Sunday, March 13, 2011

Wayang Gambar,Cerita Anda.

Assalamualaikum, Salam Pertemuan
Disebuah cafeteria di UTM terjadilah perbualan berikut antara seorang pelajar baru dengan seorang pensyarah. Pensyarah tersebut adalah penasihat akademik kepada pelajar. Dengarkan perbualan mereka:
Pensyarah : Sekarang anda dah menjadi pelajar UTM apa perasaan anda?
Pelajar : Seronok tuan, saya merasa amat gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran saya di sini.
Pensyarah : Lagi.
Pelajar : Saya harap saya akan dapat belajar dengan baik dan menyesuaikan diri dengan suasana di sini
Pensyarah : Lagi, tak kan itu aje.
Pelajar : Kalau saya ada buat silap tolong tunjuk ajar.
Pensyarah : Apa harapan anda bila dah belajar di sini?
Pelajar : Saya akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan saya, semester lepas saya dapat cpa 3.40 dan saya harap semester ini saya akan dapat cpa lebih baik lagi dan lepas tu grad sebagai graduan yang cemerlang.
Pensyarah : Masih kurang jelas, cuba detailkan lagi.
(Pelajar tersebut agak termanggu dan cuba berfikir)
‘Begitulah adik-adik, kebanyakan kita akan menyatakan impian dan matlamat yang ingin dicapai secara kabur dan tidak berfokus. Itu menyebabkan segala cita-cita kita menjadi angan-angan sahaja. Dan kalau berjaya pun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Cuba ikuti perbualan seterusnya’
Pensyarah : Anda sekarang ni mengambil program Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) dan anda akan bergraduan 3 tahun lagi. Graduan macam mana yang anda nak jadi.
Pelajar : Oh, saya harap saya akan lulus dengan cemerlang dengan kelulusan pangkat pertama dalam kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Komunikasi)
(Katanya setelah agak memahami)
Pensyarah: Dah agak detail tapi masih tak cukup, anda perlu lebih detail lagi, perincikan lagi. Dengan siapa anda nak kongsikan kejayaan ini.Masanya pulak bila?
Pelajar : Dengan ibubapa saya la, kawan-kawan, pensyarah dan masanya 3 tahun lagi.
Pensyarah : 3 tahun tu bila? Dimana, kat mana tempatnya?
Pelajar : Sekarang 2010 maknanya 3 tahun lagi la.. 2012. Tempatnya, masa konvokesyen bulan 8. Ha, di Dewan Sultan Iskandar UTM.
‘Sekarang dah agak detail tapi masih belum mencukupi. Ikuti perbualan selanjutnya’
Pensyarah : Anda pernah masuk, ke Dewan Sultan Iskandar kan, sebelum ini.
Pelajar : Ya.
Pensyarah : Sekarang saya nak anda pejamkan mata. Tarikh nafas……, lepaskan nafas……..,tarik nafas……… Ambil masa anda…. Sekarang saya nak anda bayangkan anda sedang berada di dalam Dewan Sultan Iiskandar. Boleh anda bayangkan?
Pelajar : Ya
Pensyarah : Masa tu Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, bulan 8 tahun 2012. Bayangkan suasananya…, panas atau sejuk….., terang atau gelap….., bayangkan pemandangan…. dan warna….. yang ada disitu, orang ramai…, bunyian yang ada… dan anda sedang berada di anak tangga untuk menuju ke pentas. Boleh anda bayangkan?…
Pelajar : Boleh.
Pensyarah : Anda mendengar pengumuman di buat yang menyebut anda (nama anda) dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) dengan anugerah kecemerlangan pelajaran diraja, diiringi dengan tepukan gemuruh dari ibu bapa, para graduan dan orang ramai. Anda pun mula melangkah menaiki tangga, berjalan menuju Canselor UTM untuk menerima scroll ijazah anda. Pandang mukanya. Dengarkan ucapan tahniah darinya. Pegang scroll anda. Anda mendengar orang ramai bertepuk tangan meraikan kejayaan anda. Boleh anda bayangkan?
Pelajar : Ya
Pensyarah : Apabila anda turun dari pentas anda terus berjumpa dengan ibubapa anda dan menerima ucapan tahniah dan peluk cium dari orang yang anda sayangi. Rasai pelukannya. Kawan-kawan juga datang dan mengucapkan tahniah kepada anda. Anda merasa amat gembira dan anda juga telah diraikan dalam satu majlis jamuan dan menerima jemputan untuk makan semeja dengan Yang Teramat Mulia Tuanku. Anda merasa amat bertuah. Kejayaan itu adalah milik anda.
Pensyarah : Sekarang saya nak anda tarikh nafas…..lepaskan nafas….tarikh nafas…lepaskan nafas dan buka mata anda perlahan-lahan bila anda telah bersedia….
Ha, bagaimana perasaan anda pembaca sekalian, saya percaya anda mengikuti perbualan ini dengan penuh minat. Dengan berbuat begitu sebenarnya anda sedang melukis di minda anda matlamat yang anda ingin capai (gunakan matlamat anda, macam-macam yang anda nak kan?). Wayang gambar itu inshallah akan menjadi kekal dan bukan lagi sesuatu yang di reka-reka dalam minda anda. Inshallah minda bawah sedar anda akan bekerja untuk menjadikan impian anda itu suatu kenyataan.

dipetik dari http://smartz.wordpress.com/

Friday, February 18, 2011

3 Idiots sumber inspirasi.

3 IDIOTS






salam...thn lepas da kuar cite '3 idiots' ni. time tu ramai kwn kecoh ckp cite ni best sgt2.. dlm pikiran aku... "aaah,ni mesti cite lawak bodo mcm scary movies"..so aku da set mind aku xnak tgk la cite mcm tu... (ceh2,bajet baik ^_^) lpas tu aku tnye kwn aku "cite ni cite omputeh ke?" so kwn aku bls. "xla,cite hindustan...best gle wey" ... satu perkataan yg mengejutkan aku... kwn2 aku sume gile hindustan ke ??? :S so otomatik mindset aku trus reject tgk cite hindustan.. (ye ar, mane x nye...dari kecik smpai form 3 tgk cite hindustan...bley janji tiap cite mesti ada nyanyi,tarian keliling batang pokok..n so on) so agak lame gak ah aku x tgk...dlm setahun lebey. Then satu hari tu..time cuti panjang.. mmg sngap gle ah duk rumah. so pe lagi, cari la cite untuk ditonton :D ...kebetulan parent plak baru bli dvd cite '3 Idiots' .. mmg aku amik trus pasang kat computer. starting agak blur laaa..n lawak diorang dpt diterima dgn hati terbuka :) :) :)... bley ckp aku xkelip mata pun tgk cite tu...aku tgk perjalanan cite tu menarik sgt.ada la terdetik...hati aku ckp 'nape la xamik diploma,bley wat byk praktikal' ...tpkn,xbaik pertikaikn bnda da jd,xbrsyukur namenye. So, aku terima je la...cume mmg 'brilliant' la cite ni... Punye byk cite gmpak kat luar sane, dgn robot2,kete tuka machine pelbagai,cite cintan2 USA,cite pelawak yg mmperbodohkan diri die sndiri,grafik sini,grafik sana..kualiti bagus... tp aku rase tahap 'pendidikan' kat cite USA amatlah kurang.. (maybe ble US nak smpaikn pendidikan menerusi budaya diorang, xserasi dgn agama islam kot) ... tp xdpt dinafikan la, maybe sum of movie diorang diterima pakai sbgai pelajaran or pengajaran...

punyelah kagum tgk cite '3 idiots' ni smpai ckp dlm hati "ni knfm jadi top movie 2009 ni.. tuptuptup, cite lain plak naik... ape yg penonton nak tgk sbnarnye dari movie2 ni? adakah babak yg bley membentuk diri? pelakon yg seksi? or hanya nak seronok2? c'mon la :) tp walaupun x menang tmpt no 1, yg penting bukan ranking... yg penting mesej sesebuah movie yg disampaikan..sbgai penuntut bidang kejuruteraan...aku dpt rase perkara yg cube di ketengahkan dlm filem tersebut. dan itu sedikit sebanyak memberi inspirasi utk aku.. (sekejap je la.haha, kalau nak berterusan tgk la tiap hari.haha.)

bg aku,cite ni 'great'.sempoi.pelakon top.lakonan die smpai kat diri penonton.mesej die berguna.pengajaran byk.kata2 nasihat pun bley tahan gak ah. Tp xkan nak sokong cite luar je an... Ble malaysia nak wat cite mcm ni wei!!! xyah la cite pasal cinta2 antara 2 insan...udah2 la tu. daripada hanyut dibuai cintan lebih baik bentuk diri sndiri. kan2? :D

ni sdikit slot skrip yg bg aku memberi dorongan kpd aku. (xsemestinye blaja theory xbaguih, tp amik initiative sendiri le nak apply bnda yg kite blaja') :

"Never study to be successfull,study for self efficiency"
"Don't run behind success,follow behind excellence,success will come all way behind you"

Gudluck!! :)
 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates