Tuesday, August 14, 2012

Hias Blog

Teringin nak hias blog2 bagi rasa mcm rumah. Jeles tgk blog kawan yang lawa2 dan userfriendly. >.<
Stay Tuned...

Sunday, August 12, 2012

Satu Package

Hasil dari pertapaanku di pergunungan Kg. Sg. Penchala, banyak yang aku belajar. Yang paling penting, aku dah boleh anggap tempat tu sebagai rumah sendiri. Selain daripada ilmu yang dapatku sedut dari cikgu, meme adat bersukan, kecederaan pasti datang.

Injury pertama melibatkan pergelangan tangan kiri. Untuk pengetahuan, pergelangan kiri dah lama menampung kesakitan sampaikan badan pun sudah lali dengan sakit yang dialami. Akibat kecederaan telah terbiar lamanya, badan sudah mula membiasakan diri,tetapi struktur muscle @ urat tidak di ada pada tempat yang normal.
X-ray memberitahu aku yang tiada sebarang keretakan tulang berlaku. Alhamdulillah.

Injury kedua melibatkan pergelangan kaki kiri. Terjadi semasa praktis jurus double chop. Kecederaan kaki ni jugak meme da lama lebih dari setahun dan pernah pulih tapi dalam jangka masa yang singkat sehingga malam kelmarin. Semalam dah diurut, sedikit sebanyak meredakan kesakitan. Tetapi perlu jugak dibalut dengan taping untuk men'support' muscle sebagai safety precaution.
X-ray menunjukkan tiada sebarang keretakan tulang berlaku.

Tajuk diberi satu package sbb dua-dua melibatkan pergelangan sebelah kiri. Alangkah seksa training dalam kesakitan. Di situ mental teruji. Harap dapat sembuh daripada kesakitan secepat mungkin sebelum kejohanan silat membuka tirainya. InsyaAllah.

You Make Malaysia Proud ! ! !

Assalamualaikum,

Entri blog ini dikarang khas bagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlit negara yakni Dato' Lee Chong Wei dan juga Pandelela Rinong yang berjaya membawa pulang pingat perak dan juga gangsa. Kejayaan sedemikian pernah dikecapi pada temasya Olimpik1996 menerusi acara badminton regu gandingan Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit (PERAK) dan juga acara badminton perseorangan Rashid Sidek (GANGSA). Namun demikian, setelah sekian lama Malaysia kempunan pingat, akhirnya pada tahun ini, rekod pungutan pingat telah menyamai rekod Olimpik 1996. InsyaAllah, projek pembangunan atlit-atlit akan membawa hasil yang memberangsangkan untuk pencapaian Malaysia pada masa hadapan.

Dato' Lee Chong Wei (PERAK)

Pandelela Rinong (GANGSA)


Tahniah, you olls make my spirit goes high! huhu

Thursday, August 9, 2012

Qiyam vs Trening

Assalamualaikum.
Sempena 21 Ramadhan, terdapat satu benda yang wat aku pening ialah di mana aku memerlukan badan aku berada di 2 tempat pada waktu yang sama. Ya Allah, amat berat diri ni nak wat keputusan.


Lailatul Qadr- Search for it

Seperti selalu, telah menjadi rutin setiap kali 10 malam terakhir Ramadhon,aku bersama abang aku akan berkemas-kemas barang untuk berqiyam yakni iktikaf di masid-masjid yang berdekatan (maupun jauh :D) dan turut serta dengan program-program keinsafan yang unik dianjurkan oleh setiap masjid-masjid mengikut kreativiti masing-masing. Satu pengalaman di mana aku rasa xde malam-malam yang dapat menggantikan 10 malam yang terakhir. Hati rasa jauh dari masalah duniawi. Amatlah seronok travel sini sana mengenal masjid-masjid yang baru serta imam-imam masjid berkenaan, mmg sesuai dengan diri ini yang suka adventure2 nih.huhu

Anjuran tahun UTHM 2011

Sebaliknya pula, timbul pulak rasa ingin training sempena Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 yang akan berlangsung di Kompleks sekitar Batu Pahat, Johor bertarikh 17-22 September 2012. Hatiku tergerak untuk mengikuti training atas faktor persiapan yang rapi sebelum menjelangnya raya, which is after raya Coach aku akan bz handle team-team bawah tangannya. Kebetulan pulak game ni merupakan antara game yang ranking die paling atas bagi peringkat IPT, which means dat sijil dia laku if nak apply scholarship sukan KBS, KPT. So, disebabkan kos ulang-alik rumah ke tempat training memakan belanja yang amat besar, aku ingat aku nak settlekan masalah kewangan secepat mungkin.

Menuju ke pengakhiran bulan Ramadhan Kareem:
Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya. - dipetik dari iluvislam.net


Ya Allah,
Terasa ramadhan tahun ni berlalu dengan pantas,
Tidak sempat untuk beramal baik dengan sepenuh masa,
Terdapat halangan dimana-mana,
Adakah itu hanya alasan semata-mata?.

Sempatkanlah hayat hidupku untuk merasai ramadhan tahun hadapan,

Untuk aku memperbaiki segala kelemahan diri,
Terimalah setiap ibadatku dan makbulkanlah segala doaku,
Engkau tolonglah saudara Islamku yang kurang nasibnya,
Moga segala perit yang mereka lalui dapat membuat diri ini lebih bersyukur,
Alhamdulillah.



Itulah sedikit sebanyak hal yang menrunsingkan otak. insyaAllah aku akan mencari jalan untuk melakukan kedua-duanya untuk tahun ni. Pesanan buat saudara seagama, bersederhanalah di setiap perkara, insyaAllah akan terasa nikmatnya. :)



Produk yang Ohsem~ Ibnu Sina Eyewear.

IBNU SINA EYEWEAR - THERAPHY EYEGLASS

Assalamualaikum. Di kesempatan meluangkan masa selepas subuh, ingin berkongsi maklumat tentang produk yang aku rasa unik. Kalau tengok feedback2 pelanggan memang pinhole eyewear ni amat berkesan mengurangkan rabun jauh mahupun dekat. Aku pulak da gatal2 tangan nak try cermin mata lubang2 nih. InsyaAllah masuk duit PT aku trus angkat satu.huhu. Sedikit sebanyak info mengenai keberkesanan produk ni.

Cermin mata yang berfungsi membenarkan otak kita untuk mencari titik fokus melalui lubang lubang kecil pada cermin mata ini. Dengan ini ia melatih mata kita yang telah 'out fokus' untuk kembali ke tempat asal di kornea..

Ni pulak kelebihan menggunakan theraphy glass - IBNUSINA EYEWEAR :

  • xpayah pakai ubat
  • 100% selamat dan semulajadi
  • tidak perlu preskripsi doktor
  • tidak perlu test mata
  • tidak perlu lasik mata
  • mengurangkan 'power' cermin mata atau contact lens
  • memperbaiki kejelasan mata
  • mencegah rabun jauh,rabun dekat,myopia dan astigmatism
  • hanya beli sekali seumur hidup
  • design yang menarik boleh bawak jalan2
  • boleh digunakan sbg cermin mata penapis UV dari komputer
  • murah dan murah dan murah sangat

Terdapat jugak cara-cara menggunakan :


  1. Mula2 pakai cermin mata theraphy ni.
  2. Pejam mata untuk 10 saat.
  3. Buka mata dan gerakkan mata ke kiri dan ke kanan untuk 10 kali.
  4. Dengan perlahan gerakkan anak mata mengikut arah jam sekali dan melawan jam sekali
  5. Kelip-kelipkan mata beberapa banyak kali untuk membenarkan otak menyelaras focus pada mata
  6. Mula gunakan, kalau rabun jauh guna untuk melihat objek jauh,kalau rabun dekat guna untuk membaca.

AMARAN! - Produk ini tidak sesuai digunakan untuk memandu kenderaaan. Hanaya gunakan di jika tidak mengawal mesin,engin, dan kenderaan bermotor.

1. Minggu pertama cukup dipakai setengah jam sehari (baik untuk membaca,menonton TV,etc.)
2. Minggu kedua ditambah menjadi 1jam/hari.
3. Minggu ketiga ditambah menjadi 2jam/dst lebih lama lebih baik untuk penurunan/pemulihan mata minimal 1-3 bulan untuk penurunan rabun jauh(plus), rabun dekat(minus) serta silinder.



Disebabkan power mata aku sebelah kiri kanan konfem sudah naik, insyaAllah sooner or later aku akan try produk ni. Sepertimana yang di highlightkan 'murah!'. So for the longer time period, aku xmo power mata aku keep increasing. Rosak mata bak kata orang tua.huhu. 

Wednesday, August 8, 2012

Kejayaan Lee Chong Wei pembakar semangat dunia atlitku

Alhamdulillah. Satu berita gembira buat semua warga Malaysia setelah Dato' Lee Chong Wei telah berjaya membawa pulang satu-satunya pingat di Sukan Olimpik London 2012 untuk Malaysia. Berdebar rasanya tonton perlawanan sengit LCW ngan LinDan,musuh tradisi. Tapi overall Lee Chong Wei ohsemmm gila~! Although kalah en, nampak LCW give all he can considering his preparation for olimpik is just for 2 weeks. So, dpt cecah final tu mmg dah kagum. As a malaysian, I expect you do the best, and you did it! Malaysia couldn't ask for more. And sekali lagi bendera Malaysia berkibar di bumi London!  :)

wajah sedih Dato' Lee Chong Wei setelah disarungkan medal

Tidak lupa juga kepada atlit Malaysia yang lain turut menggalas misi negara untuk memburu medal. Jadikan semangat Chong Wei sebagai inspirasi untuk diri maju ke hadapan. LCW telah membuktikannya, bila lagi yang lain? kan2?  :)

Turut menyokong DLCW ialah Restoran Kayu Nasi Kandar memberi makanan percuma setelah DLCW berjaya meraih pingat perak di Olimpik London. 
Original  Penang Kayu Nasi Kandar

Pengusaha, Burhan Mohamaed berkata, beliau masih lagi menyediakan hidangan percuma pada Isnin dari pukul 7 petang sehingga 10 malam di cawangannya di SS2 di sini kerana Chong Wei telah membanggakan Malaysia.“Dia (Chong Wei) masih lagi hero kita. Dia masih lagi jaguh kita,” kata Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar pada Ahad.“Bukan sesuatu yang malu meraih pingat perak Olimpik. Dia telah berusaha dengan sehabis baik. Saya akan teruskan dengan rancangan untuk memberi makanan percuma kepada para pelanggan saya sebagai tanda penghargaan dan inspirasi untuk Lee Chong Wei.”


xlupa jgak kat Baskin Robin yang menjanjikan makanan free sekiranya LCW berjaya mendapat emas. YEAY! Tp x p beli pun... 





MUKA DEPAN KOSMO YANG AGAK MENGUNDANG. Panas ati wooo. Duk cite pasal duit je memanjang. Entah pengarangnya keje akauntan ke ape? rezeki die, Allah yang tau. xyah nak sibuk2. 


Nasib PocketRocketMan, Azizulhasni Awang.
KEIRIN Olimpik Azizulhasni sekadar No.6, 200m Pecut No.8
Usaha akan membuahkan hasil. Pengalaman ialah seorang guru yang terbaek. :) Mungkin xdak rezeki bagi Azizul, you r still young. A lot more to come from you. :)



Disebabkan pencapaian yang luar biasa oleh Lee Chong Wei, semangat untuk training aku semakin meningkat. Macam ombak la, ada masa die pasang, ada masa die surut. huhu. InsyaAllah, peluang yang ada akan digunakan untuk membaiki kelemahan diri dalam dunia atlit. :) thanks LCW for the inspiration.

Sunday, March 13, 2011

Wayang Gambar,Cerita Anda.

Assalamualaikum, Salam Pertemuan
Disebuah cafeteria di UTM terjadilah perbualan berikut antara seorang pelajar baru dengan seorang pensyarah. Pensyarah tersebut adalah penasihat akademik kepada pelajar. Dengarkan perbualan mereka:
Pensyarah : Sekarang anda dah menjadi pelajar UTM apa perasaan anda?
Pelajar : Seronok tuan, saya merasa amat gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran saya di sini.
Pensyarah : Lagi.
Pelajar : Saya harap saya akan dapat belajar dengan baik dan menyesuaikan diri dengan suasana di sini
Pensyarah : Lagi, tak kan itu aje.
Pelajar : Kalau saya ada buat silap tolong tunjuk ajar.
Pensyarah : Apa harapan anda bila dah belajar di sini?
Pelajar : Saya akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan saya, semester lepas saya dapat cpa 3.40 dan saya harap semester ini saya akan dapat cpa lebih baik lagi dan lepas tu grad sebagai graduan yang cemerlang.
Pensyarah : Masih kurang jelas, cuba detailkan lagi.
(Pelajar tersebut agak termanggu dan cuba berfikir)
‘Begitulah adik-adik, kebanyakan kita akan menyatakan impian dan matlamat yang ingin dicapai secara kabur dan tidak berfokus. Itu menyebabkan segala cita-cita kita menjadi angan-angan sahaja. Dan kalau berjaya pun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Cuba ikuti perbualan seterusnya’
Pensyarah : Anda sekarang ni mengambil program Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) dan anda akan bergraduan 3 tahun lagi. Graduan macam mana yang anda nak jadi.
Pelajar : Oh, saya harap saya akan lulus dengan cemerlang dengan kelulusan pangkat pertama dalam kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Komunikasi)
(Katanya setelah agak memahami)
Pensyarah: Dah agak detail tapi masih tak cukup, anda perlu lebih detail lagi, perincikan lagi. Dengan siapa anda nak kongsikan kejayaan ini.Masanya pulak bila?
Pelajar : Dengan ibubapa saya la, kawan-kawan, pensyarah dan masanya 3 tahun lagi.
Pensyarah : 3 tahun tu bila? Dimana, kat mana tempatnya?
Pelajar : Sekarang 2010 maknanya 3 tahun lagi la.. 2012. Tempatnya, masa konvokesyen bulan 8. Ha, di Dewan Sultan Iskandar UTM.
‘Sekarang dah agak detail tapi masih belum mencukupi. Ikuti perbualan selanjutnya’
Pensyarah : Anda pernah masuk, ke Dewan Sultan Iskandar kan, sebelum ini.
Pelajar : Ya.
Pensyarah : Sekarang saya nak anda pejamkan mata. Tarikh nafas……, lepaskan nafas……..,tarik nafas……… Ambil masa anda…. Sekarang saya nak anda bayangkan anda sedang berada di dalam Dewan Sultan Iiskandar. Boleh anda bayangkan?
Pelajar : Ya
Pensyarah : Masa tu Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, bulan 8 tahun 2012. Bayangkan suasananya…, panas atau sejuk….., terang atau gelap….., bayangkan pemandangan…. dan warna….. yang ada disitu, orang ramai…, bunyian yang ada… dan anda sedang berada di anak tangga untuk menuju ke pentas. Boleh anda bayangkan?…
Pelajar : Boleh.
Pensyarah : Anda mendengar pengumuman di buat yang menyebut anda (nama anda) dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) dengan anugerah kecemerlangan pelajaran diraja, diiringi dengan tepukan gemuruh dari ibu bapa, para graduan dan orang ramai. Anda pun mula melangkah menaiki tangga, berjalan menuju Canselor UTM untuk menerima scroll ijazah anda. Pandang mukanya. Dengarkan ucapan tahniah darinya. Pegang scroll anda. Anda mendengar orang ramai bertepuk tangan meraikan kejayaan anda. Boleh anda bayangkan?
Pelajar : Ya
Pensyarah : Apabila anda turun dari pentas anda terus berjumpa dengan ibubapa anda dan menerima ucapan tahniah dan peluk cium dari orang yang anda sayangi. Rasai pelukannya. Kawan-kawan juga datang dan mengucapkan tahniah kepada anda. Anda merasa amat gembira dan anda juga telah diraikan dalam satu majlis jamuan dan menerima jemputan untuk makan semeja dengan Yang Teramat Mulia Tuanku. Anda merasa amat bertuah. Kejayaan itu adalah milik anda.
Pensyarah : Sekarang saya nak anda tarikh nafas…..lepaskan nafas….tarikh nafas…lepaskan nafas dan buka mata anda perlahan-lahan bila anda telah bersedia….
Ha, bagaimana perasaan anda pembaca sekalian, saya percaya anda mengikuti perbualan ini dengan penuh minat. Dengan berbuat begitu sebenarnya anda sedang melukis di minda anda matlamat yang anda ingin capai (gunakan matlamat anda, macam-macam yang anda nak kan?). Wayang gambar itu inshallah akan menjadi kekal dan bukan lagi sesuatu yang di reka-reka dalam minda anda. Inshallah minda bawah sedar anda akan bekerja untuk menjadikan impian anda itu suatu kenyataan.

dipetik dari http://smartz.wordpress.com/
 

Bittersweet Life Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates