Assalamualaikum, Salam Pertemuan
Disebuah cafeteria di UTM terjadilah perbualan berikut antara seorang pelajar baru dengan seorang pensyarah. Pensyarah tersebut adalah penasihat akademik kepada pelajar. Dengarkan perbualan mereka:
Pensyarah : Sekarang anda dah menjadi pelajar UTM apa perasaan anda?
Pelajar : Seronok tuan, saya merasa amat gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran saya di sini.
Pensyarah : Lagi.
Pelajar : Saya harap saya akan dapat belajar dengan baik dan menyesuaikan diri dengan suasana di sini
Pensyarah : Lagi, tak kan itu aje.
Pelajar : Kalau saya ada buat silap tolong tunjuk ajar.
Pensyarah : Apa harapan anda bila dah belajar di sini?
Pelajar : Saya akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan saya, semester lepas saya dapat cpa 3.40 dan saya harap semester ini saya akan dapat cpa lebih baik lagi dan lepas tu grad sebagai graduan yang cemerlang.
Pensyarah : Masih kurang jelas, cuba detailkan lagi.
(Pelajar tersebut agak termanggu dan cuba berfikir)
‘Begitulah adik-adik, kebanyakan kita akan menyatakan impian dan matlamat yang ingin dicapai secara kabur dan tidak berfokus. Itu menyebabkan segala cita-cita kita menjadi angan-angan sahaja. Dan kalau berjaya pun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Cuba ikuti perbualan seterusnya’
Pensyarah : Anda sekarang ni mengambil program Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) dan anda akan bergraduan 3 tahun lagi. Graduan macam mana yang anda nak jadi.
Pelajar : Oh, saya harap saya akan lulus dengan cemerlang dengan kelulusan pangkat pertama dalam kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Komunikasi)
(Katanya setelah agak memahami)
Pensyarah: Dah agak detail tapi masih tak cukup, anda perlu lebih detail lagi, perincikan lagi. Dengan siapa anda nak kongsikan kejayaan ini.Masanya pulak bila?
Pelajar : Dengan ibubapa saya la, kawan-kawan, pensyarah dan masanya 3 tahun lagi.
Pensyarah : 3 tahun tu bila? Dimana, kat mana tempatnya?
Pelajar : Sekarang 2010 maknanya 3 tahun lagi la.. 2012. Tempatnya, masa konvokesyen bulan 8. Ha, di Dewan Sultan Iskandar UTM.
‘Sekarang dah agak detail tapi masih belum mencukupi. Ikuti perbualan selanjutnya’
Pensyarah : Anda pernah masuk, ke Dewan Sultan Iskandar kan, sebelum ini.
Pelajar : Ya.
Pensyarah : Sekarang saya nak anda pejamkan mata. Tarikh nafas……, lepaskan nafas……..,tarik nafas……… Ambil masa anda…. Sekarang saya nak anda bayangkan anda sedang berada di dalam Dewan Sultan Iiskandar. Boleh anda bayangkan?
Pelajar : Ya
Pensyarah : Masa tu Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, bulan 8 tahun 2012. Bayangkan suasananya…, panas atau sejuk….., terang atau gelap….., bayangkan pemandangan…. dan warna….. yang ada disitu, orang ramai…, bunyian yang ada… dan anda sedang berada di anak tangga untuk menuju ke pentas. Boleh anda bayangkan?…
Pelajar : Boleh.
Pensyarah : Anda mendengar pengumuman di buat yang menyebut anda (nama anda) dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) dengan anugerah kecemerlangan pelajaran diraja, diiringi dengan tepukan gemuruh dari ibu bapa, para graduan dan orang ramai. Anda pun mula melangkah menaiki tangga, berjalan menuju Canselor UTM untuk menerima scroll ijazah anda. Pandang mukanya. Dengarkan ucapan tahniah darinya. Pegang scroll anda. Anda mendengar orang ramai bertepuk tangan meraikan kejayaan anda. Boleh anda bayangkan?
Pelajar : Ya
Pensyarah : Apabila anda turun dari pentas anda terus berjumpa dengan ibubapa anda dan menerima ucapan tahniah dan peluk cium dari orang yang anda sayangi. Rasai pelukannya. Kawan-kawan juga datang dan mengucapkan tahniah kepada anda. Anda merasa amat gembira dan anda juga telah diraikan dalam satu majlis jamuan dan menerima jemputan untuk makan semeja dengan Yang Teramat Mulia Tuanku. Anda merasa amat bertuah. Kejayaan itu adalah milik anda.
Pensyarah : Sekarang saya nak anda tarikh nafas…..lepaskan nafas….tarikh nafas…lepaskan nafas dan buka mata anda perlahan-lahan bila anda telah bersedia….
Ha, bagaimana perasaan anda pembaca sekalian, saya percaya anda mengikuti perbualan ini dengan penuh minat. Dengan berbuat begitu sebenarnya anda sedang melukis di minda anda matlamat yang anda ingin capai (gunakan matlamat anda, macam-macam yang anda nak kan?). Wayang gambar itu inshallah akan menjadi kekal dan bukan lagi sesuatu yang di reka-reka dalam minda anda. Inshallah minda bawah sedar anda akan bekerja untuk menjadikan impian anda itu suatu kenyataan.
dipetik dari http://smartz.wordpress.com/