atas rezekiNya. Feedback dari kawan, Nasi Kandar Kapitan sedap, dan alhamdulillah dapat merasa Nasi Kandar Line Clear, walau kedudukan kedainya amat tak strategik (lorong tepi kedai) , tapi mungkin sebab servisnya yang teratur, dan masakan die yang fresh from oven. Makan kat situ sendiri takkan lupa, apatah lagi bersama member kan? :D 

Mission accomplished.
Penang Bridge International Marathon 2014

Masih adakah full marathon lepas ni? Wallahualam. 

Satisfied

Nazrul Arif bin Aliasaa.


Penang Bridge International Marathon GALERIA:

Sebelum begerak @ rektori

First lunch in Penang, at Nasi Kandar Beratur

Masjid Kapitan, near Nasi Kandar Beratur , Georgetown

Wall Street Art, entah mengapa dinding ni jadi tumpuan. XD

We run the miles. Sorg je half, yang lain semua full. Sampai lewat time ni, beratur nek bas panjang glerss.

Blurry because Im running. Sekitar pukul 6:45 pagi. SubhanAllah pemandangan dia! 

Me: Cipeng pandang belakang, lawa do. Cipeng: ngeleng kepala (mental2) XD

Sunrise on the bridge.

5KM to go! 

Menyempatkan diri ke Nasi Kandar Line Clear. Thorbaik baq ang! 


Wednesday, November 12, 2014

That One Thought

Tak sangka bila  hati terpanggil untuk membuat keputusan.
Terasa masih banyak lagi kelemahan diri yang perlu dilengkapi.
Malah, masih mentah lagi dalam bab ni.
Masih adakah masa di dunia ini? 

Ya Allah, ku mohon dalam apa jua keputusanku,
Engkau lah perantaranya, sentiasa ingatkan diri ini ya Allah,
Walau dengan cara memberi musibah sekalipun,
Kerana diri ini sangat perlu peringatan dariMu.

Ingatkan diriku bahawa Engkaulah yang berhak didahulukan,
Engkaulah pemberi rezeki,
Engkaulah yang mengaturkan kesemuanya,
Engkau juga menyelitkan sebutir hikmah di setiap musibah.

Insan yang memerluMu,
Arif.
 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates