Friday, February 21, 2014

Tersekat, keliru.

Ya Allah. Saat masuknya menara gading, diri ni akur dengan indahnya suasana di sini. Pokok didirikan sehijau-hijaunya, masjid tersergam indah tatkala pengunjung masuk ke dalam campus, fountain yang bertapak teguh menyambut tetamu dengan berukirkan 'Iqra' yang menganjur pengunjung untuk membaca dalam menimba ilmu, awan & langit yang tak berhenti-henti menceriakan makhluk yang berada dibawah payungnya, matahari yang menjadi saksi aktiviti harian mahasiswa/wi sepanjang hari , nama-nama Kuliyyah dan kediaman yang mem'promote' sahabat-sahabat rasulullah serta sifatnya dan struktur bangunan yang bagi aku sangat unik dan menginsafkan.

Purpose of being in the campus.
Benar, academic. Mana-mana ibu-bapa setuju, akur. Bila disoal dan diperdebatkan "apa tujuan masuk universiti?" tak ada jawapan muktamad selain untuk mendapatkan segulung ijazah. Ya Allah, mahalnya ilmu itu bukannya ijazah, cumanya dunia sekarang mengambil kira 'ijazah' sebagai tiket masuk ke fasa seterusnya iaitu fasa pekerjaan. TAPI, saat aku masuk, diriku 'blur' , tak tahu, 'speachless' , sering bertanya diri ini akan berakhir di mana? selepas graduasi, apa yang akan menanti? . Waktu itu buntu, gelap, kabur.

Itu DULU.

Sedar, sewaktu 'first year' bidang akademik bukan matlamat aku. Atleast, itu fakta untuk diri aku seorang. Aku cari benda yang aku suka. Jadi 'passion' , hobi. Terjebak dengan IIUM Silat Team. Memang seronok, sebab aku dah ada 'basic' tapak dalam silat, untuk mencebur diri dalam Sukan Pencak Silat satu 'step forward' bagi atlet-atlet yang baru nak mula berkecimpung dalam arena persilatan.

Aku dah ada matlamat.

Matlamat untuk mengubah diri. Ditanamkan juga impian untuk bina badan. Atleast something yang boleh seronokkan hati sendiri. Memang , konfiden tu tinggi bila kita selesa dengan badan sendiri. Badan yang kita 'pakai' seharian. Tapi niatnya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah diri, niat untuk suka-suka. Setelah lama berkecimpung dalam arena persilatan, aku sedar , aku punya 'awareness' dalam aspek lain meningkat, aku mula belajar untuk berusaha 'work hard to get' , percaya diri sendiri, 'motivate' orang lain, memimpin pasukan, berurusan dengan orang, mengenal apa itu sebenarnya protokol dan macam-macam. Syukur, syukur, syukur, Allah membuka mata aku untuk memandang dunia melalui pasukan yang aku sanjung tinggi, IIUM Silat Team.

Dan sekarang, aku masih aktif dalam team Pencak Silat UIAM.

Matlamat berubah, dengan hanya untuk mengubah diri tak cukup. Selepas lepak dengan atlet-atlet Malaysia, aku jeles. Dengki, dengki ke arah kebaikan. Pengalaman mereka sangat manis. Aku ambil keputusan untuk 'cuba' dapatkan pingat untuk team silat UIAM. Tapi, aku mula berjuang untuk diri sendiri dahulu. Percubaan aku dengan berkampung di pergunungan membawa hasil, pingat perak dalam kejohanan peringkat IPT yang paling tinggi pada ketika itu. Puas. Berbaloi. Alhamdulillah.Secara tak langusng nama universiti naik. Syukur dapat 'contribute' something to IIUM.

Kejohanan demi kejohanan berlalu. Target game-game yang masih belum dalam tangan ialah UPSI Open dan Pendekar Seabad. InshaaAllah tahun ni berkesampaian untuk aku merasa UPSI Open. Dapat pingat atau tak memang diluar sasaran dek kerana pengadilan yang tak jelas. So, dari aku kecewa, might as well I dont raise the bar too high. Banyak mengajar aku jangan berharap kepada benda yang tak pasti. Lebih rela jadi people's champion rather than winning without the quality of performance. Tapi at the same time, usaha itu 'priority' dalam setiap kerja. Senang cakap, buat tengok!

Kekecewaan, aku terlepas game SukanIPT 2014. Kejohanan hanya berlangsung dua tahun sekali. Terlepas, melepas. Hanya boleh pasrah. Aku tahu, pressure seorang budak final year amat lain especially majoring in engineering that requires you to do researches, experimentation and documentation. Final year pengukur apa yang kita belajar selama ni dari first to third year. If you are not good at it, then what are you doing actually around the campus? seringkali bertanyakan soalan tu. Refleksi diri.

Bahang final year kian terasa. Jetlag, culture shock, semua ada. Tapi , I must adapt and improvise.  Adapt dengan keadaan sekarang, not focusing on the problem itself , but find out the solution. Kekuatan hati mengatasi segala, if you do it with your heart, all will come out well.

Take A Deep Breath.
Slow, aku kena slow down aktiviti sukan. That doesn't mean tak tunjukkan muka langsung, tapi perlukan cuti satu sem untuk handle 'Final Year Project 2' next sem. Aku harap yang lain memahami. Silat will be a part of my life, along all the people I met until now. You guys are my family. Enjoy of what it is now, although tomorrow will be a farewell day for some final year students. May you be successful in your life, remember all the pain that bring you to the whole new level in your life. Apply it in your next phase of life, working life, love life and so on. Caiyok!

I have big dreams same like others, having successful professor and doctor sharing their experience with me making my dreams alive. At sometime I feel like it is impossible. But, I'll try. World, watch out! :D

Wednesday, February 19, 2014

We R Exposed. Facebook!








Assalamualaikum, salam 18 Rabiul Akhir 1435 Hijrah.

Suke nak berkongsi pengalaman, cerita yang di'share' oleh sahabat sebilik. Minggu lepas beliau menghadiri satu kelas "Cyber Crime". Janggalnye bila kelas tu dibuat hari sabtu, dan lebih janggal kawan aku tu bangun plak dat morning, selalunye morningnya pukul 2 petang. Seingat aku time tu aku 'On the way' dari UiTM Shah Alam nak uruskan hal berkaitan pinjaman barang silat oleh PESAKA Malaysia. Okey, back to topic.

Seperti yang semua maklum, facebook... satu "Social Network" ibarat dadah. Ketiadaannya boleh membuatkan seseorang gila. Tak kurang juga kepada yang login just untuk "STALKing" kan? ;) Isu ni dah didebat oleh Ustaz Zaharuddin sendiri, ulamak terkenal di Malaysia. Seorang penuntut Ilmu Allah dalam bidang Usuluddin (Bachelors), Shar'iah (Masters) dan Syariah and Islamic Finance (Ph.d). Penghijrahan menuntut ilmu beliau dari UM, Malaysia ke Jordan , ke United Kingdom dan kembali ke tanah air Malaysia.

Post beliau berkenaan "Dosa-dosa & Facebook" boleh dilayari di SINI
Apa yang nak dikupaskan , di samping banyak dosa-dosa yang diterima secara tidak langsung, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Haa, ni copy direct punya. Selesai mukadimah. Next!

CYBER CRIME , CYBER SECURITY.


Minggu lepas, UIAM dihadiri oleh dua orang dari Facebook Malaysia, Hazriq dan Aaron. Kelas yang dihadiri oleh sahabat aku ni merupakan kelas ganti untuk "weekdays", mungkin disebabkan kelapangan masa oleh kakitangan dari Facebook Malaysia untuk hadir memberi satu "Talk" atau amaran kepada budak-budak yang mengambil jurusan ICT. Oh, terlupa, sahabat aku sorang ni amik jurusan Computer Science, ICT. ^__^. Namun "Talk" ni dijalankan dalam bentuk kelas biasa. Kedatangan mereka ke UIAM tak dihebahkan, bagi aku yang super minat bahagian computer, IT, gadget, teknologi ni memang sangat sangat rugi bila tak dapat nak turut serta.


Menurut beliau, okey tak perlu nak formal sangat. Diorang terangkan macamana "CyberTheft" ni beroperasi. Diorang ni bukanlah sebodoh yang disangka, penglibatan perompak-perompak siber ni dalam bidang IT sahaja dah membuktikan diorang mampu nak "Think outside of the box" yakni diorang ni pandai sebenarnya. Mungkin lepasan budak degree, master? Siapa tahu. Okey contoh nya, *ni sebijik mcm kawan aku habaq mai kat aku.huhu* perhatikan gambar di bawah (copyright to Prof Google kita).


Gambar contoh, amik direct dr google search "rumah saya". Mujur bukan di Malaysia.
Gambar atas kelihatan sebuah rumah, mungkin antum pernah nak share "Hometown" dekat facebook. Selalunya facebook akan tanya suro update hometown kita. Kita plak semangat nak bagi jawapan A+ , maka alamat yg dibubuh memang sangat tepat dan "accurate". Bukan salah kita, sebab kita tak tahu. Tapi salah kita sebab kita tak amik tahu! Perhati "blue" circle, rectangle, hexagon ngan diamond tu, seorang "CyberTheft" akan 'alert' pasai pintu-pintu untuk masuk, termasuklah bahan pintu garaj diperbuat dari apa, tingkap ada grill ke tak, lubang asap tu tinggi mana. Sekali pandang, macam-macam idea dah masuk dlm pikiran si penjenayah ni.

In a nutshell, berhati-hati kalau nak share tu. Sebelum tekan "share" tu pk la bebyk. Lagi-lagi gambar yg berkaitan dengan tempat duk kita.

Sadtruth/Uglytruth , semua data-data di facebook telah di'SAVE' di database Amerika Syarikat di 1601 Willow Rd, Menlo Park, CA 94025, United States. 


Bak kata kawan aku, dah terlambat nak tarik balik, kalau delete pun tarak guna, cuma apa yang boleh buat sekarang , planning for the future. Bagaimana kita nak anak-anak , cucu-cicit kita hidup dengan facebook, kerana gelombang facebook semakin besar sehingga jadi keperluan asas dalam harian. 



Dalam penyampaian ilmiah mereka (Aaron dan Hazriq), sentuh juga kisah "Social Engineering" , ia adalah satu term yang mendefinisikan "Love Scam". Tipuan dari aspek percintaan dalam bahasa melayunya, aiceh! Banyak terjadi di Australia di mana kaum wanita di negara sana banyak tertipu dengan love scam warga Afrika. Penipuan dari segi "materialistic". Benda sama dah lama berlaku kat Malaysia, ketagihan cinta sampai isteri orang pun terjebak dalam "Love Scam". Ape kaum lelaki melayu ni tak cukup ke hebat ke? -___-Yang peliknye, sering terjadi membabitkan si "Awang Hitam". 



Seterusnya usik pula bab kekuatan password facebook. Mana yang selalu main game 'online' , kerap sekerap-kerapnya sampai semua password nak bubuh sama. Sedarkah password tu senang untuk diingat, TAPI lagi senang untuk di'hack'. Susunan password adalah mengikut 'insertion' , 'substitution', 'misspelling', 'backwards', 'repitition', 'key sequence' dan 'dictionary'. Kekuatan password seseorang bukanlah diukur dengan betapa senangnya untuk password itu diingat, TAPI betapa susahnya seseorang untuk meng'agak' atau buat trial & error untuk crack password kita. Set of algorithm biasanya digunakan untuk Crackers di luar sana. Probabilities yang diajar , memang di'apply' 100%. Rugi tak fokus dalam kelas time kuliah.haha :D



Passfault Demo : Click Here

Password seharian yang aku guna boleh di'crack' dalam 2 bulan sahaja. Ce tengok korang punya berapa? Kawan aku dalam berpuluh ribu Centuries. Password macam tu sampai kiamat pun crackers tak kan dapat tahu. haha.


Bagi student dalam bidang pengajian lain, mungkin kurang kesedaran, tapi untuk siapa yang mengambil jurusan computer, IT dan sbgainya , time ni lah nak apply kan ape yang diajar. Kekadang bila pikir balek, orang barat ni bijak. Syllabus semua diorang yang cipta, termasuk perkara yang boleh 'counter' balek dengan ilmu yang diorang turunkan melalui buku-buku yang mereka 'published'. Ada sekatan ilmu di situ, kalau takde, mengapa masyarakat di US dan Malaysia popular dengan makanan McDonalds , sedangkan di Israel sendiri , makanan tu seakan-akan pupus, bermakna tak dipopularkan. Sedar? Itu baru sedikit, masih banyak lagi perkara yang sengaja disembunyikan dari umat Islam. Jeng3x. Back to topic.



Last BUT not least, pesanan ringkas daripada Aaron dan Hazriq, "take 10 seconds before doing anything", "please be aware what status are you updating, is it involve your private matters, your feeling or even your family and friends? Inappropiate status will affect social life, it makes people look at you in a diffrent way".

Banyak lagi pesanan mereka, ni je lah yang sempat aku korek. Untuk manfaat bersama, inshaAllah. 


Sedikit biography,


Nama Hazriq, ambil degree in Computer Science, then masuk dalam bidang security.
Lagi satu pula namanya Aaron, tahap pendidikan tertinggi sekolah menengah. 
Takkan dapat nak cari details diorang di facebook ataupun internet. Mereka ada sekurang-kurangnya 6 akaun facebook untuk pantau post-post sekitar Malaysia. 


Sekian. ^^


Sunday, February 16, 2014

SukanIPT 2014, perjuangan mereka.

Ini Barisan KAMI!

Alhamdulillah, berakhirnya SUKIPT 2014 yang menyaksikan UIAM hanya dapat menggondol pingat perak dan gangsa. Jauh di lubuk hati, padanlah muka UIA sebab cut budget untuk ke SUKIPT kali ni, tapi secara warasnye, perjuangan bukan hanya di atas nama, tapi di atas diri sendiri.

Ketiadaan Silat Seni di SukanIPT 2014

Tak sempat untuk diri ni nak merasa sukipt, dikhabarkan sukan peringkat yang tertinggi level IPT. Pingat emas boleh menjanjikan biasiswa KPT. Sejujurnya aku memang nak merasa SukIPT, atleast sebelum aku grad aku nak merasa semua pertandingan peringkat IPT. Sejurus selepas aku dapat tau SukanIPT tak mempertandingkan silat seni, ada suka ada duka. Sukanya bila pressure tu takde, dukanya bila musnahnya impian untuk beraksi bersama IPTA dan IPTA seluruh Malaysia.

Melangkah ke "Final Year"

Selangkah demi selangkah aku menjejakkan kaki ke tahun akhir. Tahun akhir tahun keramat. Bak kata dak engineering IIUM, final year = fyp bagi dak kejuruteraan. Atas nasihat kedua ibubapa, lecturer dan kawan2, "final year ni, kene fokus lebih kat study, slow kan sukan". Bukan aku tak mau, aku nak jugak jadi macam kawan sekuliah yang lain, fokus sepenuhnya dengan akademik, siap boleh target subjek ni nak dapat gred ape. Tapi, silat itu hobi, silat itu minat, silat itu kepuasan, dan bertanding itu menguji kekuatan. Serius, pegang team ni jadi satu penghargaan buat aku. Beban yang ditanggung tu aku convert kepada sesuatu yang dapat mengajar aku.

IIUM Pencak Silat , skuad "Champion".

Disebabkan hanya 8 orang yang lepas ke SUKIPT2014, aku gelar diorang Pesilat harapan UIAM. Memang semakin sikit orang semakin besar tekanannya, mostly tekanannya dari sudut training. Semangat tak semangat kalau training 8 orang? bak kata coach Taekwondo, die pun takde semangat nak train budak. Beat the odds.

Long term.... aku fikirkan long term. Macam mana team ni nak survive utk setahun dua akan datang. SUKIPT ni jadi platform untuk ahli lama menggondol emas, dan untuk ahli baru untuk mengutip pengalaman. Aku tak lihat dari sudut, "semua kena dapat emas". Memang da jauh dari prinsip pembangunan atlet, di mana seseorang atlet itu akan dapat pingat setelah mengikuti beberapa jam training, ni dah dibuktikan melalui kajian sukan sendiri oleh MSN. So, aku go on. Walaupun tak pernah nak bukak langkah silat olahraga, asal nama ilmu, aku hadap,aku tahan. Seronok menimba ilmu dengan orang lama. Tak sia-sia Cikgu Habizan Othman mengundang beliau ( Cikgu Wan Aminuddin Baki ) sebagai Coach 2 olahraga.

Dalam aku 'menjenguk' team untuk ke SUKIPT edisi-2 , banyak gak yang aku belajar. Mostly about 'understanding them'. Memang, dalam banyak kata yang dilontarkan, ada hati yang terguris. Bukan salah hati, tetapi salah mulut yang berbicara. Tapi tanggungjawab kita jugak untuk mendidik hati terima teguran serta kritikan. Terngiang-ngiang dalam ingatan, pesanan dari sahabat , "Be the leader that everyone love to work with". Terharu dapat nasihat especially from a closed friend of mine. Suka untuk aku mendalami masalah seseorang, mungkin dari situ aku boleh refleks kepada diri sendiri, susah aku sekarang, ada insan yang lagi susah.

Memang , perlunya 'GAP' untuk memudahkan orang lain memberi arahan. Pada mulanya memang aku nak create 'gap' tu, tapi mungkin tak kena dengan diri sendiri. So, cancel. Cuma aku harap orang lain dapat beri kerjasama, cuba untuk meletakkan diri dalam seituasi seseorang yang kelam kabut macam aku. -.-;; tapi ribuan jutaan terima kasih kepada team manager , Ned yang byk assist aku dalam handle team ni. Percayalah, dia lagi tau banyak dari aku. New experience for her. Dialah manager, dialah photographer. Pompuan memang multi-tasker yang bagus kan?

Precious Moment of SUKIPT 2014.

Sg. Pisang

Warm up infront of DATC, UiTM Shah Alam.

Barisan penyokong. Hu HA!

Amin lwn Naim.

Star Salam jenguk member bertanding.

Menang!

Prank Mat


Menyambut kedatangan penyorak setia.

Thanks Ish turut hadir.

Sekitar dewan sri budiman, karate IIUM final day.


We are ONE. :)

Pija dan Pekong in the House!




Assalamualaikum.
Alhamdulillah , selamat sudah dinikahkan lewat tahun lepas dan seterusnya selesai sudah walimatulurus dari pihak lelaki, di Tmn Bandar Jaya, Kuala Terengganu. 

Sahabatku, Faezah Amin, berkenalan dengan beliau semasa diri ni tak matang lagi. Geng TASTYLICIOUS jalan-jalan cari makang. Seorang yang senang nak masuk. Bermula semasa asasi UIAM bekerja di Restoran Kenny Rogers, AU2. Beliau seorang yang accept whoever tak kisah perangai macam mane. Pengalamannya banyak dikongsi sama. Seorang yang tabah dan 'hardworking'. Semangat setiakawan yang tinggi. Independant. Refuse to give up, pemaaf. Happy go lucky. Tidak berkira. 

Dengan sifat dan perangai beliau, da cukup membuat orang lain senang hati. Tapi bila dia sedih , terasa sangat kesedihannya. Mungkin bukan senang nak lihat seorang yang 'happygolucky' bersedih. Tapi harapnya lah, segala apa yang terjadi, walau sepahit mana pun, diri masih kuat untuk berdiri. Dengan keberadaan Fahmi @ pekong di sisi mampu menjadi pelindung dan tempat untuk mengadu. 

Telah banyak sukaduka dalam hidup beliau. Sehingga sampai satu tahap, musibahnya mustahil untuk ditanggung oleh orang lain. Tapi memang benar, Allah akan memberi ujian yang sesuai dengan kemampuan hambaNya. Dat means, sebesar mana ujian yang diterima, diri akan dapat untuk handle. 

Mungkin bersuamuka , tak sempat untuk aku ucapkan. Perkenalan dengan beliau banyak mematangkan diri. Bertuah kepada pekong @ fahmi untuk mengahwini beliau. 



Saturday, February 1, 2014

Final year

Final year is coming. Apa yang specialnya final year ni? Ramai impikan graduasi awal, tapi sudah tercapaikah misi sepanjang bergelar mahasiswa/mahasiswi ? mungkin segelintir yang tidak meletakkan apa-apa target atau harapan , menuntut di menara gading hanya untuk menambahkan kenalan dan santai. Harap-harap bukan begitulah. 

Tup..tup..tup. dah final year. Ayat biasa dengar , "kejapnya masa berlalu" , "dah final year dah?". "baru semalam aku masuk uia". "yeah, tak sabar nak grad".

Masa, masa itu EMAS. Masa boleh juga dianggap sebagai pedang, jangan sampai ia memotong diri sendiri. Hmm... masa. 

Aku melihat alam universiti ni satu alam untuk diri berubah. Perubahannya boleh dikontra kan dengan gaya hidup sekolah menengah dulu. Benar, banyak sudah diri ni pelajari. Tapi semuanya lebih kepada mengenali diri, misi hidup, kepentingan Islam, pergaulan, pengurusan, protokol dll. Soalan yang lazim disoalkan oleh TheLecturers, "ape plan lepas grad?". 

Haa, bab ni lah nak kene tunggu lepas Indutrial Training baru boleh jawab. 
Aku melihat dunia practical ni penting, ke'serius'an seseorang dalam praktikal mampu membantu di dunia lepas graduasi nanti. 

Selalu kedengaran, resah gelisah budak final year bila sampai penghujung tahun dan semester. Seolah-olah tak ready untuk menyarung jubah graduasi. Mungkin tidak bersedia, mungkin akan berpisah dengan kawan, tapi sebab yang utama ialah tak tentu hala tuju dalam bidang apa selepas grad nanti.


Samalah dengan diri ni, praktikal menjadi penanda aras bagaimana aku nak 'handle' dunia luar, bagaimana nak masuk dengan kerenah orang. Feeling excited nak menempuh fasa hidup yang baru ke arah dunia realiti sebenarnya. Huhu. 

Sepanjang keberadaanku di UIAM sejak first year, tanggungjawab sebagai atlit UIAM menyarung jersi IIUM PENCAK SILAT TEAM menjadi kebanggaan. Komitmen diberi sejajar dengan minat serta misiku dalam membentuk/mencari potensi diri yang sebenar. Diriku yang kini, bukan yang dahulu. Sukar nak diungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah kerana diketemukan dengan sukan Pencak Silat di bumi Gombak ini.

Tapi,
Sama seperti insan lain, niat nak menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Seboleh-boleh sampai umur 40 nak menuntut ilmu. Menjadi pencinta ilmu sama macam Prof. Mohd Azami ayahnya kepada Hasif, kawanku.Sungguh kagum melihat kedua orang tuanya masih mendidik walau sudah boleh membuat keputusan untuk bekerja dalam bidang profesional masing-masing. Inspirasi. 

Plan nak belajar luar negara tu memang tersemat dalam hati sejak menuntut di matriks uia pj lagi. Andai cita-cita belajar luar negara menjadi realiti, i am a happy kid. eh, man. :D


Moga diberi kekuatan olehNya untuk menempuhi baki tahun yang terakhir di bumi UIAM Gombak. 

Friday, January 31, 2014

Wild World Poem.

Assalamualaikum, kenapa dengan wild world? siapa Cats Steven?
Petang tadi sebelum keluar kayuh di Tasik Maryam lokasi UIAM Gombak , ter'layan' satu video dari Matlutfi. Dalam video tu pula berputarlah lagu berjudul Wild World ni. Lagunya agak fancy dan catchy, so dengan erti kata lain senang lah nak ingat lirik serta rythm nya. Ikut irama, lagu ni sesuai nak nyanyi santai-santai. 

Lagu ni sebenarnya tentang realiti kehidupan di mana di atas muka bumi ni memang liar.  Lagi-lagi buat kaum hawa. Media barat telah memaparkan betapa identiti wanita dilihat telah dijatuhkan. Belum lagi tentang perihal imej wanita berhijab. Astaghfirullah. Sedarlah, ramai aktres telah berhijrah, daripada keseronokan bertukar kepada ketenangan. Insha Allah , hidayah daripadaNya tiada siapa boleh jangka. 

Siapa pulak Cats Steven? Cats Steven merupakan seorang penyanyi terkenal zaman 90-an which is the same zaman dengan my parent. So, he is quite popular and ramai tergila-gilakannya. Alkisah tentang beliau memeluk agama islam sama seperti artis-artis yang lain. Misi mencari tujuan kehidupan. Setiap penghijrahan artis, diberi hidayah dengan cara yang berbeza. Tapi dengan niat yang bulat serta ikhlas terzahir dari hati, Allah telah memberi jalan kepadanya untuk memperkenalkan Islam di dalam hidupnya lantas terus dipraktikkan.  Oh, sebelum lupa , nama beliau dalam islam ialah Yusuf Islam. Banyak hasil karyanya telah dimuat naik whole wide world. Terima kasih kepada beliau, gubahan lagunya sedikit sebanyak memberi impak kepada orang di sekitar dunia.

By Cats Steven a.k.a Yusuf Islam. Thanks Matlutfi. 

Now that I've lost everything to you, 
You say you want to start something new, 
And it's breaking my heart you're leaving, 
Baby I'm grieving. 

But if you want to leave take good care, 

Hope you have a lot of nice things to wear, 
But then a lot of nice things turn bad out there. 

Oh baby baby it's a wild world, 

It's hard to get by just upon a smile. 
Oh baby baby it's a wild world. 

I'll always remember you like a child, girl. 

You know I've seen a lot of what the world can do,
And it's breaking my heart in two, 
Cause I never want to see you sad girl, 
Don't be a bad girl, 
But if you want to leave take good care, 
Hope you make a lot of nice friends out there, 
But just remember there's a lot of bad and beware, 
Beware, 

Oh baby baby it's a wild world, 

It's hard to get by just upon a smile 
Oh baby baby it's a wild world, 
And I'll always remember you like a child, girl. 

Baby I love you, but if you want to leave take good care, 

Hope you make a lot of nice friends out there, 
But just remember there's a lot of bad, 
And beware, beware, 

Oh baby baby it's a wild world, 

It's hard to get by just upon a smile. 
Oh baby baby it's a wild world, 
And I'll always remember you like a child, girl.

Sunday, January 26, 2014

It's Possible

Ever wondered how a video can keep you motivated for 10 years ahead?

Believe in yourself. Keep yourself motivated. Soon, motivate people around you. Share your thoughts, experience and change the next generation to be a better generation than today.


 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates