Tuesday, November 18, 2014

We Run The Miles! Full Marathon.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Entri ditulis pada 7:00 PM , 17th of November 2014
Berjuta terima kasih kepada yang turut serta join Penang Bridge International Marathon 2014 ni. Pada mulanya memang ada impian untuk lari full marathon, tapi tengah tunggu the right venue je. And kebetulan terdengar akan ada marathon lari atas jambatan pulau pinang, the 2nd bridge, very new. So I was thinking, why not? I’m lucky to be one of those yang pernah lari atas jambatan ni. So we are the first batch yang merasa marathon atas jambatan baru.

So apa yang menarik sangat 2nd Penang Bridge ni? Also called as Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge.



So feedback from my parents?
Mak : Dapat apa lepas lari 42KM ni?
Me : Dapat medal dengan baju
Mak : Tu je?
Ayah : Dapat experience, awak tak paham. (ayah support ni ^^)

P/S: doa dari mereka kot yang dorong diri finish on time. :) 

Bila fikir balek, its more about my personal achievement. Tapi agak selfish bila ajak kawan-kawan yang rata-rata tak cukup training pun. For the first 20KM bole lari sambil borak lagi. Then after 25KM mule da injured sini sana. Mental diuji dengan teruk sampai badan sudah rabak. Masing-masing fikir mental sendiri , lawan sakit. Tunggu pitstop powergel lama nak mampuih. Kesian dekat kawan-kawan sebenarnya, along the last 5KM run , hati berdoa je untuk kawan-kawan tak injured teruk sangat, because I feel like I am responsible for all. -___-;;
TAPI.
Apa yang kita dapat sebenarnya?

Medal. Bila dibandingkan medal tahun lepas dengan tahun ni, mmg lagi lawa tahun ni, sebab rekabentuk yang agak pelik/unik.

Baju finisher yang lawa super!. Yeah! Salah satu pemangkin semangat untuk habiskan run. Feel proud to wear it! :D

Certificate bagi yang mintak. Can be used for future usage, sapa kata aku tak sukan? Haha.

Towel PBIM 2014, sangat limited tapi aku punye dah hilang. Apedaaa

Experience! Tak selalu lari 6 jam setengah, lagi-lagi atas jambatan pulau pinang. Nak lari kiri kanan freefall jatuh laut, so hang nak p mana?

Keep the Bonding! tight between friends. Orang cakap waktu senang ramai, tapi kawan waktu susah susah nak cari. But unfortunately, aku ada tinggalkan kawan separuh jalan and the last 5KM. Tapi through all the fun and pain, we made it! :D

Personal Achievement. Yeay or nay ? memang maki banyak la waktu lari, semata-mata nak tangani mental. Tapi at the end of finish line, tengok siapa yang bangga? Yeah! Simpan bangga tu dalam peti buat cite kat anak-anak cucu nanti okeh? Nak bangga sangat takley, sbb rekod masa teruk! Haha.

Bukak mata. Yes! Selalu tengok Kenyan lari dalam TV je kan. Bak datang tengok live, aku baru lari 15 KM, da Nampak Kenyan lari balik, that means hes already finish about 30KM. Inspiring kot! So, bila rasa nak bangga lari laju tu, compare yourself with Kenyan. Sudah cukup kah? ;)

Itu baru yang apa yang Nampak dari mata kasar, so what about apa yang terjalin melalui hati setiap org? :P we had fun. Eventually, benda yang gila orang lagi ingat dari benda yang common. So fill you life with something stupid/crazy … you will remember inshaAllah. :D :D :D

Mohon maaf kepada kawan-kawan, kerana aku korang menderita. Bahaha. Tapi kan, bukan selalu nak lari jauh sama-sama. Kenangan yang super punya. Aku tau korang puas hati dpt baju finisher tu. So hopefully, after this jangan tinggal la aktiviti lari ni. Lari walau 5km sekalipun. Sebab dunia ni semakin berasap, udara polluted, rokok sini sana. Jaga la kesihatan, supaya satu generasi sihat. Tambahan pula, rata-rata semua semester akhir. Selalu orang plan gi trip jauh-jauh bagi cipta kenangan manis punya. Tapi bila aku jadi PM, mmg la aku nak dera badan, sbb benda pahit orang tak kan lupa. :D Sebabnya korang termasuk dalam hobi, you all will be remembered! Hoyeah!
Next semester lonely sey lari sorang-sorang.
Take care, focus belajar pula. 

Ohya, siapa kata nasi kandar beratur sedap nak kena pang! takde la sedap mana, nasi kandar kat UIAM pun menang. Tapi alhamdulillah atas rezekiNya. Feedback dari kawan, Nasi Kandar Kapitan sedap, dan alhamdulillah dapat merasa Nasi Kandar Line Clear, walau kedudukan kedainya amat tak strategik (lorong tepi kedai) , tapi mungkin sebab servisnya yang teratur, dan masakan die yang fresh from oven. Makan kat situ sendiri takkan lupa, apatah lagi bersama member kan? :D 

Mission accomplished.
Penang Bridge International Marathon 2014

Masih adakah full marathon lepas ni? Wallahualam. 

Satisfied

Nazrul Arif bin Aliasaa.


Penang Bridge International Marathon GALERIA:

Sebelum begerak @ rektori

First lunch in Penang, at Nasi Kandar Beratur

Masjid Kapitan, near Nasi Kandar Beratur , Georgetown

Wall Street Art, entah mengapa dinding ni jadi tumpuan. XD

We run the miles. Sorg je half, yang lain semua full. Sampai lewat time ni, beratur nek bas panjang glerss.

Blurry because Im running. Sekitar pukul 6:45 pagi. SubhanAllah pemandangan dia! 

Me: Cipeng pandang belakang, lawa do. Cipeng: ngeleng kepala (mental2) XD

Sunrise on the bridge.

5KM to go! 

Menyempatkan diri ke Nasi Kandar Line Clear. Thorbaik baq ang! 


Wednesday, November 12, 2014

That One Thought

Tak sangka bila  hati terpanggil untuk membuat keputusan.
Terasa masih banyak lagi kelemahan diri yang perlu dilengkapi.
Malah, masih mentah lagi dalam bab ni.
Masih adakah masa di dunia ini? 

Ya Allah, ku mohon dalam apa jua keputusanku,
Engkau lah perantaranya, sentiasa ingatkan diri ini ya Allah,
Walau dengan cara memberi musibah sekalipun,
Kerana diri ini sangat perlu peringatan dariMu.

Ingatkan diriku bahawa Engkaulah yang berhak didahulukan,
Engkaulah pemberi rezeki,
Engkaulah yang mengaturkan kesemuanya,
Engkau juga menyelitkan sebutir hikmah di setiap musibah.

Insan yang memerluMu,
Arif.

Thursday, October 30, 2014

You and Your Dreams.


"No Boundaries"


Seconds, hours, so many days
You know what you want but how long can you wait?
Every moment lasts forever
When you feel you lost your way

And what if my chances were already gone?
Started believing that I could be wrong
But you give me one good reason
To fight and never walk away

So here I am still holding on

With every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe
You make it through the pain, weather the hurricanes
To get to that one thing

Just when you think the road is going nowhere
Just when you almost gave up on your dreams
They take you by the hand and show you that you can
There are no boundaries!
There are no boundaries!

I fought to the limit to stand on the edge
What if today is as good as it gets?
Don't know where the future's headed
But nothing's gonna bring me down

I've jumped every bridge and I've run every line
I've risked being saved but I always knew why
I always knew why!

So here I am still holding on

With every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe
You make it through the pain, weather the hurricanes
To get to that one thing

Just when you think the road is going nowhere
Just when you almost gave up on your dreams
They take you by the hand and show you that you can

You can go higher, you can go deeper
There are no boundaries above and beneath you
Break every rule 'cause there's nothing between you and your dreams

With every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe

Yeah! There are no boundaries
There are no boundaries!

With every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe
You make it through the pain, weather the hurricanes
There are no boundaries!
There are no boundaries!
There are no boundaries


Lyric yang sgt superb! some of the motivational song when you in need of reason to hold on to something you fought for a long time. When you feel like giving up, think twice....think again okey? Caiyok2. :D 

Mudah terinspirasi,
Arif Aliasaa

Thursday, October 23, 2014

r.a.n.d.o.m thought.

Tajuk nak catch attention. haha. nothing special, press Alt+F4 please. :D

Dia yang ku rujuk as bakal calon.
Tak ada yang aku inginkan selain seorang yang ikhlas untuk menjadi dirinya.
Yang adanya niat untuk berhijrah kepada yang lebih baik.
Tak semesti yang baik akan kekal baik. Yang jahat akan kekal jahat.
Amal boleh dipupuk, cumanya  buka hati luaskan pandangan.

Hubungan yang tidak halal hanya akan lebih merosakkan daripada menyempurnakan.
Tapi ramai je yang aku tengok pengakhiran 6 tahun bersama, rumahtangga boleh kekal kukuh dan utuh.
Rezeki mereka Allah yang aturkan.
Tapi cuma terngiang-ngiang dalam kepala, ada ustaz pesan, "biarlah perkahwinan itu dilaksanakan dengan cara yang Islam sarankan baik sebelum, semasa dan selepas".

Tapi, kenapa tiba-tiba isu kahwin boleh terlepas dalam blog ni?
citenye 13 Disember nanti, ada walimah bagi dua org member yang ku kenal sejak first year lagi.
Happy for them! :D

P/S: hargai mak ayah please. Mereka Raja dan Permaisuri hati. ^^

Nazslash.

Regretful decision

Sukar untuk buat keputusan ni actually.
Harap yang lain memahami, tak da niat nak lukakan hati sesiapa ke apa.
Cuma bila diberi priority kepada pentingnya pelajaran dalam tahun akhir, diri rasa macam terpanggil untuk bertindak sebegini.
Sukar, susah. Tapi for the sake of my future. Leave group je pun.
Walau kebarangkalian untuk the whole team members untuk baca entri ni sangat lah impossible, so let it be written here.

Kepada group yang bergelar keluarga. Ada yang lain dari yang dulu. Tak berhak untuk aku tegur semua, kerana yang bertanggungjawab hanya seorang. Tapi rasanya dah diluahkan kepada yang berkaitan, harapkan bertindak, jangan hanya memerhati. Cukup lah nanti sampai masa ingin aku sampaikan kepada semua.

Lonely sey dah takde group yang bising, celotehnya cukup untuk buat diri tergelak, tersenyum sendirian.
This is the best way. Jumpe lain kali wahai sekalian gemoks.

Diri yang hilang.

Take care,
Arep.

Sunday, September 14, 2014

Hati & Doa

''Jangan simpan seseorang dalam hati, hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang dalam doa, kerana doa tercatat dilangit selamanya.'' -Ustaz Haron Din-

Hailaa, 
Assalamualaikum,
Bicara soal ketentuan, sebaik mana perancangan manusia, rancangan Allah melebihi segala. Kekadang dah have everything in plan, tiupan angin sahaja dapat mengubah hala tuju sesebuah plan, tapi apakan daya, mengeluh selama mana pun, telah tertulis itulah yang seadanya. 

Sedar akan kelemahan diri, tapi ingin jadi yang lebih baik. Dari dulu memang selalu berdoa, ya Allah temuilah diriku dengan seseorang yang dapat mengubah diriku ke arah yang lebih baik, alhamdulillah dari first year hingga sekarang seolah-olah pertemuan bersama sahabat-sahabat daripada UIA mahupun dari luar seperti dah dirancang. 

Pertemuan kenalan dari pelbagai background alhamdulillah membuatku lebih fikiran terbuka dari dulunya. Terbuka untuk menerima kritikan, respon kepada sebuah kritikan dan juga cuba cari jalan untuk 'improve' kan diri dari semasa ke semasa. Cumanya, mungkin kerana sifat manusia yang tidak akan sempurna, sedikit demi sedikit hati ini lalai dengan keduniaan. Masih jauh lagi rasanya untuk mencari ketenangan di hati. Bila hati gagal untuk ingat Allah, mana mungkin Allah akan mendahului doa kita? tapi walau kita berbuat jahat sekali pun, se saat lepas tu kita insaf , sebenar-benar insaf, inshaAllah Allah terima. Tapi sempatkah kita untuk berbalik ke jalanNya sedangkan insan yang baru mencecah belasan tahun, Allah telah mengutuskan malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya. 

Diri ini tidak sehebat mana, 
untuk menandingi insan-insan yang jauh lebih hebat,
Kekadang rasa ada yang lagi berhak,
Saat hati berbicara 'mahu', 
badan wajib utk bertindak,
Hanya boleh berusaha ke arah lebih baik,
Moga Allah pelihara semuanya,
Sampai satu saat, inshaAllah mendapat restu dari Allah.

Hati ini berbolak balik sifatnya,
Hati ini juga Allah yang pegang,
Menguruskan hati bukan perkara yang senang,
Bila mata menjadi kabur,
Pilihan menjadi sukar,
Apatah lagi hati? 

Serahkan soal hati padaNya,
Kerana Dialah pencipta hati,
Doa ialah segalanya.

Diri ini hanya mampu untuk menyelitkan hajat di dalam doa,
Bukan hanya untuk mendoakan agar hajat dimakbulkan, 
Tapi juga untuk Allah mendamaikan hati, 
Bila sesuatu mungkin Allah tidak perkenankan.

Allah, make me a better person tomorrow.

NAA.

Wednesday, September 10, 2014

Dari lensa mata

Lain, berbeza.

Itu yang diri ini nampak tatkala melihat mereka training.
Hargai setiap masa. Bagiku, sebelum ni biarkan setiap training itu berbaloi, yakni datang training tak sia-sia. Tapi bagaimana mau menerapkan that motivation to this new generation ? 

Bila bercakap pasal generasi, baru sekarang ku mengerti, tampak jelas di mata. 
Apa yang aku nampak, tiada self-driven untuk diri sendiri training, self learning orang panggil.

Bukan untuk menuding jari menyalahkan sesiapa, cumanya rasa diri ini kena juga sekali join tournament bersama generasi baru, tunjukkan cara macam mana nak memburu medal, bukan untuk riak, walhal diri ini pun pencapaian tak tinggi mana. 

Mungkin mereka masih baru, itu yang aku fikir. Betul, tapi mungkin atas faktor kurang kebersamaan team dengan coach. InshaAllah , I'm looking forward nak tengok sesi latihan sepanjang semester baru. Biar diri ini tak aktif, tapi masih ambil tahu adik-adik yang semangatnya sama macam diri ini suatu ketika dahulu. Sungguh masa pantas berlalu. 

Apa yang mampu , aku tolong. 
Sedih tak dapat nak bertanding lagi,
Apakan daya, musibah terjadi tanda Allah bagi warning.
Sekaligus menyentap diriku. 

Aku harap mereka faham, walaupun aku hanya berdiam diri. Ada sebab atas semua perlakuanku. 
IIUM Silat Team sebahagian dari darah dagingku.

Sekian. 

Feeling concern,
Nazrul Arif Aliasaa.
 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates